Sanusi Bulan Madu Kda Fc Makin Layu


 

Selepas diboikot pemain-pemain utama, Kedah Darul Aman (KDA) FC terpaksa turun dengan pemain-pemain muda. Diperbudakkan oleh Kuala Lumpur City (KLC) FC 5-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras malam kelmarin, pasukan dari utara Semenanjung itu berisiko disingkirkan dari Liga Malaysia dan diadukan ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang boleh membawa kepada masalah lebih besar.
Dengan Menteri Besar Kedah Sanusi Mohd Nor masih berbulan madu — bola sepak difahami bukan keutamaannya ketika ini — tiada sebarang jaminan bahawa masalah gaji pemain-pemain KDA FC akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat untuk pemain-pemain utama kembali ke padang latihan.
Pemain tengah import dari Bahrain, Habib Haroon, sudah pun meninggalkan skuad Helang Merah itu awal bulan ini disusuli penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, yang menyertai Selangor FC sempena jendela perpindahan kedua yang sedang dibuka hingga 22 Sept ini. Dikhabarkan beberapa pemain ‘bintang’ juga bakal angkat kaki dari Alor Setar selepas ini.

Sepanjang minggu lalu, pemain-pemain skuad utama KDA FC terus memulaukan latihan sejak Selasa lalu — meninggalkan ketua jurulatih Nafuzi Zain dan staf kejurulatihan meneruskan persiapan dengan pemain-pemain dari skuad bawah 23 tahun negeri.
Jurang keupayaan barisan muda ini dengan skuad utama — perbezaan di antara anak muda dan pemain dewasa — terserlah malam kelmarin apabila KDA FC diperbudakkan dengan lima gol tanpa balas, dengan statistik perlawanan mencatatkan pasukan pelawat itu hanya mendapat 35% pemilikan bola di samping membuat cuma dua percubaan namun tiada yang tepat sepanjang 90 minit permainan.
Prestasi sedemikian mungkin mendorong Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku pentadbir liga untuk meminta KDA FC — sebuah kelab yang diswastakan sejak Ogos 2022 — mengemukakan penyata kewangan terkininya sebagai menunjukkan kebolehupayaan terus beraksi dalam Liga Malaysia 2024/2025 ini yang akan berlangsung hingga April tahun depan.
Jika MFL tidak berpuas hati, Kedah FC berkemungkinan diberi suatu tempoh untuk meyakinkan badan pentadbir liga itu. Jika gagal menepatinya seperti yang termaktub dalam syarat pelesenan, maka Kedah FC berdepan risiko dikenakan pemotongan mata atau disingkirkan dari liga dan keputusan membabitkan pasukan itu dalam sembilan perlawanan liga setakat ini dikira batal dan tidak sah.
Sebagai rekod, Perlis FC dibatalkan penyertaannya dalam Liga Perdana selepas hanya beberapa perlawanan pada 2019 apabila MFL mendapati pasukan itu tidak memiliki jaminan kewangan kukuh untuk terus bertahan hingga akhir musim.

Kelantan FC yang gagal menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi tahun 2023 dalam tempoh ditetapkan, tidak mendapat lesen untuk ikut bertanding bagi musim ini. Ini membawa kepada spekulasi bahawa KDA FC — jika pun dapat menghabiskan musim ini — mungkin hanya menjadi penonton musim depan.
Ketika pelbagai pihak merayu campur tangan menteri besar, Sanusi — yang mengesahkan pada 4 Sept lalu sudah berkahwin dengan seorang anggota polis — menjelaskan bahawa Kedah FC hendaklah berusaha sendiri mendapatkan dana tanpa bergantung kepada kerajaan negeri.
Menafikan kononnya bersikap lepas tangan terhadap masalah kewangan pasukan, Sanusi menjelaskan bahawa anak-anak syarikat kerajaan negeri masih terus membantu pasukan tetapi harus difahami kemampuan kewangan mereka juga terbatas.

Tahun ini pun, walaupun Kedah FC telah diswastakan, kita bagi sumbangan melalui KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah), bayar untuk keperluan dapatkan lesen, tahun ini sahaja RM2 juta, jangan kata MB (menteri besar) buat tak tahu, katanya.
Malah, Sanusi mendakwa sistem bola sepak di negara ini gagal selepas beberapa pasukan tidak mampu bersaing hingga mereka berdepan masalah kewangan. Kelab bola sepak juga didakwanya tidak mampu mengikuti pengurusan yang dibuat oleh satu pasukan — satu kenyataan yang jelas merujuk kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Jika disorot, masalah kewangan Kedah FC bukan pun perkara baharu, malah telah berlarutan dari musim lalu lagi.
Menuju penghujung musim lalu, Kedah FC yang sedang bersaing untuk kedudukan naib juara liga — yang memberikan slot untuk bersaing di peringkat Asia — kesudahannya sekadar menduduki tangga keempat setelah tewas dua perlawanan terakhir kepada Selangor FC dan Sabah FC, yang masing-masing melonjak ke tangga kedua dan ketiga.
Masalah gaji yang tidak terbayar membuat pemain-pemain skuad Helang Merah ketika itu seakan-akan tawar hati untuk bermain habis-habisan pada ketika ramai antara mereka — pemain import tidak terkecuali — lebih tertumpu untuk mencari majikan baharu.
Bagi musim 2024/25 ini pula, Kedah FC hanya mendapat lesen pada saat-saat akhir apabila ia memaklumkan kepada MFL April lalu bahawa ia sudah mendapat kelulusan pembiayaan dana bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain bagi musim lalu.
Dalam pada itu, KDA FC tetap dikenakan pemotongan tiga mata bagi liga musim ini dan denda RM50,000 kerana gagal menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada atau sebelum tarikh akhir 30 Mac 2024.
Ini disusuli satu lagi kejutan apabila pemilik Kedah FC, Mohd Daud Bakar, mendedahkan pada 19 Mei lalu bahawa pasukan itu berdepan masalah kewangan meruncing dan hanya mampu bertahan sebulan atau dua saja lagi kerana ketiadaan penaja utama.
Penarikan diri penaja sebelumnya dan kurangnya sokongan pelbagai pihak dikatakan antara punca pasukan itu tidak mempunyai kewangan kukuh.

Jika tiada penaja utama dalam masa terdekat, ia akan menjadi sukar untuk KDA FC meneruskan perjuangan dalam Liga Super. Kewangan yang ada sekarang boleh bertahan satu atau dua bulan sahaja, katanya.
Agak malang buat KDA FC kerana siri rundingannya dengan beberapa pihak swasta yang berpotensi menjadi penaja utama menemui jalan buntu, lantas pemain-pemain skuad utama memulaukan latihan minggu lalu kerana tidak berpuas hati masih tidak dibayar gaji. Ada laporan menyebut pemain-pemain baru dibayar satu setengah bulan gaji — itu pun secara ansuran — sepanjang 2024.
Bukan juga rahsia masalah gaji turut membabitkan beberapa kelab lain, antaranya pasukan-pasukan besar seperti Sri Pahang FC, Sabah FC dan Kuala Lumpur City FC sambil pasukan-pasukan selebihnya termasuk Selangor FC, Kuching City FC dan Kelantan Darul Naim FC turut mendapat sokongan kerajaan negeri masing-masing.
Harus tidak keterlaluan untuk mengharapkan Sanusi — di sebalik mungkin masih berbulan madu — menghulurkan bantuan demi mengelakkan Kedah FC, kini di tangga ke-11 yang janggal buat mereka, terus hanyut dalam saingan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/sanusi-bulan-madu-kda-fc-makin-layu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penutup Bulan Bahasa Bulan Kemerdekaan

Penutup Bulan Bahasa Bulan Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 95 hits
Penutup Bulan Bahasa Bulan Kemerdekaan Alhamdulillah Selesai majlis untuk sesi pagi dan petang ni Tahniah pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini thecoloursoflife fyp IniStyleKita mknace mknac...
Kes Bayi 8 Bulan Maut Siasatan Polis Bongkar Taska Rupanya Sudah 4 Tahun Beroperasi Tanpa Lesen

Kes Bayi 8 Bulan Maut Siasatan Polis Bongkar Taska Rupanya Sudah 4 Tahun Beroperasi Tanpa Lesen

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 107 hits
Seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Kelemak Alor Gajah Melaka semalam Bayi itu sebelumnya telah dibawa ke hospital oleh ibu bapanya selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira kira 9 1...
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 278 hits
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti Bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat satu program yang dikenali sebagai Bulan Malaysia Sihat Sejahtera telah dilancarkan Program ini merangkuimi pelbagai ...
Hiburan Bayi 8 Bulan Maut Di Taska Pengasuh Sumbat Botol Tutup Dengan Kain Tekup Muka Anak Saya Dengan Bantal

Hiburan Bayi 8 Bulan Maut Di Taska Pengasuh Sumbat Botol Tutup Dengan Kain Tekup Muka Anak Saya Dengan Bantal

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 159 hits
Seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Kelemak Alor Gajah Melaka Sebelum itu bayi terbabit telah dibawa ke hospital selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri ...
Prestasi Blog Bulan Ogos

Prestasi Blog Bulan Ogos

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 108 hits
Prestasi Blog Bulan Ogos Dah lama nak kongsi kat sini tantang prestasi terkini blog ni Berbeza dengan tahun tahun sebelum ni tahun ni akak cuba kembalikan kemeriahan blog ni Walaupun belum begitu berjaya tapi adalah sedikit perubahan Agak s...
Pada Bulan Lepas Pihak Kami Telah Mengeluarkan Memo Tular Foto Restoran Darsa Fried Chicken Sudah Tutup

Pada Bulan Lepas Pihak Kami Telah Mengeluarkan Memo Tular Foto Restoran Darsa Fried Chicken Sudah Tutup

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 99 hits
Sedia maklum baru baru ini restoran ayam goreng muslim Darsa Fried Chicken hangat diperkata ramai di media sosial apabila tular gambar restoran tersebut telah ditutup Dapat dilihat dalam gambar yang tular itu keadaan restoran tersebut yang ...
Resolusi Pbb Israel Diberi Tempoh 12 Bulan Tamatkan Pendudukan Di Palestin

Resolusi Pbb Israel Diberi Tempoh 12 Bulan Tamatkan Pendudukan Di Palestin

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 129 hits
AgensiNEW YORK Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu semalam meluluskan resolusi menuntut secara rasmi Israel menamatkan pendudukan di wilayah Palestin dalam tempoh 12 bulan dan sekatan dikenakan sekiranya berlaku ketidakpatuhan Resolusi yang ti...
Selepas 1 Tahun 6 Bulan Nam Joohyuk Selesai Berkhidmat Dalam Tentera Hari Ini

Selepas 1 Tahun 6 Bulan Nam Joohyuk Selesai Berkhidmat Dalam Tentera Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 125 hits
Mesti ramai kan yang merindui Nam Joo hyuk Artikel Berkaitan Pada 19 September hari ini Nam Joo hyuk telah menamatkan perkhidmatan tenteranya selepas 1 tahun 6 bulan Untuk pengetahuan pelakon lelaki itu telah menyertai Unit Bergerak Kor Pol...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

Jom Explore Culinaryschools Org Games Main Games Pun Boleh Pupuk Minat Anak Untuk Minat Bidang Kulinari

Al Fatihah

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 3

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025