Sarapan Di Ramly Kopitiam Batu Pahat


 Assalamualaikum wbt

SETIAP kali jalan-jalan di Batu Pahat, mesti nampak bangunan kedai Ramly Kopitiam ni di hujung lot kedai betul-betul sebelah pasar Batu Pahat. Biasanya, masa nampak tu, dah petang, dah tutup kopitiamnya. Pagi-pagi, jarang singgah ke Batu Pahat ni. Kadang-kadang, terlupa nak singgah sebab dah singgah ke lain, hehehe.

Cuti Hari Wesak tahun ini, jatuh pada hari ahad, jadi, Pak Inche dapatlah cuti ganti hari isnin. Sk pula, memang bercutilah hari ahad tu, sebab hari ahad merupakan hari kerja bagi syarikat Sk mencari rezeki. Pak Inche hasut Sk ambil cuti tahunan hari isnin tu dan diajaknya jalan-jalan ke Muo, kan. Itu pun sebenarnya diajak ke Melaka terus, Sk malas nak layan jem, jadi ke Bandar Maharani sajalah, aman dan damai, jem sikit-sikit jer di pusat bandar.

Malam sebelum ke Muar, Pak Inche bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Jadi, rancangannya kami cuma akan bertolak pada pagi hari Ahad. Kali ni, mesti jadik.. nak bersarapan di Ramly Kopitiam ni. Seperti dijangka, mana-mana kopitiam pun, di hari cuti, mesti ramai pelanggan. Jadi, kami bertiga beranak, berdirilah di hadapan dua pelanggan lain yang sampai lebih awal, di depan pintu masuk utama. Tak lama, makin panjang barisan di belakang kami. Tapi... mungkinlah sejak dah tak perlu imbas MySejahtera sebelum masuk, dah tak ada plastik merah putih yang dijadikan garisan sempadan pintu masuk, ada pelanggan lain yang masuk terus ke dalam kedai, sebab ada lagi dua pintu masuk di sudut kiri dan satu lagi ditepi kedai. Mungkinlah dah biasa datang situ, rebut-rebut meja. Sudahnya, orang belakang kami pun hilang sabar dan potong terus masuk dalam kedai, berdiri di meja pelanggan yang dijangka dah nak habis makan. 

Dah.. tak ada staf pun yang jaga.. terpaksalah 'follow' juga. Pak Inche masuk jugaklah, tunggu tepi meja sepasang suami isteri ni. Ada tiga kerusi kosong di meja tu, tak ada orang, kata si suami. Kemudian mereka pelawa kami duduk sekali, sebab mereka pun dah habis makan, tinggal nak habiskan roti bakar. Dengan muka tak malunya kami pun duduk. Takkan nak duduk saja kan, jadi kami borak-borak.

Dari sepasang suami isteri tu, barulah kami tahu sejarah Ramly Kopitiam ni. Cerita berpuluh tahun dahulu, budak nama Ramly yang tak habis sekolah, bekerja di kedai kopi cina, Chop Tong Ah. Ramly yang rajin bekerja menjadi kesayangan tauke dan kemudiannya ditawarkan menjaga terus kedai kopi tersebut yang dinamakan Kedai Kopi Ramly atau Ramly Kopitiam


Banyak barangan lama dan frame gambar dipamerkan di dinding kedai. Tengok dalam gambar, Sultan Johor (Sultan Ibrahim) juga pernah ke Ramly Kopitiam. Seperti kebanyakan kedai kopi lama, mereka hanya menjual minuman, roti bakar dan telur sahaja dan menyewakan beberapa sudut untuk peniaga lain menjual makanan sampingan lain yang menjadi tarikan pelanggan ke Ramly Kopitiam


Antara tarikan utama menikmati sarapan di daerah lain di Johor, tentulah sate. Tapi, cuma ada sate ayam sahaja. Bolehlah, buat syarat. Sedap satenya cuma datang gitu-gitu aje, tanpa hirisan timun dan bawang serta tiada juga nasi impit


Mee Rebus untuk Pak Inche. Ada hirisan daging dan kentang. Kuahnya cair-cair sedikit tak macam Mee Rebus Haji Wahid yang pekat di Plaza Angsana. Tekstur kuahnya ala-ala Mee Jawa. 

Pagi tu, Sk berbekal satu mug kopi 'o' tapi masih lagi nak mengopi di sini. Kakak yang semeja dengan kami tadi berkata, cawan kopi tu sejak zaman dia sekolah lagi. Oh, setahu Sk, cawan kopi lama-lama macam ni, memang dah dikilangkan semula atas permintaan ramai. Warnanya sengaja dibuat pudar-pudar supaya menampakkan seperti barangan antik


Sk dan Iman, sama-sama nak makan Lontong. Ada sambal tumis sahaja dan sebiji telur rebus. Bagi Sk, rasa kuah lontongnya sedap dan masuk dengan rasa sambal tumis tu. Baru-baru ni, banyak baca perdebatan tentang Lontong ni. Ada yang kata, kuah lodeh tu lontong, ada yang kata, nasi impit tu lontong. Hurmmm.. dua-dua salah, lah. Lontong tu, yang macam dalam gambar ni la. Nasi Impit makan dengan Kuah Lodeh, letak sambal tumis atau sambal kacang. Samalah jugak Laksa, iaitu mee laksa yang dimakan bersama kuah laksa (kebanyakannya berasaskan ikan). Isk, masing-masing nak tunjuk pandai. Ialah, kau sajalah yang paling pandai pasal makan, kan Sk, hahahaha


Roti Bakar yang paling akhir sekali sampai. Patutlah abang dan kakak tadi, Sk tengok semua pinggan makanannya kosong, tapi roti bakar belum berusik. Agaknya, lambat jugaklah tu sampai ke meja. Pak Inche minta telur separuh masak, telur habis katanya. Nak makan di sini, kena bawa banyak-banyak bersabar. Staf mereka terlalu sibuk ambil dan hantar pesanan. Pelanggan pun ramai dan lama nak tunggu meja kosong. Maklumlah, masing-masing kalau boleh semua benda nak dipesan dan ditelan. Bukan kata orang saja, Sk sendiri pun macam tu, hihi. Bayar terus apabila makanan dihidang ke meja. Senang, lepas makan.. boleh jalannnn.. hehehe


Lepas makan, sajalah ronda-ronda dalam pasar. Pasarnya macam Pekan Sabtu, Kuala Ketil aje atau pasar lambak. Cuma, kalau pasar lambak tu, masing-masing bawa khemah sendiri tapi di sini, dibina bumbung kekal, kiranya pasar terbuka la. Di kiri kanan, masih ada lot-lot kedai seperti kedai runcit dan ada butik juga. Yang kelakar, kedai telur pun ada, kata telur dah habis. Agaknya, lain konco la tu, hahaha. Luas pasarnya walaupun tak besar, mungkin sebab tak ramai orang. Mungkin ramai orang masih sibuk beraya ke sana, ke sini. Raya kan.. sebulannnn.. hahaha

Ramly Kopitiam
Jalan Pasar Melayu, 83000 Batu Pahat
(Sebelah Pasar Pagi Jalan Ibrahim, Batu Pahat)Buka setiap hari 8.00am to 12.00pm


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/05/sarapan-di-ramly-kopitiam-batu-pahat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cek Fakta Hoaks Ada Dua Batu Karang Berbentuk Wajah Manusia Di California

Cek Fakta Hoaks Ada Dua Batu Karang Berbentuk Wajah Manusia Di California

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 198 hits
Batu karang berwajah laki laki dan perempuan saling berhadapan tidak ada di Pasifik Grove California Faktanya batu tersebut berada di Thailand dan bentuk wajahnya hasil editan
Bistro Nasi Kandar Batu Kawan Pulau Pinang Dekat Jer Dengan Ikea

Bistro Nasi Kandar Batu Kawan Pulau Pinang Dekat Jer Dengan Ikea

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 361 hits
Bistro Nasi Kandar Batu KawanAku first time datang sini Itu pun selepas tak boleh nak makan dalam IKEA sebab ramai sangat orang Jadi aku cari je la restoran yang berdekatan dengan IKEA Bistro Nasi Kandar ni kira dekat la dengan IKEA Batu Ka...
Fisherfolk Of Sungai Batu Boost Food Security

Fisherfolk Of Sungai Batu Boost Food Security

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 229 hits
Independent filmmaker Andrew has come up with another video this time showcasing the fishing community of Sungai Batu and their role in promoting food security Their catch in this golden area keeps the prices of fish and prawns within reach...
Kasih Sayang Ayah Tak Dijangka Kendong Anak Atas Motor Beraya Dari Batu Gajah Ke Kl Buat Netizen Sayu

Kasih Sayang Ayah Tak Dijangka Kendong Anak Atas Motor Beraya Dari Batu Gajah Ke Kl Buat Netizen Sayu

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 235 hits
Satu perkongsian daripada laman Facebook milik Polis Diraja Malaysia telah mengundang seb4k netizen sejak kelmarin Semuanya gara gara tindakan seorang bapa mengendong anak dengan ikatan kain pelikat ketika menunggang motor di laluan Lebuh R...
Reedzwan Terkejut Kubvr Bapa Hilang Menangis Sedih Hanya Dapat Jumpa Batu Nisan

Reedzwan Terkejut Kubvr Bapa Hilang Menangis Sedih Hanya Dapat Jumpa Batu Nisan

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 169 hits
HASRAT penyanyi Reedzwan menziarahi kubvr arw4h bapa di Perak tidak kesampaian apabila kawasan perkubvran tersebut sudah diratakan tanpa pengetahuan ahli keluarga Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni yang be...
Batu Kawan Mp Kasthuri Patto Marries French Boyfriend

Batu Kawan Mp Kasthuri Patto Marries French Boyfriend

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 249 hits
Kasthuri Patto and her husband Alain Morvan at the National Registration Department in Putrajaya yesterday after the registration of their marriage GEORGE TOWN Batu Kawan MP Kasthuri Patto got hitched to her French boyfriend Alain Morvan in...
Wanita Cedera Terkena Serpihan Batu Selepas Myvi Langgar Tembok Parkir

Wanita Cedera Terkena Serpihan Batu Selepas Myvi Langgar Tembok Parkir

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 153 hits
Sebuah Perodua Myvi yang melanggar tembok di tingkat 4 parkir kenderaan Hentian Bas Terminal One Seremban mengakibatkan seorang wanita cedera di tengkuk SEREMBAN Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok...
Cawangan Ke 20 Kemudi Timur Di Batu 8 Kelantan Penuh Dengan Pelbagai Jenis Barangan Elektronik

Cawangan Ke 20 Kemudi Timur Di Batu 8 Kelantan Penuh Dengan Pelbagai Jenis Barangan Elektronik

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 336 hits
Cawangan Ke 20 Kemudi Timur Di Batu 8 Kelantan Penuh Dengan Pelbagai Jenis Barangan Elektronik Pada 22 Mei 2022 yang lepas aku berpeluang ke Grand Opening Kemudi Timur Batu 8 yang dimeriahkan sekali dengan Open House Hari Raya Memang ngam l...
Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

Orang Ramai Terbalikkan Kereta Untuk Menyelamatkan Murid Yang Dilanggar Kereta Tersebut

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

How Online Platforms Set Pricing Standards In The Digital Age

Sambal Telur Puyuh Campur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Mtuc S Disputing Parties Agree To Hold Polls Within 90 Days

Sila Ulangkaji Asas Penubuhan Bersatu Ahli Mpt Beritahu Hilman

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Online Presence Is Critical For Business