Sarapan Pagi Di Karachi Makan Masakan Tengah Hari Ala Pakistan Di Platform 19 Shah Alam


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang pernah cuba makanan istimewa daripada Pakistan? Kalau korang masih belum cuba jom Maha bawakan korang untuk nikmati juadah khas masyarat Pakistan. Makan daripada sarapan pagi sampai ke makan tengah hari hingga kepada makan malam. Sangat autentik restoran yang Maha nak bawa korang kali ni



Nama restoran ini pun menarik iaitu Platform 19 yang terletak di Seksyen 19 Shah Alam. Berdekatan dengan station KTM Shah Alam dan juga Hentian Bas Seksyen 19 Shah Alam serta di sebelah CIAST Seksyen 19 Shah Alam. Jadi sini memang menjadi tumpuan orang kalau nak gunakan pengangkutan awam. 


Restoran Platform 19 baru sahaja bermula operasi November 2023. Mereka lebih fokus kepada Pakistan cuisine. Ia buka seawal jam 8.00 pagi untuk korang nikmati sarapan pagi istimewa dibawakan dari Karachi. Sarapan pagi korang kena cuba adalah Good Morning Karachi atau juga Roti Prata yang datang dengan tiga jenis inti dalam iaitu Potato, Cheese dan Butter. Makan pula dengan 3 jenis pincicah yang sangat rare ni



Kemudian ada juga sarapan pagi ala western kalau yang tengah diet. Boleh cuba mereka punya Classic Breakfast, Grilled Bratwurst Sausage dan Creamy Mushroom and Potato Soup. Sekali sekala nak berangan macam makan kat luar negara apa salah hehehe





Bagi hidangan makan tengah hari Platform 19 ni Maha paling suka iaitu Bakra Paye atau kita panggil gear box. Tapi kat sini mereka lebih banyak makan kambing jadi gear box pun kambing kecil-kecil comel sahaja. Sedap giler tambah makan dengan nasi butter mereka atau juga boleh pilih makan dengan roti. Perrrrhh dijamin akan menjilat jadi jadi dan korang akan sedut gear box tu sampai kering



Juga paling mendapat pilihan ramai orang yang datang dalam kuantiti ramai atau satu keluarga mereka akan order DOME Kabsah Mutton. Hidangan ni boleh makan 3 ke 4 orang memang banyak. Nasi dan juga daging kambing yang dibungkus dalam roti yang dihasilkan sendiri. Kemudian di bakar untuk kepanasan yang sekata. Protien dalam tu korang boleh pilih kalau tak makan kambing boleh tukar dengan ayam atau lembut. Menu ni sangat puas hati makan ramai-ramai memang menjadi hot saller juga sini




Kalau yang kurang makan kambing boleh cuba Chicken Charga ni. Ia menu ayam goreng garing dan juga dituang dengan sos yang bukan cheese tapi sangat sedap. Panas-panas mengelegak tu makan dengan nasi atau roti pun sangat kena. Ayam banyak dalam ni boleh makan 2 ke 3 orang juga lah



Menu lain yang menarik sini korang boleh pilih dan cuba seperti Lateef In The Bowl iaitu pasta dalam mangkuk, Beef Keema Pizza iaitu pizza doh dihasilkan sendiri penuh dengan inti dan cheese meleleh, juga ada Sherperd Pie dalamnya penuh dengan inti daging. Bila dah makan semuu ni last korang kena tutup dengan minuman istimewa mereka iaitu Chai Tea. Teh herba yang minum panas-panas memang cuci perut sangat






Maha suka Restoran Platform 19 kerana masakan sini disediakan sendiri oleh orang Pakistan yang berpengalaman dan mahir dalam kerja memasak di dapur. Juga variati makanan yang ada di sini sangat banyak membuat korang boleh datang dari pagi hingga ke malam. Restoran ini jgua sangat selesa dan juga ruang yang kemas dan luas. Konsep pun mereka buat macam kat platform dengan setiap meja ada nama stesen yang popular di KL seperti KL Sentral, Angkasapuri, Cyberjaya dan banyak lagi





Juga mereka ada sediakan satu ruang VIP untuk korang nak makan atau adakan majlis dalam tu. Ia mampu memuatkan dalam 25 ke 30 orang satu-satu masa. Sebab sebelum ni ada orang buat majlis pertunangan, sambutan harijadi, reunion dan macam-macam lagi. Kalau nak beli produk mereka pun ada jual juga tau macam Cookies By Chef Jo. Kuih Raya yang viral tu kat sini pun ada tau



Waktu operasi:Buka setiap hari dari jam 8.00pagi hingga 10.00malamWaktu rehat : Solat Jumaat 12.30tengahari hingga 2.45petang
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh layari sosial media: Instagram: https://www.instagram.com/platform19cafeTikTok : https://www.tiktok.com/@platform19cafeFacebook :  @PlatformNineteenShahAlamEmail : [email protected] : 017-4377559 (Pn Rosiyati) / 012-7019192









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/06/sarapan-pagi-di-karachi-makan-masakan-pakistan-di-platform-19-shah-alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor

Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 251 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kalau sebut sahaja Sekinchan apa yang pertama terbayang dalam fikiran korang Sawah padi luas yang menguning Atau Homestay ...
Masakan Pakistan Resipi Ayam Karahi Ala Ayam Masak Merah

Masakan Pakistan Resipi Ayam Karahi Ala Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 327 hits
Dah lama umi nak masak ayam karahi ni tapi asyik tertangguh sebab kekadang tu tak ada daun ketumbar cari garam masala tak jumpa walhal ada jer elok dalam bekas kat dalam almari Akhirnya 2 minggu sudah terlaksana hasrat untuk masak untuk kel...
Makan Sedap Masakan Hainan Di Restoran Chuen 1954 Wangsa Walk

Makan Sedap Masakan Hainan Di Restoran Chuen 1954 Wangsa Walk

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 200 hits
Bukanlah pertama kali kami ke sini cuma pertama kali singgah makan dengan Kak Cik Iman Sebelum ni umi dah pernah singgah makan dengan habibi Kak Yang dan Cik Cha untuk minum petang tapi kali ni singgah makan makanan berat sebab lapar Jangan...
Tak Perlu Keluar Bajet Mahal Mahal Korang Boleh Jelajah Jepun Hanya Di Shah Alam Je

Tak Perlu Keluar Bajet Mahal Mahal Korang Boleh Jelajah Jepun Hanya Di Shah Alam Je

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 343 hits
Menjadi idaman setiap orang ramai untuk menjejakkan kaki di Jepun kerana mahu melihat keindahan serta kemajuan negara tersebut Kalau korang nak tahu sebenarnya kita boleh pergi ke Jepun secara bajet je tau Nak tahu macam mana caranya Jom ka...
Makan Makan Sempena Hari Jadi Zulaikha Di Nlsb Cafe

Makan Makan Sempena Hari Jadi Zulaikha Di Nlsb Cafe

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 314 hits
Assalamualaikum WBT SEKEJAP jer masa berlalu Tahun ini anak saudara Sk yang paling kecil Zulaikha atau dipanggil Jeika dah pun Tahun 2 8 Tahun genap tarikhnya hari ini Mamaknya minta tolong belikan kek Sk ke Oh My Cakes di Taman Pulai Makmu...
Sarapan Pagi Di Auto Bavaria

Sarapan Pagi Di Auto Bavaria

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 331 hits
Pagi semalam MY jemput suami yang menghantar keretanya di Auto Bavaria Skudai Kiri Kami keluar sama sama Mama Yan follow je kereta suami dari rumah sampailah ke tempat servis kereta tu Bukan untuk sevis kereta Tapi untuk tukar cermin depan ...
Sarapan Pagi Kek Marble Teh O Panas

Sarapan Pagi Kek Marble Teh O Panas

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 295 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Morning korang Pagi raya Aidiladha ketiga ada yang dah kembali masuk office Kita geng Selamat kembali bekerja Semoga dipermudahkan segala urusan korang hari ni ya Kembali semangat bekerja jangan terbayang...
Kedai Kecil Tapi Ramai Orang Berbaris Nak Nikmati Sarapan Pagi Di Kopitiam 143

Kedai Kecil Tapi Ramai Orang Berbaris Nak Nikmati Sarapan Pagi Di Kopitiam 143

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 276 hits
Salam sejahtera kepada pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Maha pelik kat satu kedai makan ni kedainya sangat kecil hanya muat untuk beberapa orang tapi tetap ramai orang sanggup berbaris...
Tengah Makan Tulang Anak Palestin Tak Sensitif Sekumpulan Remaja Jadikan Peperangan Di Palestin Bahan Lawak

Tengah Makan Tulang Anak Palestin Tak Sensitif Sekumpulan Remaja Jadikan Peperangan Di Palestin Bahan Lawak

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 156 hits
Baru baru ini di platform X tular satu video yang membuatkan netizen marah apabila sekumpulan remaja berasal dari negara jiran Indonesia menjadikan peperangan di Palestin sebagai bahan jenaka Sekumpulan gadis tak sensitif Dalam video terseb...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas