Sarapan Nasi Dagang Gulai Tongkol Che Yah
Assalamualaikum wbt
MINGGU lepas, tengok Blogger Pencen Kak Azie Azah, tayang makan Nasi Dagang di facebook, ketika beliau melencong ke Pantai Timur. Tak ingatlah bila kali terakhir Sk makan nasi dagang? Rasanya, masa Cuti-Cuti Sedili tu la kot yang terakhir. Lepas tu macam tak ada makan. Haaa.. tulah rahsia susut badan ni, dah lama tak makan sarapan berat-berat. Kalau ada pun, hari Sabtu jer. Cuma sejak Iman dah habis intern ni la, nampak Sk makan lontong la.. roti tibab la. Kalau tak, cuma hadap roti hijau tu jer la
Terus bertabah walaupun tergoda tengok gambar nasi dagang lalu-lalang. Kelmarin, nak beli roti hijau di 7E, rak roti kosong. Semua jenama pun tak ada roti. Jadi, tak berbekal rotilah Sk semalam. Alang-alang tak ada roti, jomlah kita cari Nasi Dagang Che Yah di Taman Tampoi
Daging Bakar untuk Nasi Kerabu dah siap hiris sebakul. Sk ambil video ni, sebab tu gambarnya kaburrrrr, hehe. Pakkal jer la perut ada satu aje. Geram tengok lauk dan sambal nasi kerabu, bersusun. Tayangannya sungguh menggiurkan
Cuma, jika nasi kerabu, SK lebih suka Nasi Kerabu Kak Yah di Kampung Pasir. Ah, sebut ni, rasa macam nak sarapan nasi kerabulah pulak esok, hihi. Nak nak pulak kalau Bosskurrr yang tukang cedoknya... muai makan
Ayam percik merecik! Aaaaa... kena tetapkan iman ni. Nak nasi dagang aje, jangan berubah hati Sk
Selalu nampak nasi kuning ni, tapi tak pernah cuba dan tanya nasi apa, apa rasanya, lauknya apa
Nasi dagang yang menjadi idaman.
Gulai ayam atau tongkol? Meleleh ailio tengok cili padi dalam gulai tongkol
Semestinya Nasi Dagang Gulai Tongkol menjadi pilihan Sk.. dah tajuk mu tulis Nasi Dagang Gulai Tongkol kan. Tak perlu nak berteka-teki lagi
Menu Special Masakan Pantai Timur Che Yah
No 35, Susur Satu
Jalan Tampoi Simpang,
Taman Gembira, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Perniagaan :Isnin hingga Khamis
7 pagi hingga 3.30 petang
Telefon 019-747 5121
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/sarapan-nasi-dagang-gulai-tongkol-che.html