Sang Kancil Dan Buaya


Salam, Hari ni Bubble nak share satu cerita yang kita semua pernah dengar. Bila baca balik, memang tersenyum sendiri...sama tak dengan versi korang?? Jom layan!!

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.


Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi


"Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi

"Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata

"Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Sekian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bubblehaze.blogspot.com/2012/04/salam-hari-ni-bubble-nak-share-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kancil Lejen Sudah Ditahan Polis

Kancil Lejen Sudah Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 381 hits
By Kamariah Khalidi 25 April 2021KUALA LUMPUR Perodua Kancil lejen yang dikesan berada di atas jalan raya sekitar Kepong baru baru ini sudah ditahan polis awal pagi tadi Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ...
Owner Of Roofless Kancil Nabbed For Being On The Road

Owner Of Roofless Kancil Nabbed For Being On The Road

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 309 hits
Police said the car was not fit to be on the road and posed a danger to other motorists PETALING JAYA The owner of a dilapidated Perodua Kancil without a roof and damaged front right tyre has been arrested by police Police acted after netiz...
Pemandu Kancil Kuning Disaman Dan Kereta Disita

Pemandu Kancil Kuning Disaman Dan Kereta Disita

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 370 hits
Polis hari ini mengesahkan telah mengeluarkan satu saman atas kesalahan tiada lesen memandu terhadap pemandu kereta Perodua Kancil yang tular menerusi aplikasi TikTok kerana tiada bumbung Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kua...
Polis Sita Dan Menyaman Gelandangan Kerana Tular Gambar Kancil Tiada Bumbung Di Tiktok

Polis Sita Dan Menyaman Gelandangan Kerana Tular Gambar Kancil Tiada Bumbung Di Tiktok

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 318 hits
nbsp KUALA LUMPUR Polis menyita dua Perodua Kancil termasuk satu daripadanya tiada bumbung yang tular di media sosial awal pagi hari ini Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata...
Kancil Kuning Viral Kereta Dan Pemilik Ditahan Polis

Kancil Kuning Viral Kereta Dan Pemilik Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 284 hits
1 080 total views 1 080 views today Sebuah kereta kancil berwarna kuning tanpa bumbung dengan tayar kereta hadapan yang pecah tetapi masih dipandu di jalan raya oleh seorang individu pernah menjadi tular di media sosial Susulan itu Jabatan ...
Beri Laluan King Nak Lalu Kancil Buruk Kembali Beraksi

Beri Laluan King Nak Lalu Kancil Buruk Kembali Beraksi

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 401 hits
Seorang peniaga mi mendedahkan pemilik kereta Kancil viral ini sebenarnya berduit Lelaki misteri tersebut yang berasal dari Pulau Pinang pernah menuntut di Singapura malah fasih bahasa Inggeris
15 Ayat Ayat Manis Lelaki Buaya Darat Yang Kedengaran Seperti Madu Tapi Racun

15 Ayat Ayat Manis Lelaki Buaya Darat Yang Kedengaran Seperti Madu Tapi Racun

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 4247 hits
Sudah menjadi stereotaip di Malaysia apabila lelaki lelaki yang bermulut manis pandai mengayat merayu dengan kata kata manis sering di anggap sebagai lelaki buaya atau fakboy Ayat buaya ni macam mula mula manis last2 kantoi ada sparepart la...
Sedang Berjemur Buaya Di Pantai Gunungsitoli Ditangkap

Sedang Berjemur Buaya Di Pantai Gunungsitoli Ditangkap

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 123 hits
Bobi salah seorang warga yang ikut menangkap buaya tersebut mengaku kaget karena melihat ada buaya berjemur di atas karang saat mereka hendak memasang bubu menjerat ikan di laut
Lagi Mencari Kangkung Remaja Meninggal Dunia Usai Diterkam Buaya Di Mamuju Tengah

Lagi Mencari Kangkung Remaja Meninggal Dunia Usai Diterkam Buaya Di Mamuju Tengah

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 185 hits
Komandan Regu TRC BPDB Mamuju Tengah Jufriadi mengungkapkan saat tiba di lokasi korban masih terlihat berada di mulut buaya Tim gabungan terus mengikuti pergerakan buaya sembari berusaha agar korban dilepas oleh predator itu
Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Kes Denggi Meningkat



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Filem Ngesot

Zikir Hari Isnin Fadhilat Membacanya

Monosterio Jadi Raya Tak Jadi Chord

Shinta Angely Nyaman Ku Harap Luka Ku Dapat Chord

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office