Dah beberapa kali sebenarnya ajak Pak Inche bersarapan di WR Kopitiam yang baharu sahaja dibuka di Gelang Patah. Tapi, macam biasalah Pak Inche tu malas nak keluar pagi semata nak bersarapan. WR Kopitiam ni, baru tu tak la jugak baru tapi baru tahun ni kira masih baru jugaklah, kan. Yey, akhirnya dah wujud juga kopitiam best berhampiran dengan kawasan tempat tinggal Sk.


Amboiii.. Sampai angkat mangkuk, menghirup sehingga ke titisan terakhir tuuuu..
Padahal plan nak makan lain tapi nampak ada Laksa Johor dalam menu, terus teringin. Iman macam biasa bila nampak ada menu lontong terus tak ingat lain la..
Iman dan Cik Embun, dulu kecik-kecik kalau Sk ada hal, Cik Embun la take over jadi baby sitter, heheheh. Tenkiu Cik Embun.
Diam tak diam dah tiga tahun lebih umur Che Zulaikha. Kadang sombong kadang peramah budak ni. Hasrat nak tulis tentang Zulaikha asyiklah terbantut, sori.. hehehe.


Nanti kita datang sini lagi tauuuu..|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |