Sangkaan Kekayaan Hakiki
Bismillah,
Cahaya disekeliling kaabah bukanlah cahaya dari lampu disekitarnya yang membuatkan ia dapat di lihat dari angkasa. Keajaiban ini telah dibuktikan oleh sains dan sangat menakjubkan. Kredit gambar untuk malaysiansmustknowthetruth
Esok 15hb Oktober 2013 adalah hari cuti umum kerana Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji. Raya haji bukan sahaja kepada ibadat haji yang sekarang dikerjakan bagi orang islam yang mampu tetapi banyak hikmah yang boleh menjadi iktibar buat kita semua
Bagi yang kaya, ada yang menumbangkan 4-5 ekor lembu atau lebih lagi. Ramai yang buka mata. Bagi yang ada bajet sedikit dan mahu bersedekah sudah cukup jika dapat satu daripada tujuh bahagian. Yang penting hati ikhlas dan mahu mengumpul pahala sebanyak mungkin ibarat menabung untuk membina istana mahligai di syurga
Orang kaya yang merendah diri dan bersedekah dengan sembunyi adalah lebih baik dari orang kaya yang suka bermegah-megah dengan pemberiannya. Kita sering silap dalam membuat penilaian dan bersangka dari apa yang dilihat secara zahirnya. Walhal kadangkala kita tidak menyangka ada juga orang yang kita anggap kaya itu masih berhutang
Mari kita lihat apa yang sempat saya senaraikan di bawah yang mana kita pasti pernah melihatnya dalam hidup kita yang sebenarnya kadang-kadang menjadi un'sangka'rable..
Jangan ingat semua orang yang bercakap ada itu, ada ini, segalanya itu kaya
Jangan fikir semua yang pakai tali leher tu kaya
Jangan ingat semua yang pakai kad kredit tu kaya
Jangan anggap semua yang pakai barangan mewah tu kaya
Jangan anggap semua yang pakai baju kemas tu kaya
Jangan ingat semua yang ada rumah besar itu kaya
Jangan rasa semua yang pakai kenderaan besar tu kaya
Jangan rasa semua orang yang cuma ada duit sedikit dalam buku akaun 'simpanan' tu miskin
Jangan rasa semua penghuni rumah murah tu miskin
Jangan fikir semua yang bawak motor kapcai tu miskin
Jangan sangka semua yang jalan pakai selipar jepun tu miskin.
Jangan sangka orang yang tak makan atau berpuasa itu miskin.
Jangan ingat orang yang bawa bekal ke tempat kerja itu miskin.
Jangan ingat kalau orang yang berpakaian tidak rapi atau wanita yang tidak bersolek itu miskin
Jangan kata semua yang meniaga tepi jalan tu miskin
Kerana bagi mereka yang tidak suka menunjuk-nunjuk pada orang ramai adalah tanda mereka yang tidak mahu riak sebaliknya hanya mahu keredhaan Allah agar kaya di akhirat..
Bila berkawan, jangan hanya mahu berkawan dengan orang kaya sahaja. Jangan hanya menghormati orang kaya yang mungkin orang 'kaya' itu mungkin akan meminjam duit kita pula suatu hari nanti. Oh..!
Berkawanlah dengan orang yang boleh mendengar dan memberi motivasi kepada kita untuk berjaya dunia dan akhirat. Itu adalah lebih baik.
Jika suatu hari kita jadi orang kaya, selalulah beringat, bukan sahaja kepada rakan pembaca, saya ingatkan juga kepada diri saya sendiri, bahawa yang kaya di dunia itu hanyalah tipuan semata-mata. Bila sudah kaya banyakkanlah bersedekah. Orang yang banyak bersedekah tidak akan jatuh miskin.
Janganlah bermegah-megah dengan kekayaan. Kekayaan itu milik Allah dan kita harap sangat yang Allah SWT akan memberikan kekayaan sebenar kepada kita di akhirat kelak
Bersangka baik atau berfikir positif. Kaya hati, kaya iman - itulah kekayaan sebenar. Salam Aidil Adha buat semua rakan pembaca..
p/s : Saya dapat tahu ramai dari pengemis tepi jalan itu adalah orang kaya... huhu.
Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2013/10/kekayaan-hakiki.html