Sanusi Tunggakan Gaji Kedah Fc Tidak Boleh Selesai Dengan Menganjing


 

Lelong saja kelab yang tak mampu bayar gaji pemain, kata seorang pemerhati sukan yang sudah muak penyakit tunggakan gaji masih terus membelenggu bola sepak Liga Malaysia (Liga M), tidak terkecuali membabitkan pasukan yang ditakrif sebagai besar seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur City (KLC) FC.
Sambil itu mungkin satu cadangan baik untuk ‘membersihkan’ liga, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Sanusi Nor harus otaknya lebih bergeliga. Cadangannya ialah supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ambil alih saja pengurusan KDA FC dan bayar gaji tertunggak pemain-pemainnya dari musim lalu yang belum dilunaskan.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa dalam mencadangkan pasukan bermasalah dilelong dengan hutang-hutangnya sekali Disember lalu, turut menyorot bagaimana masalah tunggakan gaji pemain seakan-akan tiada jalan penyelesaian walaupun Liga M sudah lama memasuki era profesional selain pasukan-pasukan turut diswastakan dan tidak lagi mewakili negeri. Tindakan tegas sudah diambil Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini, antaranya terhadap Melaka United dan Sarawak United yang disingkirkan daripada saingan liga musim 2023.
Sebagai rekod, Perak FC juga hampir ketiadaan pasukan dalam liga musim 2023 disebabkan tidak mendapat lesen bertanding kerana hutang yang ditanggung oleh Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) hinggalah syarikat senaraian awam XOX Berhad dan pengerusinya Abdul Azim Mohd Zabidi tampil menyelamatkan pasukan menerusi penswastaan pada saat-saat akhir.
Bagi saingan musim 2024/2025 yang akan bermula pada Mei ini pula, Kelantan FC tidak mendapat lesen untuk turut bertanding kerana masalah serupa manakala KDA FC dan KLC FC diberi kelonggaran untuk menyelesaikan masalah masing-masing sebelum liga yang tarikh mulanya kini dianjak ke 10-12 Mei berbanding tarikh asalnya 3-5 Mei untuk sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) diluluskan FIFA.
Dalam pada itu, MFL selaku pentadbir liga tidak pula mengatakan kedua-dua kelab berkenaan sudah terlepas melainkan pengguguran kedua-duanya hanya boleh diambil selepas pasukan terbabit melalui proses atau peringkat hukuman tertentu sekiranya masalah tunggakan gaji masih tidak dapat diselesaikan.
Seperti dijelaskan Rabu lalu oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam, pembatalan penyertaan atau penarikan lesen hanya akan diambil sebagai jalan terakhir selepas hukuman lain dikenakan. Tetapi ia tidak bermakna KDA FC dengan reputasinya sebagai antara pencabar utama dalam liga akan mendapat sebarang keistimewaan melainkan ada langkah konkrit diambil untuk memperbaiki keadaan.
Di sebalik KDA FC juga sudah diswastakan untuk liga musim lalu dan bukan lagi tanggungan KFA, ia harus sesuatu yang terpuji apabila Sanusi selaku menteri besar Kedah tidak bersikap lepas tangan, sebaliknya tampil untuk membantu menyelesaikan masalah pasukan yang menduduki tangga keempat liga musim 2023 itu.
KDA FC sudah pun terlepas kapal terbang sebelum ini dan penyokongnya tidak akan dapat terima sebarang alasan jika skuad Sang Kenari itu terlepas kapal terbang sekali lagi. Menjelang dua perlawanan terakhir musim lalu, KDA FC yang bersaing untuk naib juara liga dan layak ke saingan peringkat Asia menyaksikan harapannya punah oleh masalah tunggakan gaji pemain hingga tewas 0-1 kepada Selangor FC di Alor Setar pada 2 Dis dan 0-2 kepada Sabah FC di Kota Kinabalu pada 17 Dis untuk kesudahannya sekadar menduduki tangga keempat.
Betapa mengecewakan hingga Azraai Khor Abdullah – jurulatih legenda yang membawa Kedah meraih gelaran ‘double treble’ pada 2007 dan 2008 – yang meninggal dunia kerana serangan stroke kelmarin, pernah melahirkan rasa terkilan.
Harus tidak silap untuk penyokong menyandarkan harapan kepada Sanusi sebagai ‘penyelamat’ di samping pemilik KDA FC Mohd Daud Bakar untuk menyuntik dana terutama daripada barisan penaja agar masalah kewangan yang membelenggu pasukan tidak terus berlarutan.
Cuma, Sanusi dikenali gemar berjenaka hingga ada kalanya sukar untuk membezakan bila beliau berseloroh dan bila pula beliau serius dan terpulang kepada umum untuk membuat tafsiran sendiri. Itu juga mungkin berlaku kekhilafan kerana Sanusi boleh saja menepis apa saja kenyataannya yang dianggap serius sebagai berjenaka dalam helahnya untuk melepaskan diri kemudian.
Selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Alor Setar pada Rabu, Sanusi mencadangkan agar SPRM mengambil alih pengurusan KDA FC. Alasannya ialah penaja yang berminat menaja kelab itu menarik diri gara-gara siasatan agensi itu ke atas KFA berkaitan isu rasuah. Bakal penaja, katanya, bimbang sumbangan yang hendak disalurkan kelak kepada KDA FC akan dikaitkan dengan isu berkenaan.
“Orang bukan faham KFA dan KDA FC berbeza, mereka tahu dua-dua (entiti) itu pasukan bola saja. Bila dibuat tangkapan dan dituduh rasuah di mahkamah sedangkan ia tidak berlaku, penaja lari kerana mereka kata ada rasuah. Saya cadangkan SPRM ambil alih pasukan bola sepak KDA FC sebab mereka pandai sangat, tentu boleh urus pasukan bola dan bayar gaji tertunggak pemain,” katanya.
Cabaran Sanusi agar SPRM yang mengurus KDA FC harus satu lagi jenakanya atau paling tidak pun, menteri besar Kedah itu sekadar menganjing agensi berkenaan. Siasatan SPRM dalam isu rasuah KFA dan tunggakan gaji KDA FC adalah dua isu berbeza dan tidak berkaitan. Lebih elok Sanusi membiarkan agensi itu menjalankan tanggungjawabnya sambil beliau pula fokus kepada ikhtiar mendapatkan penaja lain.
Lagipun, Sanusi jugalah yang sebelum ini berjanji bahawa kerajaan negeri tetap akan terus memberi bantuan kepada KDA FC meskipun pasukan itu sudah diswastakan. Ketika berucap merasmikan Wisma KFA di Alor Setar pada 24 November 2023, menteri besar berkata kerajaan negeri melalui KFA tetap menyuntik kewangan buat KDA FC yang membawa nama Kedah dalam saingan Liga-M.
“Kita masih lagi membantu KDA FC iaitu dari kerajaan negeri ke KFA, kemudian ke KDA FC dan ianya masih lagi, dan jumlahnya pula saya tak boleh nyatakan tetapi kerajaan negeri tetap memberi. Berkaitan isu gaji pula kerajaan negeri juga membantu suntikan kewangan walaupun tidak beri semuanya namun KFA akan tolong. Kebanyakan pasukan bola sepak di Malaysia masih diberi sokongan oleh negeri terutama persatuan bola sepak negeri dan kerajaan negeri,” katanya ketika itu.
Namun, nada pertuturannya sudah berubah Rabu lalu apabila Sanusi berkata kerajaan negeri tidak boleh lagi mencampuri urusan KDA FC kerana ia merupakan kelab swasta yang dimiliki individu serta diuruskan sebagai sebuah syarikat.
“Saya dimaklumkan pemilik KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pengurusan pasukan secepat mungkin. Ketika pasukan diurus bawah KFA, saya sudah tegaskan tidak akan guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji pemain sebab ini duit orang ramai. Bila sudah diswastakan jadi tanggung jawab syarikat tersebut untuk urus gaji,” katanya.
Mana satu ni Sanusi, nak tolong atau tak nak tolong? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/sanusi-tunggakan-gaji-kedah-fc-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Kata Nak Lawan Jdt Sekali Mohong Lekeh Kena Minta Sedekah Pada Orang Kedah Negeri Lain Jangan Bagi

Sanusi Kata Nak Lawan Jdt Sekali Mohong Lekeh Kena Minta Sedekah Pada Orang Kedah Negeri Lain Jangan Bagi

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 219 hits
Md ZaifulKalau dah jenis geng mintak derma dari parti pokitik sampai ke sukan pun mintak derma dari walaun walauntit semua kena bodo kan dengan geng lebai
Contoh Gagal Keadaan Air Di Kedah Semakin Parah Tetapi Mb Sanusi Tuduh Saya Cari Pasal

Contoh Gagal Keadaan Air Di Kedah Semakin Parah Tetapi Mb Sanusi Tuduh Saya Cari Pasal

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 257 hits
Susulan lawatan kerja saya ke Kedah pada 28 dan 29 Januari 2024 saya telah berkongsi maklumat mengenai status kemajuan pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Selambau sebagai projek sakit Part 1 https www tiktok com akmalnasir my video 7330541281...
Video Ganjar Jawab Prabowo Perbaiki Gizi Buruk Boleh Kalau Kebanyakan Jadi Obesitas

Video Ganjar Jawab Prabowo Perbaiki Gizi Buruk Boleh Kalau Kebanyakan Jadi Obesitas

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 173 hits
Ganjar tidak setuju makan gratis atasi stunting Ganjar lebih setuju mengatasi gizi buruk
Umno Patut Boleh Move On Banyak Pemimpin Lain Dalam Umno Yang Boleh Diketengahkan

Umno Patut Boleh Move On Banyak Pemimpin Lain Dalam Umno Yang Boleh Diketengahkan

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 80 hits
Sebagai parti yang saya pernah aktif dan memegang jawatan di dalamnya sejujurnya saya berasa UMNO dalam keadaan yang sangat malang ketika ini Setelah dua kali kalah dalam PRU iaitu PRU14 dan PRU15 dan ketika sedang terbuka peluang untuk mov...
Perkembangan Bayi Usia 1 Hingga 12 Bulan Usia 2 Bulan Sudah Boleh Senyum

Perkembangan Bayi Usia 1 Hingga 12 Bulan Usia 2 Bulan Sudah Boleh Senyum

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 121 hits
Perkembangan bayi mula dilihat seawal usia bayi 1 bulan Jika dilihat daripada perkembangan bayi bermula usia 1 bulan hingga 12 bulan mama dan papa pasti akan dapat lihat yang si kecil kesayangan mama dan papa semakin maju dari bulan ke bula...
Peguam Negara Nasihat Agong Tak Boleh Beri Najib Pengampunan

Peguam Negara Nasihat Agong Tak Boleh Beri Najib Pengampunan

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 241 hits
Peguam Negara nasihat Agong tak boleh beri Najib pengampunan ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be aQZ0pplOlhc src in org https www youtube com embed aQZ0pplOlhc wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat