Sarawak Mula Tong Sampahkan Sistem Pelajaran Pendidikan Kebangsaan


 Dulu dia kata 'Kementerian Pelajaran'. Sebab itu SPM di sebut Sijil Pelajaran Malaysia. Lepas itu dia tukar 'pelajaran' jadi 'Kementerian Pendidikan' pula. 








Tetapi SPM tetap sebagai Sijil Pelajaran Malaysia. Tak tukar pun jadi Sijil Pendidikan Malaysia.  So how? 






Maksudnya Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan Sijil Pelajaran Malaysia pula ??
Dulu dia berkokok "Bahasa Malaysia, Bahasa Malaysia". Dia tak faham kah orang Melayu di Riau, Selatan Thailand, di Singapura dan di Brunei berbahasa Melayu. Bukan bahasa Malaysia.  Jadi sekarang ada yang celik sikit mula menghormati bahasa sendiri dengan sebutan yang betul bahasa Melayu. 
'Malaysia' itu nama negara kita. Bukan nama bahasa. 
Australia, New Zealand, Tasmania, Canada, Amerika Syarikat, United Kingdom itu nama negeri. Bahasa mereka adalah bahasa Inggeris. Bukan bahasa Australian atau bahasa American.  Begitu juga nama bahasa itu adalah bahasa Melayu. Bukan bahasa Malaysia. 
Ada pula kangkung lain kata pedagogy (saikoloji) anak-anak lebih sesuai belajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri. 
Jadi ada yang menjadi pejuang bahasa ibunda, especially bahasa Melayu. Tetapi dia tak setuju sekolah Tamil dan sekolah Cina pula. Habis pedagogy budak Tamil dan budak Cina macam mana pula kalau dia terpaksa belajar dalam bahasa Melayu (sebagai contoh sahaja). Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda dia.
Tetapi yang pelik sekali sekarang sudah ada 100,000 anak Melayu sedang belajar di sekolah Cina. Malay / Iban students are doing very well in Chinese schools. Mereka belajar dan boleh lulus dalam bahasa Cina. Habis apa sudah jadi dengan teori pedagogy pula?
Dan bagaimana pula di Sarawak dan Sabah? Kalau ikut teori pedagogy, apakah kita harus mengadakan sekolah aliran Iban, Kadazan, Dusun dan Bajau di Sarawak dan Sabah.  Bahasa ibunda mereka bukan Melayu, Tamil, Cina atau Inggeris.
Sekarang latest pula negeri Sarawak mula tongsampahkan sistem pelajaran kebangsaan. Ini beritanya :






https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/30/sarawak-berhak-guna-bahasa-inggeris-sebagai-bahasa-pengantar-kata-menteri-muda/akademik UKM kata Akta Pendidikan wajibkan sekolah k'jaan guna Melayu UKM kata pendidikan bawah kuasa k'jaan persekutuan sekolah antarabangsa milik kerajaan S'wak bercanggah dengan Akta Pendidikan
S'wak jawab berhak guna Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolahS'wak berhak memutuskan dasar pendidikannya  “Kita tidak pernah bersetuju ubah dasar ini sejak kita bentuk M'ysia. “kita masih anggap bahasa Inggeris bahasa rasmi ke-2 kami” 
5 sekolah menengah antarabangsa diusulkan2 di Kuching, 1 di Sibu, Bintulu, dan Mirigunakan GCE Cambridge Assessment International Education Boardguna silibus antarabangsa sama dengan sekolah swasta dikendalikan oleh Yayasan S'wak dan dana kerajaan negeriMy comments : First saya rasa UKM akan nafikan kenyataan itu adalah pendirian rasmi UKM.   "It was the personal opinion of the UKM academic".
Whatever lah. Saya ucapkan tahniah kepada negeri Sarawak kerana mereka membuat keputusan yang baik. Kalau boleh - tukar sahaja kesemua bahasa pengantar di sekolah Sarawak kepada bahasa Inggeris.
Ok tuan-tuan especially orang Melayu, dengar baik-baik ya. Hari itu ada seorang YB kata ada lagi 70,000 graduates yang akan menganggur tahun ini. I think the number is higher.
Di sebabkan corona virus peperiksaan SPM 2020 telah pun ditunda ke bulan Januari 2021.  One theory says SPM ditunda boleh mengelakkan terlalu ramai budak yang baru habis SPM berlaga dengan university graduate untuk mencari kerja. 
Kalau tidak - lebih 450 ribu budak lepasan SPM akan bersaing dengan 100 ribu - 200 ribu university graduates untuk menjadi Grab Food delivery, messenger boy, kerja di kedai, warong dsbnya. Sebab there are very few job opportunities.
Taukeh nak buka kilang - tak cukup modal so dia nak pinjam bank loan. Bank loan pula  susah sebab banking system sudah kena monopoli / oligopoli (ikut dasar ekonomi entah apa). Jadi taukeh terpaksa buka kilang haram. Lepas buka kilang dia kena buang bahan toksik, minyak kotor pula. Di sini taukeh itu kena tekan oleh syarikat bumi yang ada lesen niaga minyak kotor (sebab lesen niaga minyak kotor di monopoli ikut dasar ekonomi entah apa.)  Taukeh tak tahan kena tekan.  So malam hari, bila orang tak nampak, taukeh buang minyak kotor dalam sungai.  Sungai  kena pollution, loji air pula tutup. Lepas itu pihak atas awan cendawan kata 'tutup semua kilang haram'.  
Keputusan yang benar ikut undang-undang - sebab haram is haram. Tapi apakah itu keputusan yang terbaik bagi ekonomi negara? Tutup saja semua kilang haram?  Oi abang, pekerja dia bebudak Melayu juga. Technician lulusan IKBN, mekanik lulusan Mara, budak welding lulusan Tekun, budak kerani lulusan SPM.  These are our children.
Saya ada cadangan lain. Why not bagi taukeh itu sewa atau beli petak kilang yang elok? Taukeh is ready to pay a fair price untuk sewa factory lot yang elok. Why not bagi taukeh itu pinjaman bank yang sesuai? So that dia boleh majukan kilang dia.
Why not leave the durian farmers alone? Kalau dia boleh ekspot durian ke Afghanistan, Foreign Exchange negara kita akan maju. Anak kita yang tak ada peluang kerja boleh dapat peluang kerja. Kalau ekspot negara naik, Ringgit Malaysia yang makin merosot boleh lah kukuh balik. Bolehlah orang JB pi shopping sekali sekala di Orchard Road. 
Tapi sebelum itu kita kena perbetulkan sistem pelajaran / pendidikan negara. Sekarang negeri Sarawak sendiri sudah tidak percaya kepada sistem sekolah kebangsaan.
Sarawak mahu wujudkan sistem international school yang akan mengajar pelajar mengambil peperiksaan GCE 'O' Levels. Serupa dengan penuntut di sekolah international school swasta, serupa dengan sekolah di Singapura atau di United Kingdom dan serupa dengan (jeng..jeng..jeng) pelajar dalam sistem sekolah asrama penuh kita.
Maksudnya sekolah international school di Sarawak akan tinggalkan sistem pendidikan kebangsaan. Mereka akan mengajar menggunakan bahasa Inggeris dan tidak lagi ambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
Jadi sudah tentu ahli politik dan ahli akademik yang tidak aka kerja, orang yang duduk korek hidung akan suarakan bantahan. Saya hairan kenapa Pemuda diam sahaja. Ini isu maruah brader.  Hmm..
Ok sekarang kita jelajah sikit ke Lorong Hipokrit. Sebenarnya dalam negara kita sudah ada sekolah-sekolah Kerajaan Malaysia yang sudah begitu lama tongsampahkan sistem pelajaran kebangsaan.  
Saya rujuk sistem sekolah asrama penuh. Sekolah asrama penuh ini almost all of them mengajar dalam bahasa Inggeris. Bukan saja mengajar bahasa Inggeris tetapi juga "menawarkan" peperiksaan GCE 'O' dan 'A' Level, Baccalaureate dan begitu. 
(Baccalaureate itu boleh disebut 'bakor-loret'. Atau "bakor-loghet" pun boleh.)






Jadi apa ke jadahnya depa marah Sarawak buat sekolah international GCE 'O' level padahal depa sendiri sudah buat bakor-loghet?
Dan beza besarnya ialah Sarawak nak buat sekolah GCE 'O' Level dengan gunakan duit negeri Sarawak. Duit  sendiri. 
Depa pula buat sekolah asrama penuh dengan guna duit saya. Dan duit tuan-tuan. Bukan duit bapak dia. 
Tuan-tuan, kita sekarang sudah masuk zaman abad ke 21. Ini bukan lagi zaman Jepun paksa Dr Mahathir turun basikal dan tunduk hormat kepada bendera Jepun. Bapak saya pun terpaksa tunduk kepada Jepun. Ada juga saudara bapa saya yang dipancung Jepun dulu. Itu sudah silam. 
Ini abad 21. Abad 21 ini senang saja nak faham masalahnya. Duit sudah tak ada. Duit minyak sudah kering. Jadi sudah tiba masa tuan-tuan gunakan otak dan akal lebih sikit.
Tuan-tuan perlu tanya berapa banyak kah duit tuan-tuan pembayar cukai yang digunakan untuk membiayai sekolah asrama penuh berbanding dengan sekolah haprak yang dihadiri anak tuan-tuan? 
Lets say sekolah kebangsaan di mana anak tuan-tuan belajar itu mempunyai 800 pelajar. Jadi soalannya berapa banyak kah duit tuan-tuan pembayar cukai yang diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia untuk sekolah kebangsaan itu berbanding dengan perbelanjaan  bagi lets say sekolah asrama penuh yang juga mempunyai 800 pelajar? Compare lah apple dengan apple ke, apple dengan mempelam ke, apple dengan rambutan ke. Just start comparing lah. Start using your brains. 
What is the difference? Apakah peruntukkan untuk sekolah asrama penuh dengan 800 pelajar adalah 10 kali ganda peruntukan bagi sekolah kebangsaan yang dihadiri anak tuan-tuan? Atau 20 kali ganda? Atau 5 kali ganda? Berapa kali ? 
Siapa yang bayar duit 10 kali ganda atau 20 kali ganda atau 5 kali ganda itu? Tuan-tuan lah yang bayar. You are paying. Tuan-tuan yang bayar. Bukan duit bapak dia.
Tuan-tuan tahu tak di salah satu sekolah asrama ini mereka telah mengadakan horse riding. Fuiyyo. Horse riding atau sukan menunggang kuda. Horse riding bukan examination subject pun. Ataupun termasuk aktiviti sukan sekolah kita. 
Soalannya berapa banyakkah duit yang telah dibelanja untuk membeli kuda itu? RM10,000 se-ekor? RM30,000? RM50,000? Dan berapa ekor kuda yang telah dibeli? Apakah kos memberi makan untuk kuda, menjaga kesihatan kuda (mesti perlu ada doktor veterinar), kos renovation bangsal kuda (horse stable) dan banyak lagi isu kuda. 
Mesti ada orang kaya yang telah mendapat kontrak supply kuda dan menjaga kuda itu.  Di bayar dengan duit tuan-tuan pembayar cukai. 
Bukan saja boleh beli kuda tetapi bangunan sekolah asrama penuh pun seperti kampus universiti atau lebih baik daripada universiti. Hostel pelajar seolah hotel atau apartmen.  Guru pula yang terpilih, yang paling experienced dan qualified, sports facilities mereka macam stadium Olimpik. Semuanya cukup besar, baru, mewah dan menelan belanja besar.
Berbanding dengan perbelanjaan untuk sekolah kebangsaan anak tuan-tuan dengan bumbung dia pecah, toilet rosak bau tahi, kerusi meja rosak, cikgu cuti maternity, cuti kursus, cuti umrah dan banyak lagi cuti.  Cikgu geografi ajar matematik, cikgu matematik ajar Inggeris dan entah apa lagi lah.
Tuan-tuan bayar banyak jenis cukai. Tuan-tuan pun bangun pagi, gosok gigi, minum kopi, pergi kerja pagi sampai petang, hujung bulan dapat gaji, bayar sewa, bayar kereta, bayar api, air, bayar belanja dapur, bayar baju sekolah, duit sekolah, dan bayar banyak lagi lah. Bayar, bayar, bayar sampai mati. 
But wait. Belum habis bayar. Lepas itu tuan-tuan kena bayar cukai lagi. Income tax, sales tax, road tax, duit setem, cukai tanah, cukai pintu, cukai eksais, cukai impot kereta, yang terbaru adalah cadangan cukai online shopping dan cukai rumah kosong (bodoh bin bahalol).
Jadi bukan duit bapak dia. Duit cukai kita semuanya. Dia ambil duit cukai kita lepas tu dia berlagak macam duit bapak dia. Kurang ajar.
Dan apa pula beza sangat antara pelajar sekolah asrama daripada pelajar sekolah kebangsaan yang biasa? Mungkin tahun UPSR itu tuan-tuan ada masalah atau isu yang mengganggu ketenteraman keluarga.  Mungkin tak cukup duit bayar tuisyen anak-anak. Jadi bad luck lah, anak tuan-tuan tak dapat 5A atau 6A. So dia tak qualify masuk sekolah asrama. Bukan salah dia pun. 
It is not his fault. Tetapi untuk forever anak tuan-tuan akan jadi pelajar kelas dua dan tiga. Dan tuan-tuan yang kena tanggung bayaran dan bebanan untuk pendidikan anak tuan-tuan di sekolah kebangsaan.
Berbanding dengan anak-anak yang lucky dan qualify masuk sekolah asrama penuh pula - semuanya mereka dapat free.   Baju sekolah free, kasut sukan free, hostel free, makan minum free, pocket money pun free, lepas itu dapat sambung belajar overseas free, atau masuk universiti free. Semuanya free.
Ok soalan cepu mas. Siapa pula yang bayar untuk sekolah asrama penuh yang semuanya free itu?  Siapa yang bayar untuk kuda itu? Sila jawab? Jeng jeng jeng. 
Yang kena bayar adalah tuan-tuan juga. Mr Lembu, you have to pay lah. Income tax, sales tax, cukai tanah, cukai pintu, road tax, import tax, eksais, levi, duti dan segala jenis cukai  yang tuan-tuan bayar itu digunakan untuk bayar sekolah asrama penuh. 
Jadi tuan-tuan bayar untuk kedua-dua sekolah kebangsaan (yang haprak) dan untuk sekolah asrama penuh yang elit dengan pasukan kuda, kolam renang dsbnya. 
Tetapi sebagai balasannya anak tuan-tuan yang belajar di sekolah kebangsaan kenalah rela dengan bumbung pecah, toilet rosak bau tahi, kerusi meja rosak, cikgu cuti maternity, cuti kursus, cuti umrah dan banyak lagi cuti.  Cikgu geografi ajar matematik, cikgu matematik ajar Inggeris dan entah apa lagi lah.
Tuan-tuan, iklan supermarket selalu tanya "Why pay more for less?"






Satu soalan yang simple dan lojik. Kenapa pula tuan-tuan rela bayar lebih untuk anak sendiri belajar di sekolah second class? Rela anak tirikan anak sendiri.
(Ok short break. Saya ada sedikit cadangan. Saya cadangkan semua ibu bapa (seperti saya) yang tidak mempunyai anak yang belajar di sekolah asrama penuh diberikan pelepasan cukai. Terutama sekali pelepasan cukai impot kereta untuk seumur hidup. 
Biarlah ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di sekolah asrama penuh bayar semua jenis cukai yang perlu, termasuk bayar cukai impot kereta 100% atau 300% untuk kereta impot buatan besi tin susu. 
Kena fair lah. Why should I pay for your son / daughter to study in a sekolah asrama penuh dengan horse riding, nanotech lab dsbnya yang bukan examination subject pun? You go and pay yourself lah.) 
Ok sekarang kita lihat output nya. Kita kaji produknya. Atau hasil daripada sistem sekolah asrama dan sistem sekolah kebangsaan.
Tuan-tuan, sila gunakan otak ok. Dalam negara kita hari ini sudah ada lebih 90 IPTA atau universiti kerajaan. Pelbagai universiti sudah wujud. Universiti P Ramlee pun sudah ada. 






Setiap tahun lebih 150,000 pelajar baru masuk semua universiti IPTA ini. Belum kira IPTS atau universiti swasta. 
Sudah tentu sekali bahawa majoriti besar pelajar yang masuk universiti IPTA adalah daripada sekolah kebangsaan juga. Bukan daripada sekolah asrama penuh pun sebab bilangan pelajar sekolah asrama penuh adalah sangat sedikit berbanding dengan 150,000 kerusi yang ditawarkan di universiti IPTA sahaja.
Jadi majoriti besar pelajar yang masuk universiti adalah bebudak lepasan sekolah kebangsaan.
Maksudnya majoriti besar doktor, engineer, arkitek, lawyer, cikgu, pegawai kerajaan semuanya bukan daripada sekolah asrama penuh pun. Saya sebut majoriti besar ok. Majoriti besarnya daripada sekolah kebangsaan biasa saja.
Jadi tuan-tuan our country functions very well dengan sumbangan tenaga kerja yang belajar di sekolah kebangsaan kita.  People like me included.
Bagaimana pula dengan pelajar dari sekolah asrama penuh yang tunggang kuda dan sebagainya?  
Sekolah asrama penuh menelan belanja mungkin 10 kali ganda perbelanjaan bagi sekolah kebangsaan. 
Tetapi apakah output atau sumbangan daripada sekolah asrama penuh itu 10 kali lebih daripada output sekolah kebangsaan?
Yang saya melihat geng-geng graduan sekolah asrama penuh ini lebih kepada menjadi kumpulan-kumpulan elit dalam negara kita. It is true they frequently occupy top positions in the GLCs, government dsbnya. 
Tetapi yang bankrapkan GLC pun depa juga, pegawai tinggi terlibat rasuah pun depa juga, jadi kroni telan duit rakyat pun depa juga, jadi YB (Yang Bebal) pun depa juga. Geng elit daripada sekolah asrama penuh ini tidak terlepas daripada dunggu pun.
Satu lagi contoh Mahal_wat yang world famous seantero dunia pun graduate daripada sekolah asrama penuh juga. So apakah jadahnya sumbangan mereka ini bukan saja bukan 10 kali ganda daripada sekolah kebangsaan tetapi the opposite pula berlaku - mereka sering bertanggungjawab melakukan lebih kerosakkan daripada kebaikan.
Saya ada dua cadangan. Biarlah kita ikut contoh negeri Sarawak dan contoh sistem sekolah asrama penuh dan memberi pilihan kepada anak-anak kita belajar mengikut bahasa pengantar English.  Anak-anak kita akan mempunyai peluang yang baik serupa seperti pelajar sekolah asrama penuh atau pelajar di negeri Sarawak. 
Kedua kita perlu samaratakan perbelanjaan duit saya dan duit tuan-tuan antara sekolah kebangsaan dan sekolah asrama penuh.  
Katakanlah di satu tempat itu ada sebuah sekolah asrama penuh dan sebuah lagi sekolah kebangsaan. Lets say Kerajaan belanjakan RM1 juta bagi sekolah asrama penuh dan RM100 Ribu sahaja untuk sekolah kebangsaan itu. Jadi jumlahnya RM1.1 juta.
Saya cadangkan kita bahagi dua sajalah duit belanja RM1.1 Juta itu.  Kita bagi RM550,000 kepada sekolah kebangsaan dan RM550,000 kepada sekolah asrama tadi.
Apa maksudnya? 

Maksudnya tak payahlah sekolah asrama penuh itu beli kuda atau buat kolam renang saiz Olimpik. Tak payahlah bagi kasut free, hostel free, baju free, duit kocek free kepada pelajar. Suruh ibu bapa bayar lah.Maksudnya sekolah kebangsaan pula boleh dapat bumbung baru. Atau at least tampal bocor. Toilet tak lah bau tahi sangat. Kerusi meja yang rosak boleh ganti baru. Biarlah cikgu pun daripada lebih experienced. Cikgu geografi mengajar geografi dan bukan matematik. 
Masa Dr Mahathir dipaksa kow tow kepada bendera Jepun dulu, negara kita lebih banyak hutan dan balak daripada bandar dan pekan. Arwah Pak Su saya pernah cerita pasal buaya sering berjemur dekat feri (tali) di tebing Sungai Bernam. Sekarang geng-geng elit sudah sapu semua balak dan hutan. Negara kita pun makin ramai penduduk dan makin banyak kawasan jadi bandar dan kotaraya. Zaman sudah berubah.
Kita perlu re-evaluate atau menilai semula dasar-dasar zaman dinosaur yang tidak berbaloi lagi bagi kita semua. 
Malangnya ahli politik susah faham atau tidak akan faham apa yang saya sebut di sini. Tetapi percayalah apa yang saya sebut di sini memberi makna yang sangat besar dan penting bagi masa depan parti politik sendiri.
Fahamilah bahawa "application of tax resources" atau penggunaan sumber hasil yang tidak adil, yang berat sebelah, yang tidak betul akan menjemput bala yang besar kepada parti politik. 
Apabila application of tax resources tidak adil ia akan mengakibatkan orang miskin yang ramai dan orang kaya raya yang sikit. Saya rasa ini yang sedang berlaku dalam negara kita sejak perlaksanaan DEB sejak tahun 1970.
Maka sebab itulah kita melihat sekarang tiada parti politik yang dapat menang majoriti yang besar.  Peluang mereka menang atau kalah adalah 50 / 50 sahaja. Terpulang kepada nasib mereka pada saat itu. 
Maksudnya rakyat tidak lagi percaya nasib mereka akan terjamin menjadi lebih baik - oleh sebarang parti politik pun.
Saya sudah pun sebut perkara ini dan saya akan ulanginya sekali lagi di sini. Kita tidak perlukan parti politik yang baru. Apa yang kita perlukan adalah dasar-dasar yang baru. Dasar ekonomi, dasar pelajaran, dasar sosial, dasar kesihatan dan segala dasar lain yang baru. We need new thinking.
Apa gunanya menubuhkan parti politik baru tetapi tanpa membawa pemikiran baru untuk membentuk dasar baru?
Zaman dinosaur telah berlalu. Kita perlu keluar daripada gua kelawar.  Di luar gua kelawar itu kondominium baru sudah pun naik.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
Posted by Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/09/sarawak-mula-tong-sampahkan-sistem.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Mula Mohon Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Ipt Untuk Anak Kedah

Boleh Mula Mohon Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Ipt Untuk Anak Kedah

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 297 hits
Berita baik kepada anak Kedah anda kini sudah boleh mula memohon Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja Bantuan ke IPT tau dikenali sebagai Dermasiswa Melanjutk...
Travel Bersama Anak Beri Mereka Kelebihan Dalam Pelajaran Di Sekolah

Travel Bersama Anak Beri Mereka Kelebihan Dalam Pelajaran Di Sekolah

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 254 hits
Anak anak terpaksa ponteng sekolah kerana mengikuti trip melancong sering kali membuatkan ibu bapa mereka berasa bersalah Selepas membaca artikel ini pasti rasa bersalah itu akan
Pelajaran Bocah Meninggal Disambar Petir Akibat Main Hp Saat Hujan Astagfirullah Wajahnya Gosong

Pelajaran Bocah Meninggal Disambar Petir Akibat Main Hp Saat Hujan Astagfirullah Wajahnya Gosong

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 337 hits
Saat ini kecanggihan ponsel pintar tidak hanya awam dinikmati oleh orang dewasa Banyak anak anak yang juga ketagihan menggunakan smartphone meski hanya sekadar untuk menonton video maupun bermain game Namun penggunaan ponsel oleh anak anak ...
Nikah Siri Merusak Sistem Hukum Dan Sosial Keluarga

Nikah Siri Merusak Sistem Hukum Dan Sosial Keluarga

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 302 hits
Pernikahan bagi umat Islam merupakan ikatan lahir batin antara seorang laki laki dan seorang perempuan sebagai suami isteri berdasar akad nikah yang diatur dalam undang undang dengan tujuan membentuk keluarga sakinah atau rumah tangga yang ...
Pelajar Thailand Sudah Berani Cabar Sistem Monarki Raja Thai

Pelajar Thailand Sudah Berani Cabar Sistem Monarki Raja Thai

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 296 hits
Terdapat rasa takut tersembunyi dalam diri saya Ketakutan mendalam memikirkan kesan yang bakal menyusul nanti Demikian kata kata Panusaya Sithijirawattanakul pelajar berusia 21 tahun dengan gugup naik ke pentas politik di Thailand dan menca...
Hnw Jangan Hapus Pelajaran Sejarah Dan Agama

Hnw Jangan Hapus Pelajaran Sejarah Dan Agama

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 219 hits
Wakil Ketua MPR RI Dr H M Hidayat Nur Wahid MA menolak wacana penghapusan mata pelajaran Agama yang dikeluarkan oleh sejumlah pihak mengikuti wacana penghapusan mata pelajaran sejarah Menurutnya Indonesia merupakan negara Pancasila bukan ne...
Dibanding Sejarah Peneliti Dari Saiful Mujani Lebih Pilih Pelajaran Agama Yang Dihapus

Dibanding Sejarah Peneliti Dari Saiful Mujani Lebih Pilih Pelajaran Agama Yang Dihapus

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 218 hits
Peneliti Saiful Mujani Research and Consulting Saidiman Ahmad ikut angkat suara terkait wacana penghapusan pelajaran sejarah di jenjang sekolah menengah atas Lewat akun Twitternya saidiman ia justru menawarkan pelajaran agama yang sebaiknya...
Tolak Pelajaran Sejarah Dihapus Sekjen Pdip Nadiem Makarim Tidak Paham Sejarah

Tolak Pelajaran Sejarah Dihapus Sekjen Pdip Nadiem Makarim Tidak Paham Sejarah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 277 hits
PDI Perjuangan menolak keras program dari Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan yang akan menghapus pelajaran sejarah di sekolah Sekretaris Jenderal PDIP Hasto Kristiyanto menegaskan banteng moncong putih menolak keras bentuk pragmatisme wa...
Dede Yusuf Pelajaran Sejarah Paling Prioritas Menuju Pelajar Pancasila Jangan Dihapus

Dede Yusuf Pelajaran Sejarah Paling Prioritas Menuju Pelajar Pancasila Jangan Dihapus

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 252 hits
Pemerintah seharusnya menjalin komunikasi dan koordinasi kepada mitra kerjanya dalam membuat kebijakan Salah satunya saat akan menghilangkan pelajaran sejarah dalam kurikulum terbaru untuk Sekolah Menengah Atas Saya rasa apapun statement at...
Transforming Malaysia S Healthcare Financing System

Twinboss The Story Of Irwann Cheng S Twin Engine Yamaha Rxz

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

Legoland Nagoya Travel Guide

Happy168 Happy168 Asia 29 2567 Happy168 168 Top 35 By Princess

Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur Best Hotel Ever

Linkin Park The Emptiness Machine Chord

Autism Walkathon Melaka 2024


echo '';
Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pinjaman Syurga Slot Akasia TV3

Kini Kembali Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengapa Hadi Tidak Bekerjasama Dengan Anwar

Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

Sedapnya Makan Pizza Wagyu By Chef Jofliam

Budoxe The Dark Knight

Kedah Air Melimpah Di Kedah Empat Kampung Dilanda Banjir Kilat

Budak Didakwa Bawa Ipad Pada 1941