Sarapan Di The Banana Leaf Kitchen Yang Mengecewakan
Assalamualaikum WBT
AWAL giler sampai pejabat hari ni, shuttle door pun tak naik lagi. Eh, memang kalau cuti sekolah, mak pak pun ikut bercuti ke? 😂 Lengang sungguh jalanraya yang biasa sesak dengan kereta. Sk nak habiskan kopi pun tak sempat 😄.
Cerita pagi Sabtu, kami ke The Banana Leaf Kitchen. Pak Inche nak makan apom, tapi apomnya tak ada. Alasannya, apom habis sebab ramai yang take away. Macam tak logik aje
Sk pesan sekeping Tosei Masala. Masa hantar ke meja, sebelah tangan staf tu pegang pinggan tosei manakala sebelah tangan lagi jinjing tong kecil berisi kuah kari. Kemudian, dia tanya, nak tuang kuah atas tosei tu ke? Sk macam.. urmm.. tuang kat tepi ni la.. sambil tunjuk atas daun pisang tu. Dia pun tuang, dan see what.. kuah tu meleleh meresap masuk bawah tosei. Terus Sk tanya, tak ada mangkuk ke? Gerai kaki lima pun ada mangkuk atau guna pinggan yang ada patition untuk kuah
Sebenarnya, sebelum tu, Sk nampak pelanggan meja sebelah dia tuangkan kuah terus atas tosei. Sk fikir, memang stail pelanggan tu nak makan macam tu.. hurmmm. Kemudian, tengok pelanggan meja belakang Pak Inche pun sama, dia nak tuang kuah terus atas roti canai. Sabar aje la... Pelanggan tu pun mintak mangkuk lain untuk kuah. Padahal, masa kali pertama Sk makan kat sini dulu, elok jer dia hidangkan kuah dalam mangkuk cantik.
Pak Inche lagi kelakar, dapat pinggan melamine ke plastik, dah macam pinggan budak tadika, hahaha. Menyakitkan hati betul. Apa dah jadi dengan The Banana Leaf ni ek. Hari tu datang makan tengahari pun elok aje. Tak patutlah, kan.. restoran mahal ni. Pak Inche kata, baik pergi makan kat Ashoka, tunggu lama pun puas hati, hahahaha. Tobat nampaknya tu.. kita tengok sejauh mana ya.. hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/sarapan-di-banana-leaf-kitchen-yang.html