Sarapan Pagi Roti Titab Kacang Pool Bukit Katil Melaka
Rancangan makan sarapan pagi Roti Titab di restoran KERSANI by Original Roaster Master yang terletak di Bukit Katil ini adalah bukan dalam perancangan kami waktu balik bercuti di Melaka baru-baru ni.
Selepas selesai urusan check-out dari homestay, kami keluar cari makan pagi dan nak elak makan berat. Cukuplah sekadar alas perut sebab dah rancang nak makan di Rumah Kopi Tangkak untuk makan tengahari.
Malangnya kedai makan yang suami nak pergi tutup dan rezeki sewaktu perjalanan mencari kedai makan lain ternampak kedai ni.
Bagusnya sepanduk dia cukup besar untuk menarik perhatian kami walaupun masa tu kereta tengah bergerak. Kiranya berkesan lah teknik marketing dia.
Sepanduk nama kedai Kersani dan Kacang Phool sebelah menyebelah sahaja. Restoran ni tepi jalan jadi senang nak jumpa.
Sarapan Pagi Roti Titab, Kacang Pool Bukit Katil Melaka
Kalau nak tahu Roti Titab atau nama lain dia orang panggil roti goyang. Bila sampai pesanan dekat meja memang Diah teruja sebab bukan senang nak dapatkan telur separuh masak yang cantik kejadian dia macam tu.
Kalau Diah sendiri kena buat telur goyang macam tu alamatnya lambat lagi nak rasa. Buat yang tak pasti apa itu Roti Titab, ianya merupakan roti Hailam bakar yang disapu dengan mentega.
Kemudian dekat tengah-tengah roti ditambah telur separuh masak dan diletakkan seri kaya dibucu roti bakar tersebut.
Kiranya memang trademark dari dulu lagi, kalau pesan Roti Titab walaupun dekat mamak akan jumpa roti yang dihidangkan seperti itu.
Tak pastilah siapa pencipta dia. Awalnya ragu-ragu juga nak cuba. Macam tak kena je gandingan telur separuh masak makan dengan seri kaya yang manis tu.
Tapi lepas cuba Alhamdulillah masih boleh diterima tekak. Ada juga orang makan letak lada sulah nak bagi lebih berperisa. Terpulang la cara apa pun asalkan makan habis. Tak baik membazir.
Dekat sini ada dijual Kacang Pool juga. Sedap kuah kacang dia cukup rasa dan rempah. Kami makan kongsi ramai-ramai.
Pengalaman Makan Di Restoran KERSANI by Original Roaster Master Suka konsep dekat sini, walaupun kedai dia tak besar sangat tapi cukup dan selesa untuk pelanggan yang datang. Grab and go.
Semua orang faham, bila dah siap makan boleh terus bangun dan beri pelanggan lain yang baru sampai nak makan pula.
Overall pengalaman makan Roti Titab dan kacang pool dekat sini kami puas hati. Perasan dekat kain sepanduk dia promosi ‘western food’ tapi hanya di jual pada waktu malam.
InshaAllah mana tahu ada rezeki boleh datang lagi dan cuba western pula. Review dekat Google tidak mengecewakan katanya.
Untuk korang yang nak cuba makan Roti Titab boleh je waze “Kacang Phool Hajijie, Bukit Katil atau KERSANI by Original Roaster Master. Insha Allah sampai. Lokasi dia berdekatan dengan Dewan Tun Ali dan Rumah Melaka.
Janganlah pening ya. Waktu pagi dia buka kedai hidangkan menu sarapan pagi kacang phool dan roti titab. Waktu malam pula dia hidangkan kambing golek, nasi goreng kambing, steak dan western food yang lain.
Nak tahu promosi ikuti Facebook mereka.
Rancangan kami diteruskan hari tu nak makan di Rumah Kopi Tangkak dan last but not least nak cari baju tema Pahlawan dan Fairy Tale untuk anak-anak.
Pihak sekolah adakan sambutan Hari Kanak-Kanak bertemakan Pahlawan untuk murid Tahap Dua dan Fairy Tale untuk murid Tahap Satu.
Ikut kan zaman Diah sekolah dulu mana merasa sambutan macam ni siap dengan tema. Merasa pergi Dinner pun waktu zaman belajar, Fakulti yang buat.
Lain sungguh ya zaman kita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2022/12/sarapan-pagi-roti-titab-kacang-pool.html