Zikir Hari Isnin Fadhilat Membacanya


Zikir Hari Isnin & Fadhilat Membacanya
Allah SWT berfirman dalam ayat 41 dalam surah al-Ahzab yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya”.
Terdapat banyak jenis zikir yang anda boleh lafazkan untuk mengingati Allah, salah satunya ialah dengan merujuk Zikir Harian Imam Al Ghazali. 
Zikir Harian Imam Al Ghazali merangkumi bacaan zikir untuk setiap hari, Isnin hingga Ahad. Ia merupakan amalan yang dilakukan oleh Imam Al Ghazali semasa hayatnya. 
Pada artikel kali ini, berikut dikongsikan Zikir Hari Isnin serta kebaikan mengamalkannya untuk rujukan anda. 
BACA JUGA: Hasbunallah Wanikmal Wakil (‏حسبنا الله ونعم الوكيل) : Maksud Zikir / Doa
Maksud Zikir Secara khususnya, zikir merujuk kepada lafaz-lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Allah SWT. 
Contohnya seperti membaca al-Qur’an, menyebut nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi dengan bibir atau di dalam hati sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an, atau pun lafaz-lafaz yang disyariatkan menerusi lidah Rasulullah SAW yang memberi erti pujian, penyucian, pengudusan dan pengesaan terhadap Allah SWT. 
(Lihat Al-Zikr wa Atharuh fi Dunya al-Muslim wa Akhiratih, hlm. 17-20)
Umumnya, zikir adalah merupakan suatu perkara yang mendekatkan seorang hamba kepada Allah SWT. 
Tidak kiralah dari segi aqidah, pemikiran, amalan hati, amalan badan atau pujian ke atas Allah atau mempelajari ilmu berfaedah atau mengajarinya atau seumpama dengannya.
Zikir Hari Isnin – Hauqalah لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ Laa haw la wa laa quwwata illa billah hil a’li yil a’zim Maksudnya: “Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang Maha Besar.”
Huraian Melalui riwayat Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata:
كُنْتُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَدْرِي مَا تَفْسِيرُهَا؟» ، قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «لَا حَوْلَ عَنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِلَّا بِعِصْمَةِ اللَّهِ، وَلَا قُوَّةَ عَلَى طَاعَةِ اللَّهِ إِلَّا بِعَوْنِ اللَّه
Maksudnya:
“Ketika aku bersama Nabi SAW, aku menyebut zikir dengan ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’.
Lantas Rasulullah SAW bertanyaku: Adakah kamu tahu apakah tafsirannya?
Jawabku : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Sabdanya: ‘لَا حَوْل’ (tiada daya) untuk (menghindari) maksiat kepada Allah SWT kecuali dengan pemeliharaan Allah SWT. Dan ‘وَلَا قُوَّة’ (tiada kekuatan) untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT kecuali dengan pertolongan Allah SWT.
Kalimah ini (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ) melambangkan penyerahan, berserah kepada Allah SWT, mengiktiraf dengan tunduk dan patuh kepada-Nya. 
Ia juga merujuk tiada daya dan upaya daripada menghindari maksiat kecuali dengan pemeliharaan Allah SWT. Begitu juga tiada kekuatan dalam mentaati Allah kecuali dengan izin Allah SWT. 
Seorang hamba sekali-kali tidak memiliki sesuatu dari sebarang urusan dan perkara. Kekuasaan, pergerakan dan helah tiada mungkin berlaku kecuali dengan kehendak Allah SWT.
Fadhilat/ Kebaikan Terdapat banyak fadhilat zikir dengan ‘لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه’. Antranya ialah:
1. Pintu-pintu Syurga
 Daripada Mu’az bin Jabal bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‏‏ أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى بَابٍ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ ‏؟‏‏ قُلْتُ: بَلَى‏.‏ قَالَ :‏ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ‏
Maksudnya: “Adakah kamu mahu aku tunjukkan kepadamu pintu dari pintu-pintu syurga?” Beliau bertanya: “Apakah itu?” Sabda Rasulullah SAW: ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’.
Riwayat al-Tirmizi (3581), Ahmad (21996), dan al-Nasa’i dalam Sunan al-Kubra (10189). 
2. Sebagai khazanah daripada khazanah syurga iaitu besarnya nikmat dan nilai kalimah dan zikir ini di sisi Allah SWT.
Daripada Abu Musa R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ، أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ ؟ فَقُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ : قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ .
Maksudnya: “Wahai Abdullah bin Qais, mahukah engkau aku beritahu tentang salah satu tabungan/simpanan dari simpanan-simpanan syurgawi?” 
Aku menjawab: ‘Tentu, wahai Rasulullah’. Baginda bersabda: ‘Ucapkanlah: ‘لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ’.
Riwayat al-Bukhari (4205) dan Muslim (7037)
3. Sunnah Rasulullah
Daripada Abu Zar R.A, katanya:
أَوْصَانِي خَلِيلِي بِسَبْعٍ: بِحُبِّ الْمَسَاكِيْنِ وَأَنْ أَدْنُوَ مِنْهُمْ، وَأَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلُ مِنِّي وَلاَ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوقِيْ، وَأَنْ أَصِلَ رَحِمِيْ وَإِنْ جَفَانِيْ، وَأَنْ أُكْثِرَ مِنْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، وَأَنْ أَتَكَلَّمَ بِمُرِّ الْحَقِّ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ فِي اللهِ لَوْمَةُ لاَئِمٍ، وَأَنْ لاَ أَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا.
Maksudnya: “Kekasihku (Rasulullah) SAW berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara: (1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, (2) Baginda memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku, (3) Baginda memerintahkan agar aku menyambung silaturrahim meskipun mereka berlaku kasar kepadaku, (4) aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan ‘لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ’ (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah), (5) aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit, (6) Baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan (7) Baginda melarang aku supaya tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia.”
Riwayat Ahmad (21415) dan Ibn Hibban (449). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan hadith ini sahih dalam takhrij Sahih Ibn Hibban (449)
4. Diampunkan Dosa
Daripada Abdullah bin Amr, katanya : Rasulullah SAW bersabda:
مَا عَلَى الأَرْضِ أَحَدٌ يَقُولُ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، إِلَّا كُفِّرَتْ عَنْهُ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ
Maksudnya: Tidak ada sesiapa pun di Bumi ini apabila dia berkata, Tiada Tuhan selain Allah dan Allah maha besar dan “‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’” kecuali diampunkan kesalahan-kesalahannya walaupun ianya seluas lautan.
Riwayat al-Tirmizi (6460), al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (124) dan Ahmad (6479).
5. Penawar Penyakit
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mengucapkan Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah maka hal itu sebagai penawar baginya dari 99 penyakit dan yang termudah adalah rasa bimbang.” – (Hadis Riwayat Tabrani)
6. Mendapat Pahala
Nabi Muhammad SAW ada bersabda pada Abdullah bin Qois,
“Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di surga.” – (Hadis Riwayat Bukhari no. 7386)
7. Perbendaharaan Syurga
Baginda SAW berkata kepada salah seorang sahabat:
“Wahai Abdullah bin Qais, inginkan daku tunjukkan kepadamu satu perbendaharaan daripada perbendaharaan syurga”? Lalu jawabku: Sudah tentu wahai Rasulullah. Balas baginda: “La hawla wa la quwwata illa billah.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber:
#1715: Maksud Hauqalah dan Kelebihannya – Maktabah Al Bakri IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-549: SESIAPA YANG MENGUCAPKAN لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله, IA ADALAH PENYEMBUH 99 PENYAKIT – Mufti WP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/zikir-hari-isnin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zikir-hari-isnin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 108 hits
Lafaz Zikir Hari Jumaat dan Selawat Nabi serta Fadhilatnya 8 Tahukah anda tentang zikir hari Jumaat yang afdal dibaca Hari Jumaat adalah hari yang berlakunya hari kiamat dan sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau pada malamnya Allah SWT ca...
Kompoltan Penjual Akun Whatsapp Ke China Dibongkar Omzet Rp5 Juta Per Hari

Kompoltan Penjual Akun Whatsapp Ke China Dibongkar Omzet Rp5 Juta Per Hari

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 50 hits
Akun WA itu terhubung dengan nomor ponsel yang sudah teregister atas nama orang lain
Erupsi Gunung Ruang Hari Ini 12 Ribu Warga Dievakuasi

Erupsi Gunung Ruang Hari Ini 12 Ribu Warga Dievakuasi

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 26 hits
BNPB mengungkapkan tujuh posko darurat sudah disiapkan untuk menampung belasan ribu warga tersebut
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 208 hits
Tanggal 1 Mei setiap tahun Malaysia dan juga seluruh dunia akan menyambut Hari Hari tersebut disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara Di Malaysia hak setiap pekerja dilindungi oleh Akta ...
1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja

1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 104 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tanggal 1 Mei setiap tahun Malaysia dan juga seluruh dunia akan menyambut Hari Pekerja Hari tersebut disambut bagi menghargai golongan pekerja yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara Di Malay...
Video Fakta Sidang Syl Korupsi Rp 3 Juta Per Hari Untuk Pesan Makan Online Laundry

Video Fakta Sidang Syl Korupsi Rp 3 Juta Per Hari Untuk Pesan Makan Online Laundry

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 27 hits
Sederet fakta mengejutkan terungkap dalam persidangan lanjutan kasus dugaan pemerasan dan gratifikasi mantan Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo
Bmkg Prakirakan 26 Provinsi Diguyur Hujan Lebat Hari Ini Berikut Daftarnya

Bmkg Prakirakan 26 Provinsi Diguyur Hujan Lebat Hari Ini Berikut Daftarnya

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 62 hits
Terhadap daerah daerah yang berpotensi mengalami hujan lebat tersebut BMKG memasukkannya ke dalam kategori waspada banjir akibat dampak hujan
Makin Hari Makin Banyak Pendedahan Isu Curang Aepul Roza Sempat Menganjing Cipta Lagu Lagunya Bertajuk I L U

Makin Hari Makin Banyak Pendedahan Isu Curang Aepul Roza Sempat Menganjing Cipta Lagu Lagunya Bertajuk I L U

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 69 hits
Sejak kebelakangan ini industri hiburan tanah air kita kacau bilau dan kecoh disebabkan pendedahan kes curang dan skandal dalam kalangan selebriti Bukan hanya seorang dua tetapi beberapa nama selebriti lain turut terbabit dalam isu curang i...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura