Sarapan Di Rumah Nenek Cafe
Assalamualaikum WBT
PAGI tadi, lepas Pak Inche pergi kerja, barulah Sk bersiap untuk jemput tuan puteri balik dari kolej. Sepatutnya ambil malam tadi, tapi Pak Inche kata, ada live bola antara Perak vs JDT di kaca tv. Sk offer ambil Iman petang, tapi dia kata ada kerja. Mujurlah jugak, sebab petang semalam hujan lebat menimpa bumi Tanah Jauhar, Jalan Skudai pasti sesak kerana air bertakung. Masalah sejak berkurun-kurun. Jadi, pagi ni la baru ambil anak bertuah 😍.
Alang-alang, teruslah pergi bersarapan. Hari itu, dia merajuk sebab Sk dah pergi sarapan di Halaman Cafe & Coffee tak bawa dia, kita ubatlah hati yang merajuk tu ke sini
Generasi hari ini, sukakan vibes dulu-dulu. Banyak cafe baharu dibuka dengan bertemakan zaman nenek moyang kita dulu. Tapi, nenek di sini, nenek ranggi tau
Terpesona bila melangkah masuk ke dalam cafe. Jom kita tengok menu
Nasi Lemak dengan beberapa pilihan lauk
Nasi Beriani pun ada
Pilihan Mee Siam atau Bihun Goreng
Mee Goreng.. yang ni dia guna seakan mee wantan
Desserts dan rojak
Minuman
Kuih-muih beraneka macam, seketul RM2. Lain kali nak datang minum petang pula
Puas membelek ke depan belakang 🤣 akhirnya Sk pilih Balinese Rendang Chicken dengan Nasi Lemak.
Terpukau sebentar bila nasi lemak dihidang ke meja. Nasi Lemak Rendang Ayam dihidang bersama jajan Keropok Udang, kacang tanah goreng salut telur dan sebelah telur rebus, dihias pula sekuntum bunga anggerik. Nasi lemaknya sedap, berasa asli santan, sambal tumis pun sedap, macam masakan nenek-nenek.. seriussss. Ayam rendang tu whole leg, rempah rendang pun sedap
Sk jarang minum ais pagi, tapi kali ni nak minum Kopi Peng Signature Nenek, sedapppp
Pilihan Iman, Honey BBQ Chicken with Rice Egg Noodle. Dia punya presentation lagi mantap dari gambar pada menu.
Kalau nasi lemak dihidang dengan keropok udang, mee ini pulak dihidang bersama kerepek pagoda. Macam best aje la, sambil makan main course kita borak-borak sambil makan jajan gitu, hahaha.
Jemput makan, acikkkk
Rumah Nenek ni tak ada dalam waze, anda boleh gunakan carian google atau masukkan alamat. Cuma satu jer masalah problem, macam susah sikit ya nak parking kat sini, tapi.. insyaAllah, ada tu nanti 😍
Rumah Nenek Cafe
82, Jalan Kemunting,Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari kecuali Isnin9.30 pagi hingga 6.00 petang
No Telefon 016 7005335
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/10/sarapan-di-rumah-nenek-cafe.html