Sanusi Pada Anwar Tak Perlu Sembang Soal Kemiskinan Hang Tak Tau Apa


malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Jun 5, 2023
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilihat meremehkan komitmen Anwar Ibrahim untuk membasmi miskin tegar di Malaysia, dengan mendakwa perdana menteri "tak tahu apa-apa" tentang kemiskinan.

"Dia (Anwar) cakap pasal orang miskin, dia pernah miskin?

"Dia anak pemimpin Umno. Bapa dia ahli parlimen, mak dia (anggota) Wanita Umno. Dia mengaji (belajar) di MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar)," katanya ketika berceramah dalam program kempen PN di Tanjong Karang, Selangor malam tadi.

Lebih 4,000 hadirin - dengan kebanyakannya memakai baju PN - membanjiri Kompleks PAS Tanjong Karang.

Antara pemimpin yang hadir adalah Pengerusi PN Selangor Azmin Ali, bekas ahli parlimen Tanjong Karang Noh Omar, Ketua Wanita Bersatu Rina Harun, Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari, Ahli Parlimen Kapar Halimah Ali dan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim.
Mengimbas kembali bagaimana dia membesar dalam keluarga yang miskin, di mana bapanya mengambil pelbagai pekerjaan untuk menyaranya dan 12 adik-beradik yang lain, Sanusi menegaskan dia tahu tentang masalah kemiskinan.

"Hang tak payah sembang bab miskin sebab hang tak tahu apa!

"Ini (kata) nak memuktamadkan (membasmi) kemiskinan...Tak usah sembanglah bos, hang berangan-angan saja," katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS.

Katanya lagi, jika Anwar benar-benar mahu membasmi kemiskinan tegar, dia sepatutnya meluluskan hab logistik Kedah Aerotropolis.

"Dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Kedah kedua terendah selepas Kelantan.

"Walaupun produk banyak, kita tak ada pelabuhan. Barang-barang kita dieksport melalui pelabuhan di Pulau Pinang, Klang dan Singapura. KDNK kita dimasukkan ke dalam Pulau Pinang, Selangor dan Johor," katanya lagi.

Kedah Aerotropolis

Sanusi berkata dia telah menulis tiga pucuk surat kepada Anwar untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan projek tersebut, namun dia mendakwa Anwar menolaknya.

Dia mendakwa keengganan Anwar untuk meluluskan projek itu setelah dia enggan memohon maaf kerana didakwa memfitnah Anwar ketika kempen PRU lalu.
Dalam ucapannya di Tambun pada November lalu, Sanusi mengingatkan pengundi berkenaan Anwar yang pernah disabitkan bersalah atas tuduhan liwat dan salah guna berkuasa, dan menyifatkannya sebagai "muflis moral".

"Dia juwa koyak, hati tisu. Nak jadi perdana menteri, hati tak boleh tisu.

"(Anwar) bukan hadapi Sanusi seorang saja, nak hadapi 32 juta rakyat Malaysia, beratus negara luar dan dasar luar mereka terhadap Malaysia. Nak hadapi tindakan perisikan antarabangsa yang nak pengaruhi dasar luar kita.

"Hati kita tak boleh tisu, jiwa kena kental. Tak boleh layan benda-benda hati tisu," katanya lagi.

Kedah Aerotropolis adalah projek mega yang antaranya merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim serta sebuah hab pembuatan dan logistik, yang menurut Sanusi tidak memerlukan dana persekutuan.

Sebelum ini dia berkata projek itu akan didanai oleh inisiatif swasta dan pelaburan syarikat tempatan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/sanusi-pada-anwar-tak-perlu-sembang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Hanya Perlu Tunjuk Madani Jumpa Sanusi Bukan 1 Terapi 10 Isu Akan Selesai

Anwar Hanya Perlu Tunjuk Madani Jumpa Sanusi Bukan 1 Terapi 10 Isu Akan Selesai

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 391 hits
Isu politik terutama menjelang PRN perlu ditangani secara madani secara budiman secara ilmu bukan polis Jumpa Dan selesaikan Kenapa elak Secara perundangan ia tidak menunjukan Dan merujuk merakyat malah tidak menguntungkan kerajaan ujian te...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

Mapa Lyrics Sb19 Aruma


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Ketika Berat Melanda Menghadapi Hari Yang Sulit

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Kelantan Lelaki Malaysia Ditahan Di Bangkok Perdaya Warga Emas 3 3 Juta Baht

Should Amanah S Young Women Wing S Age Limit Go Up To 40 Party To Debate This Tomorrow