Pengurangan Tenaga Manusia Dalam Pekerjaan



Pernah dulu saya menginap di sebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur. 

Masuk sahaja ke ruangan lobi, saya lihat tiada lagi kaunter reception dan staf bertugas menyambut tetamu. Semuanya dilakukan secara DIY. Tanpa bantuan sesiapa, proses daftar masuk berjalan lancar, lebih mudah dan teratur. Cukup mesra penguna. 

Ini satu contoh bagaimana pekerjaan yang dianggap penting pada masa lalu sudah tidak wujud lagi. 

Bukan sahaja di kaunter hotel, semakin banyak kerja kaunter telah digantikan dengan 'mesin'. 

Di tol lebuh raya, bayaran parking, pesanan makanan di McD malah nak naik kapal terbang pun, semua urusan pesanan, daftar masuk, membuat bayaran sudah diuruskan secara DIY. 

Puluhan ribu pekerjaan seperti ini semakin pupus. Malah banyak lagi pekerjaan rutin yang lain juga akan pupus. Sekarang semakin banyak supermarket dan kedai menggunakan sistem bayaran secara  'self check out counter'. Cuba anda ke Uniqlo, Lotus, M&S etc. Semuanya sudah kurangkan juruwang di kaunter bayaran. 

Ambil satu contoh lain. Akan tiba masanya bila amalan sewa kereta secara kontrak 3-5 tahun menjadi amalan masyarakat, pemilikan kereta individu akan pupus. Orang sudah tak beli kereta dan bayar ansuran setiap bulan lagi pada bank. Orang akan menyewa kereta sahaja. Cukup tempoh, tukar kereta baru. Orang sudah tidak baiki kereta lagi. Kerja mekanik akan pupus. Perniagaan alat ganti kenderaan juga akan pupus. 

Banyak lagi kerja lain juga akan pupus apabila teknologi maklumat, automasi dan robotik menjadi semakin maju dan murah. Sekarang datang pula teknologi baru seperti AI dan Chatgpt. 

Pada masa yang sama wujud pula banyak pekerjaan baru. Misalnya, data analyst, data scientist, pengemudi drone, Artificial Intelligence Specialist, software developer, robotics engineer, cybersecurity, healthcare professionals, renewable energy engineer etc. Pekerjaan bentuk baru ini tentunya memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru. 

Soalnya, apa persiapan pendidikan negara dalam menghadapi fenomena ini? 

Masihkah kita mahu bertegas nak amalkan kurikulum abad 20 yang semakin ketinggalan? 

Masih berdegilkah kita mahu amalkan sistem peperiksaan berasaskan hafalan dengan skema jawapan yang rigid? 

Masihkah kita mahu pertahankan sistem pengajaran cara lama? 'Chalk and Talk'? 

Masihkah juga kita mahu anak-anak kita belajar hanya bergantung pada buku teks? 

Tetap jugakah kita mahu teruskan silibus yang membosankan, padat dan menakutkan murid? 

Apakah persiapan pendidikan kita? 

Sebab itu saya berulang kali sebut, biarlah kita terima hakikat bahawa sistem pendidikan negara sekarang dalam krisis. Terima dahulu hakikat yang sistem pendidikan kita sedang caca marba. Tiada hala tuju yang jelas. 

Biar kita akui dulu hakikat ini. Biar kita sedar dulu. Lagi lambat kita sedar, maka lebih lambatlah untuk kita menyiapkan perubahan pendidikan. Pasti akan lebih ramailah anak-anak kita yang kerugian.
Sumber: Dr. Anuar Ahmad
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/09/pengurangan-tenaga-manusia-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis China Siasat Kes Gigi Manusia Ditemukan Dalam Kuih Bulan

Polis China Siasat Kes Gigi Manusia Ditemukan Dalam Kuih Bulan

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 269 hits
AgensiGIGI ditemukan di dalam kuih bulan FOTO HIASANBeijing Sebuah pasar raya milik Amerika Syarikat di China disiasat pihak berkuasa selepas pelanggan menemukan gigi manusia dalam kuih bulan Seorang wanita berkongsi video Douyin yang menun...
Tiada Manusia Yang Sempurna Pengajaran Hidup Dari Sebatang Pensel

Tiada Manusia Yang Sempurna Pengajaran Hidup Dari Sebatang Pensel

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 132 hits
Kita semua mesti pernah dengar ungkapan tiada manusia yang sempurna Ia sering digunakan sebagai peringatan bahawa setiap orang pasti akan melakukan kesilapan Namun apa yang menarik kebanyakan daripada kita cenderung melihat kesilapan itu se...
Tanda Kiamat Hari Kehancuran Umat Manusia Alam Semesta

Tanda Kiamat Hari Kehancuran Umat Manusia Alam Semesta

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 181 hits
Tanda kiamat merupakan tanda tanda yang menunjukkan kedatangan hari kiamat semakin dekat Tanda ini merupakan amaran buat kita yang masih hidup ini agar sentiasa beriman kepada Allah S W T kerana mati itu adalah satu perkara pasti Tanda hari...
Sistem Pencernaan Manusia Maksud Proses Fungsi Organ

Sistem Pencernaan Manusia Maksud Proses Fungsi Organ

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 213 hits
Sistem pencernaan manusia merupakan salah satu komponen yang paling penting dalam tubuh Makanan yang telah dimakan perlulah melalui organ pencernaan khusus untuk penghadaman penyerapan nutrien dan sisanya pula akan menjadi najis Tahukah and...
Suplemen Untuk Tenaga Bagi Pesakit Yang Ambil Ubat Statin Dan Amlodipine

Suplemen Untuk Tenaga Bagi Pesakit Yang Ambil Ubat Statin Dan Amlodipine

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 108 hits
Assalamualaikum doktor saya ingin bertanya Suplemen apa yang sesuai untuk lelaki yang bekerja menggunakan tenaga yang banyak Tetapi dia juga mengambil Amlodipine dan statin Amlodipine dan statin boleh mempunyai beberapa kesan negatif terhad...
Bau Busuk Bongkar Penemuan Rangka Manusia Di Rawang

Bau Busuk Bongkar Penemuan Rangka Manusia Di Rawang

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 111 hits
Oleh Syeikh Baran KUALA LUMPUR 3 JUN Sesi temubual bersama Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Nazri Hussain di sini hari ini Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR PEMBERITA Zehan Bau busuk semasa sedang ...
Inovasi Euv Baru Guna Tenaga Kurang Boleh Turunkan Harga Smartphone

Inovasi Euv Baru Guna Tenaga Kurang Boleh Turunkan Harga Smartphone

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 159 hits
Hanya satu syarikat yang menghasilkan mesin mesin ini iaitu syarikat Belanda ASML Mesin EUV generasi kedua sudah tersedia dan dikenali sebagai High NA Mesin yang berharga 400 juta ini membantu kilang memproses cip menggunakan node proses 7n...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi