Sang Bangsawan Dan Lelalat Mso
SANG BANGSAWAN DAN LELALAT
Mungkin ada yang berasa pelik dan teruja dengan apa yang berlaku kepada Najib kini. Ke mana dia pergi dia akan dihurung, dikerumui. Najib dah jadi macam seketul najis dikloni lelalat. Hebat.
Laungan "bossku, malu apa", juga akan bergema. Walhal Najib kini sudah tidak siapa siapa lagi. Najib hanya sang jalak yang kalah sabung kerebehan sayap saja.
Namun bagi mereka yang memahami dan reti dengan budaya Melayu tidak pun terasa apa-apa dengan Najib itu. Fenomena dilalui Najib itu biasa dalam dunia orang Melayu. Bila sudah jatuh, dia akan dibantu dan disimpati tanpa menyelidiki apa sebab musabnya. Orang Melayu malas menyelidik dan suka kepada sesuatu yang glamour. Sikap ini menyebabkan orang Melayu selalu keliru.
Segala tuduhan jenayah dilupakan. Lebih ironis lagi tuduhan itu akan dipasak sebagai fitnah. Fitnah, bodek dan bohong ialah hidangan lazat kehidupan orang Melayu. Para ustaz juga ikut nembaptis Najib.
Dari sudut lain pula kenapa Najib dihurungi kerana selama ini kakinya tidak cemar. Tidak pernah memijak selut dan car, dia tidak pernah duduk dibangku dan makan diwarong sompek. Najib nun jauh di kota raya dan tinggi di awan biru.
Selama dia jadi PM rakyat dihalang bukan untuk bersalam hatta untuk melihatnya. Jadi apabila sudah tidak ada kawat duri mengelilingi, maka rakyat yang selama ini kompunan untuk melihatnya mengambil peluang terbuka.
Rupa dan ketampan Najib berbibir lipstik merah sebagai anak bangsawan dipuja dan dimanjakan juga jadi tarikan. Bagi orang Melayu kehadiran anak raja atau orang besar merupakan salah satu bahan hiburan. Justeru Najib ini adalah sebahagian badut buat mereka
Demikian naif dan rendahnya jiwa kehambaan orang Melayu. Selagi sikap ini wujud dalam jiwa Melayu selama itulah mereka akan terus menjadi lalat dan langau, keliru dan kabur mengenali mana intan dan kaca di hadapan mata. Trims
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2019/04/sang-bangsawan-dan-lelalat-mso.html