Sanusi Saya Belum Dimaklumkan Akan Didakwa





Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata dia masih belum menerima notis pendakwaan mahkamah sebagaimana yang dilaporkan hari ini.
"Saya belum dimaklumkan," katanya melalui pesanan teks ketika dihubungi Malaysiakini pada jam 7 petang tadi.
Pendakwaan terhadap pengarah pilihan raya PN itu dipercayai berkaitan kenyataan yang didakwa menghina institusi Kesultanan Selangor dalam memilih menteri besarnya.
Ini berdasarkan penyenaraian kes yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Selayang pada pukul 9 pagi esok, manakala sumber mengesahkan bahawa polis telah menyelesaikan siasatan mereka terhadap pemimpin PAS itu.
Menurut penyenaraian mahkamah, seorang dengan nama 'Muhammad Sanusi Bin Md Nor' akan didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Osman Affendi Mohd Shalleh dan Nor Rajiah Mat Zin masing-masing di Mahkamah Sesyen 1 dan 2 Selayang.
Dokumen itu, tersedia untuk orang ramai di laman web badan kehakiman, tidak menyatakan butiran mengenai pertuduhan atau jenis kes terhadap Sanusi.
Bagaimanapun, menurut sumber polis, Sanusi disiasat bagi kes 3R (kaum, agama dan raja-raja Melayu) di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
“Apa yang saya faham, IP (kertas siasatan) telah diserahkan kepada AGC (Jabatan Peguam Negara) awal hari ini,” kata sumber itu.
Malaysiakini telah menghubungi ibu pejabat polis Bukit Aman dan Peguam Negara Idrus Harun bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Terdahulu dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan menteri besar Selangor.
Sanusi beberapa hari lepas memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana berkata baginda memilih menteri besar “cokia (lekeh)”, ketika mengkritik rakan sejawatnya Amirudin Shari.
‘Bukan koman-koman’
Sanusi bagaimanapun mendakwa kenyataannya diputar belit oleh musuh politik BN dan Pakatan Harapan (PH).
Berikut antara kenyataan Sanusi yang menimbulkan kontroversi dan mengundang laporan polis itu:
"Bukan koman-koman (lekeh), sultan setara itu hangpa bayang dan tengok menteri besar (merujuk dirinya), sultan hebat macam itu tak akan pilih menteri besar cokia macam Amir (Amirudin). Inci pun tak berapa cukup.”
Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah bahawa isu kenyataan Sanusi yang didakwa menghina baginda belum selesai, menurut pejabat diraja.
“Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai,” kata pejabat itu dalam kenyataan di media sosialnya petang ini.
Kenyataan itu juga mendedahkan Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan (gambar, atas) menghadap baginda di di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Pertemuan secara berasingan itu, kata pejabat itu, membincangkan mengenai kenyataan Sanusi dalam ceramahnya di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi diraja Selangor. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/sanusi-saya-belum-dimaklumkan-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Didakwa Di Mahkamah Sesyen Selayang Esok

Sanusi Didakwa Di Mahkamah Sesyen Selayang Esok

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 337 hits
hmetro com myDatuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor FOTO Arkib NSTPKuala Lumpur Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka akan didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang esok Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Peri...
Isu Sanusi Belum Selesai Titah Sultan Selangor

Isu Sanusi Belum Selesai Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 311 hits
MalaysiakiniSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah bahawa isu kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina baginda belum selesai menurut pejabat diraja Baginda bertitah bahawa perkara ini ...
Hiburan Mb Kedah Sanusi Ditahan Polis Jam 3 Pagi Didakwa Pagi Ini Lima Trak Fru Standby Depan Mahkamah

Hiburan Mb Kedah Sanusi Ditahan Polis Jam 3 Pagi Didakwa Pagi Ini Lima Trak Fru Standby Depan Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 295 hits
Memetik Astro Awani Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan telah ditahan oleh polis sekitar pukul 3 pagi tadi di sebuah hotel bertempat di ibu negara bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan di mahkamah pagi ini Sanusi difaham...
13 07 2023 Fokus 5 45 Sanusi Didakwa Menghina Sultan Selangor Lapor

13 07 2023 Fokus 5 45 Sanusi Didakwa Menghina Sultan Selangor Lapor

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 333 hits
Kenyataan Menteri Besar Kedah Dato Seri Sanusi Md Nor dalam ceramah yang mempersenda Sultan Selangor sewajarnya diambil tindakan tegas sebagai amaran terhadap mana mana ahli politik agar tidak lagi menggunakan isu kaum agama dan raja dalam ...
Sanusi Didakwa Esok Kpn Kata Tak Dapat Maklumat

Sanusi Didakwa Esok Kpn Kata Tak Dapat Maklumat

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 607 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Polis Negara Razarudin Husain memberitahu beliau tidak mendapat maklumat berhubung pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor di mahkamah esok Saya belum dapat tahu lagi Yang itu belum tahu lagi k...
Sanusi S Brother Says Sprawling Bungalow Only Worth Rm1m

Sanusi S Brother Says Sprawling Bungalow Only Worth Rm1m

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 386 hits
The owner of the sprawling bungalow in Sik Kedah which was associated with Kedah caretaker Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor has downplayed the value of the property as claimed online According to Shabudin Md Nor who is Sanusi s older br...
Cops Record Statements From Sanusi Hadi Guan Eng On 3r

Cops Record Statements From Sanusi Hadi Guan Eng On 3r

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 402 hits
Police have recorded statements from caretaker Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor PAS president Abdul Hadi Awang and DAP chairperson Lim Guan Eng over three separate probes related to their alleged remarks touching on race religion ...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd