Sarapan Di The Mummy S Asam Pedas Power
Assalamualaikum WBT
DUA hari ini operasi semua cawangan kolej ditutup kerana kami diarahkan menghadiri Program Citra Pesona (Jalinan Mesra) antara staf di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram. Ialah, selama ni asyik kerja-kerja-kerja, mana sempat nak bermesra. Ini adalah program tahunan dan sejak PKP kemesraan tidak lagi terjalin. Jadi, jom kita!
Sebelum bertolak, jom sarapan dulu! Kami ke The Mummy's Asam Pedas Power di Jalan Kasawari, Larkin, tak sampai 5 minit dari kolej. Semua pertama kali ke sini.
Naza pesan Roti Sarang Burung (RM10). Naza kata sedap, jadi Sk rekomen la kat pembaca. Sk jarang la pesan Roti Sarang Burung ni, unsangkarable RM10 harganya. Tapi, bila tengok ada daging sebagai lauknya, ianya berpatutanlah kan, telur pun dah mahal
Untuk Aida, Lempeng Kelapa Asam Pedas Tetel (RM10)
Madihah makan menu omputeh dan teh tarik. Nampak okey, licin Madi makan. Ni pertama kali makan sama dengan Madi, Sk tengok dia susun pinggan dan cawan tu bagi tegak dan lurus, sah ada OCD dia ni 😆
Fidah dan Ina makan sama dengan Aida dan Madi. Fidah ambil juga telur setengah masak
Sk dan Kak Imah makan lempeng kelapa dengan Asam Pedas Ikan Pari. Mula-mula Sk suap lempeng sahaja ke mulut. Rasa tersampar muka ya, sebab lempengnya sejuk, ingatkan dihidang segar dari ladang. Ini menu set ya, tak patut betul lempengnya sekeping aje dengan harga RM8. Bukan sahaja lempeng sejuk, asam pedas pun sama, sejuk macam kau kat kampung, pagi-pagi selongkar periuk lauk semalam jumpa asam pedas! Ceduk makan dengan nasi sejuk jugak 🤣
Asam pedas tetel pun tak panas jugak, kata Kak Imah 🥹
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/11/sarapan-di-mummys-asam-pedas-power.html