Sanusi Md Nor Untung Atau Rugi Buat Pas


 
Sebenarnya bukan hal ini yang saya nak tulis kali ini. Iya lah semalam sudah tulis mengenai Ahli Parlimen PAS, Ismail Muttalib, lantas takkan nak tulis lagi pasal pemimpin parti itu dua hari berturut-turut. Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Perikatan Nasional Kedah, M Marimuthu, semalam mendorong saya bercakap mengenai Sanusi Md Nor, pemimpin PAS yang memegang jawatan menteri besar Kedah.
Marimuthu daripada Parti Gerakan, sekutu PAS dan Bersatu dalam PN. Kata beliau, populariti Sanusi dijangka membawa lebih ramai pengundi bukan Muslim menyokong PN di Kedah pada PRN akan datang. Ini membuatkan saya angkat kening. Pertama sebab seperti saya kata pada artikel semalam, tindakan Ahli Parlimen Maran yang mengaitkan orang Cina dengan komunisme hanya berjaya menjauhkan lagi masyarakat berkenaan daripada PAS.
Kedua, seperti saya berulang kali kata sebelum ini, orang bukan Melayu terutama komuniti Cina sememangnya tidak senang dengan PAS yang mereka anggap ekstrem. Pandangan ini disokong penganalisis serta pemerhati politik berpandukan tingkah laku dan kenyataan pemimpin PAS termasuk presidennya, Hadi Awang, yang bukan sahaja melukai perasaan masyarakat bukan Islam tetapi juga menakutkan mereka. Sanusi termasuk dalam golongan itu.
Sanusi seperti umum tahu kerap mencetus kontroversi, umpamanya beliau pernah membuat kenyataan yang dikatakan menghina komuniti minoriti (kaum India) kerana mengaitkan mereka dengan arak. Pentadbiran beliau juga bertindak meroboh kuil Hindu. Bantahan dan rayuan penganut Hindu tidak dihiraukan. Namun perlu dinyatakan kuil yang diroboh dikatakan dibina secara haram. Dalam erti kata lain, tanpa izin pihak berwajib.
Pada Januari 2021, beliau tidak memberi cuti umum bagi perayaan Thaipusam. Alasannya peningkatan kes Covid-19. Ada logik tindakannya namun MCA dan MIC menyifatkan Sanusi tidak menghormati hak masyarakat minoriti. Beliau yang juga presiden kelab bola sepak Kedah membuat satu lagi kenyataan yang dikatakan menghina pemain importnya, dengan menggelar mereka “awang hitam”. Sanusi juga terkenal dengan tindakannya ‘mengusik’ JDT.
Pada Ogos 2021, beliau ‘bergurau’ dengan wakil media berhubung kontena sejuk untuk menyimpan mayat mangsa Covid-19. Selaku menteri besar, beliau mengharamkan judi dan penjualan arak di Kedah.
Semua itu tidak menyenangkan pelbagai pihak, masyarakat bukan Islam khususnya. Oleh itu apabila Marimuthu berkata populariti Sanusi akan membawa lebih ramai pengundi bukan Islam menyokong PN, ia saya anggap sesuatu yang pelik.
Betul ke Sanusi popular dalam kalangan orang bukan Islam?
“Sanusi menteri besar yang disenangi dan mudah didekati,” kata Marimuthu dipetik media. Tetapi beliau mengaku terdapat kebimbangan mengenai larangan 4D (perjudian berlesen).
Ads by KioskedApa pun keyakinan mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, kata Marimuthu, berdasarkan tinjauan yang dilakukan PN. Beliau tidak menghuraikan tinjauan yang dilakukan. Tidak diberitahu apa dan bagaimana ia dilaksanakan dan jumlah responden jika pungutan suara dijalankan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahya, pula menegaskan Sanusi akan kekal sebagai “poster boy” PAS-PN untuk PRN Kedah kelak. Ertinya PN khususnya PAS cukup yakin Sanusi ialah figura popular meskipun mencetus pelbagai kontroversi yang menyentak bukan sahaja orang bukan Melayu tetapi sebilangan orang Melayu sendiri.
Bagi saya, Sanusi seorang “strategist”, pemimpin yang bijak mencari dan mendapat perhatian umum. Beliau saya lihat gemar “provoke” dalam menjayakan agendanya. Tindakannya berhubung judi, arak, kuil, dan sebagainya pula dikatakan diterima baik oleh masyarakat Melayu-Islam. Golongan ini majoriti di Kedah. Sokongan padu mereka ertinya kemenangan pilihan raya dalam genggaman.
Perang mulut dengan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP (bersabit isu bekalan air umpamannya) juga dilancar untuk menarik minat pengundi Melayu. Begitu juga perang mulut dengan TMJ pemilik JDT berhubung beberapa gelagat bola sepak. Kita tahu orang Melayu minat bola sepak.
Pada Disember 2020, Sanusi mengumumkan kerajaannya memberi permit kepada sebuah syarikat dari Kuala Lumpur untuk mencari dan mengambil unsur-unsur hasil bumi bernilai RM43 trillion. Setelah siasatan lanjut simpanan unsur hasil bumi hanya dianggarkan RM62 billion.
Baru-baru ini Sanusi mendakwa ada usaha (jahat?) untuk menyingkir beliau daripada Majlis Kewangan Negara. Untuk pendekkan cerita, Selasa lalu iaitu 18 April beliau menghadiri mesyuarat majlis berkenaan di Putrajaya yang dipengerusikan Anwar Ibrahim selaku perdana menteri dan menteri kewangan. Apa pun ceritanya, Sanusi berjaya mendapat perhatian.
Tidak dinafi dalam kalangan PAS, Sanusi disanjung. Beliau dilihat sebagai “gung ho”, pemimpin yang tidak takut ‘tembak’ musuh. Atau tembak dulu baru tanya. Ciri yang ramai kata perlu ada dalam pemimpin.
Saya percaya jika Sanusi meneruskan hasrat bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan PAS lalu beliau akan menang. Tetapi beliau menarik diri pada saat ahkir untuk bertanding jawatankuasa PAS Pusat untuk penggal 2021-2023. Sanusi menang untuk menduduki tempat kedua di belakang anak presiden PAS, Muhammad Khalil. Hanya tujuh undi memisahkan mereka.
Bagi saya, Sanusi mempunyai masa depan cerah dalam PAS. Beliau mampu dipilih perwakilan PAS untuk jawatan timbalan presiden malah jawatan presiden suatu ketika nanti. Cuma persoalannya bila.
Jika betul apa yang dikata Marimuthu mengenai populariti Sanusi dalam kalangan orang bukan Muslim di Kedah, maka beruntunglah PAS. Bagaimanapun tingkah laku dan kenyataannya berkaitan masyarakat bukan Melayu akan mempunyai kesan kepada PAS secara keseluruhannya di luar Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang diperintah PAS.
Sanusi seorang pemimpin parti sekaligus tingkah laku, pendirian, serta kenyataannya melambangkan PAS. Sekurang-kurangnya dilihat mewakili pendirian PAS. Golongan di luar tiga negeri yang disebut tadi, yang sememangnya gusar, bimbang, dan takut terhadap garis keras akan terus gusar bimbang dan takut.
Dalam konteks ini Sanusi tidak menguntungkan PAS. Bak kata Inggeris, “a bane not boon to the PAS cause”. - FMT
Ads by KioskedArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/sanusi-md-nor-untung-atau-rugi-buat-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmx Berpolitik Atau Sanusi

Pmx Berpolitik Atau Sanusi

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 175 hits
PMX nak buat rumah terbuka di Kelantan Tganu dan Kedah dianggap oleh Sanusi sbg kempen PRN meskipun semua MB dan Adun dijemput Lojikkah PMX mahu berkempen politik di hadapan MB dan Adun2 Pas Jika benar PMX mahu gunakan program itu untuk ber...
Bayar Ganti Rugi Atau Tunggu Surat Lawyer Saya Aliff Syukri Bengang Pasu Bernilai Rm400k Dipecahkan Oleh Yana Samsudin

Bayar Ganti Rugi Atau Tunggu Surat Lawyer Saya Aliff Syukri Bengang Pasu Bernilai Rm400k Dipecahkan Oleh Yana Samsudin

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 456 hits
Kejadian sebenar atau marketing Itu persoalan yang bermain di fikiran netizen Namun lebih ramai yang percaya bahawa itu semua hanya sekadar lakonan semata mata Ahli perniagaan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri hari ini memuat naik video yang ...
Lawan Tak Ada Harapan Jika Sanusi Jadi Poster Boy Ulama Pas

Lawan Tak Ada Harapan Jika Sanusi Jadi Poster Boy Ulama Pas

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 869 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor terus mendapat sanjungan daripada PN khususnya PAS Antara yang terbaru datang dari salah seorang tokoh ulama parti itu Zulkifli Ismail yang melihat ahli politik terbabit mempunyai visi yang sangat ...
Cuba Merasuah Annuar Musa Tak Tau Annuar Terima Atau Tidak Mungkin Tengah Siasat

Cuba Merasuah Annuar Musa Tak Tau Annuar Terima Atau Tidak Mungkin Tengah Siasat

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 262 hits
Pengarah Urusan Hydroshoppe Abdul Hamid Syaikh Abdul Razak Syaikh dituduh menawarkan rasuah kepada Annuar Musa berjumlah RM7 5 juta iaitu RM500 000 setahun untuk 15 tahun Rasuah itu ditawarkan sebagai dorongan menteri untuk mempercepatkan c...
Kekal Umno Atau Masuk Bersatu Akar Umbi Sedang Tunggu

Kekal Umno Atau Masuk Bersatu Akar Umbi Sedang Tunggu

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 156 hits
Bukan sesuatu yang pelik kalaumana law maker Dan pemimpin POLITIK Melayu Islam memilih BERSATU untuk disertai khususnya dari kalangan umno Bagaimanapun Ada beberapa nama sudah dimaklumkan TIDAK AKAN DITERIMA Apakah bung mokhtar Ahmad maslan...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever