Sarapan Pagi Di 8272 Barakah Corner Jalan Pandan Kampung Lapan Tengkera Melaka
8272 Barakah Corner (gambar dari google street view)
Jalan Pandan, Kampung Lapan Tengkera, Melaka
orang ramai dalam kedai barakah cornerGerai sarapan pagi 8272 Barakah Corner ni terletak di Jalan Pandan, Kampung Lapan, 75250 Melaka, betul-betul di penjuru simpang traffic light (rujuk gambar kat atas tu). Ada pelbagai menu sarapan pagi di sini antaranya adalah nasi lemak, lontong, mee kari, ketupat, laksa power, kacang pol dan roti bakar. Selain menu tersebut, di Barakah Corner juga ada menu roti canai. Tarikan utama di Barakah Corner ni adalah keunikan roti canai yang diorang sediakan. Memang rare menu ni, Roti canai yang digulung kemudiannya diletakkan kepingan cheese di atasnya diikuti dengan sambal di atas cheese tersebut dan di akhiri dengan simbahan kuar dal yang membanjiri pinggan keseluruhanya lau diberi nama roti canai merecik cheese! Perghhh😋😋😋😋
roti canai merecik cheese
roti canai merecik cheese in actionKalau nak makan roti canai biasa pun ada. Tapi yang roti canai merecik ni kena cuba gak la sebab takda kat tempat lain. Rare la menu ni.. Korang boleh dalam status media sosial korang untuk like komen dan share😂😂😂😂buku menu 8272 Barakah Corner
menu sarapan pagiSelain roti canai merecik tu, aku try gak la menu lain, antaranya adalah lontong dan set roti bakar. Set roti bakar ni bersekali dengan 2 biji telur separuh masak.lontong
roti bakar
telur separuh masakKalau korang nak try makan disini, boleh cari di alamat yang aku dah bagitau kat atas tu. Tapi kalau susah-susah, guna je GPS koordinat dan google map seperti dibawah.GPS Koordinat: 2°12'51.5"N 102°13'48.7"E atau 2.214302, 102.230199
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sedapnya-makan.com/2022/01/sarapan-pagi-di-8272-barakah-corner.html