Sandwich Sardin Paling Mudah Dan Sedap




Kita akan meninggalkan bulan Syawal dalam masa beberapa hari lagi. Hari Sabtu ini adalah hari terakhir bulan Syawal. Bagi yang belum berpuasa sunat 6 hari bulan Syawal, maka telah terlambat untuk mencukupkannya. Alangkah rugi kerana mensia siakan tawaran pahala yang dijanjikan untuk mereka yang berpuasa selama 6 hari dalam bulan Syawal. 
Sebenarnya banyak amalan mudah untuk kita amalkan. Untuk beramal ni perlukan mujahadah, perlu melawan perasan malas dan letih. Terbaca dalam satu posting adalah beberapa amalan yang patut kita amalkan sepanjang kita masih bernyawa.
Antaranya membaca surah Al Mulk sebelum tidur. Surah ini akan menjadi peguambela dan menemani kita di dalam kubur kelak yang akan berhujah dengan malaikat Mungkar dan Nakir. Kedua membaca ayat Kursi selepas setiap kali solat fardhu kerana yang akan menghalang kita dari masuk syurga ialah kematian. Maknanya kita belum mati lagi. Ketiga ialah membaca surah al Ikhlas sebanyak 10 kali sehari untuk kita mendapat istana di akhirat kelak.
Banyak lah lagi amalan mudah yang patut kita amalkan seperti membaca zikir "Laa ilaa haillallaahu wahdahuulaa syariikalah, lahul mulku walahuu hamdu yuhyi wayumittu wahualaa kulli syai in qadiir" sebanyak 10 kali setiap kali selepas Subuh dan Maghrib dengan kedudukan kaki kekal seperti dalam tahiyyat akhir. 
Ganjarannya ialah kita akan mendapat 10 kebaikan, akan dihapuskan 10 kejahatan dan diangkat 10 darjat. Semua ini kita akan nampak setelah kita di akhirat, tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Kena bermujahadah melawan perasaan malas kerana lama lama akan menjadi satu kebiasaan. 

Tiba tiba teringatkan sandwich sardin yang saya makan semasa sarapan pagi bersama Nana dan Juita di kopitiam. Sandwich tu simple jer dan menggunakan roti yang dibakar terlebih dahulu. Tapi saya ini memang penggemar sardin, jadi sandwich sardin memang tak boleh tolak walaupun dah order mee hoon Singapore. 
Oleh kerana semua bahan diperlukan ada di dapur, saya terus membuat bahan sardin. Sebenarnya ada macam macam cara untuk menyediakan sandwich ni. Kita boleh sapu roti dengan mayonis atau dengan mentega. Kalau biasanya saya guna mentega, atau guna planta lagi sedap dengan rasa lemak masin.
Roti juga boleh dibakar sekejap sahaja untuk menjadikan roti lebih cantik dan mudah dipotong. Roti tak akan jadi kemek kesan cari kita ketika memotong sandwich. Sandwich yang saya makan di kopitiam tu memang dibakar seperti biasa, sedikit keperangan macam roti yang dimakan dengan kaya dan mentega. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk melihat video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Sandwich SardinOleh: Azie Kitchen
Bahan inti:1 tin sardin - 230 gramSedikit garam½ biji bawang besar - dihiris1 biji cili merah - dihiris1-2 biji buah limau kasturi
Sandwich;8 keping roti1-2 sudu besar mayonisSalad1 biji timun 1 biji buah tomato
Cara cara:Masak sardin dengan sedikit kuah sos sehingga hampir kering. Masukkan sedikit garam. 

Angkat dan tuang dalam bekas. Hancurkan dengan garfu.
Masukkan bawang dan cili hiris. Kacau rata. Perahkan air asam limau secukupnya. 
Masukkan mayonis. Kacau rata. Sedia untuk digunakan.



Cara menghidangkan.Sapu mayonis pada roti. Letakkan inti sardin dan ratakan. Letak pula sayuran di atasnya. Sayuran mesti dilap kering. Kalau sandwich untuk jualan lain sedikit susunannya supaya kemas. Untuk makan sendiri, kita nak kan inti sardin yang banyak. 

Tutup dengan sekeping lagi roti yang disapu mayonis. Potong serong 2 atau 4, jika suka dengan menggunakan pisau roti yang bergerigi. Jika mahu dipotong 4, kena lapik roti sebanyak 3 keping. Sedia untuk dinikmati. 
Nota: untuk potongan cantik dan kemas, boleh bakar roti sekejap sahaja sebelum disapu mentega lembut suhu bilik, diratakan bahan sardin, sayuran dan dipotong seperti menggergaji. Jangan bakar lama kerana roti akan jadi liat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/05/sandwich-sardin-paling-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Rendang Daging Sedap Dan Mudah

Resepi Rendang Daging Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 268 hits
Resepi Rendang Daging Rendang daging merupakan salah satu menu yang ramai di cari orang ketika makan di restoran kedai makan atau acara perkahwinan Ini wajar sahaja kerana memiliki kelazatan sendiri Orang Minang memang terkenal sangat panda...
Resepi Sos Pencicah Thai Sedap Dan Mudah

Resepi Sos Pencicah Thai Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 333 hits
Resepi Sos Pencicah Thai sedap dan mudah Hai korang Ramai aku rasa suka resepi ni disebabkan tekak orang melayu suka pedas pedas masam So jom aku kongsi resepi sos pencicah thai yang sedap dan mudah Bahan bahan sos 2 biji cili padi merah 2 ...
Ayam Tandoori Paling Sedap Pernah Saya Makan Di Malaysia Ada Di Shah Alam

Ayam Tandoori Paling Sedap Pernah Saya Makan Di Malaysia Ada Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 246 hits
Kali pertama saya dengar nama makanan ayam tandoori ni lama dulu ketika baru datang ke Lembah Kelang Masa itu seorang kawan belanja makan di Bangsar Dia order ayam tandoori dan roti nan Kami makan kat gerai saja Ketika itu masih ada lagi ka...
Sedap Berlemak Resipi Mudah Bubur Sumsum Buah Naga Ni Patut Cuba Bagus Bantu Elak Bayi Sembelit

Sedap Berlemak Resipi Mudah Bubur Sumsum Buah Naga Ni Patut Cuba Bagus Bantu Elak Bayi Sembelit

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 279 hits
Siapa kata pencuci mulut hanya untuk orang dewasa sahaja Pencuci mulut juga ada untuk si kecil juga tau Bayi dan kanak kanak juga memerlukan suatu hidangan yang manis dan boleh membuatkan tubuh mereka berasa segar Lebih lebih lagi pada musi...
Resepi Churros Rangup Mudah Dan Sedap

Resepi Churros Rangup Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 274 hits
Resepi churros sedang popular di perkataan dan menjadi viral di media sosial Churros ini kuih popular di Spanyol Perancis dan Itali yang berasaskan doh pastei yang digoreng dan dicelup coklat Bila makan di cafe atau restoran harga boleh men...
Mudah Sangat Sedap Resipi Siakap Sos Thai Ni Memang Kena Cuba

Mudah Sangat Sedap Resipi Siakap Sos Thai Ni Memang Kena Cuba

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 259 hits
Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa hari ni Apa kata cuba resipi min kongsi dari saudari Liza Idris Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sos Thai ni Bahan bahan dan cara memasaknya cukup ringkas dan mudah Rasanya juga pasti sangat enak...
Karipap Inti Sardin Sedap Intinya Dan Rangup Kulitnya

Karipap Inti Sardin Sedap Intinya Dan Rangup Kulitnya

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 279 hits
Karipap boleh dikatakan kuih kegemaran ramai Di mana mana sahaja gerai yang menjual sarapan atau minum petang lazimnya ada menyediakan karipap untuk jualan Pastinya kuih ini memang laris habis terjual Antara karipap berintikan kentang dan s...
Resepi Spaghetti Aglio Olio Udang Sedap Mudah Dan Ringkas

Resepi Spaghetti Aglio Olio Udang Sedap Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 366 hits
Kalau korang nak tahu Spaghetti Aglio Olio merupakan hidangan tradisi yang berasal daripada Itali Nama asal bagi spaghetti ini adalah Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino Dan sangat terkenal dengan rasanya yang sedap walaupun menggunakan baha...
Sup Ayam Singo Pear Baik Untuk Batuk Dan Selesema Mudah Dan Sedap

Sup Ayam Singo Pear Baik Untuk Batuk Dan Selesema Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 333 hits
Para ibu pernah dengar sup ayam singo pear Sup ayam singo pear ni sangat bagus untuk merawat batuk dan selesema anak terutamanya pada cuaca sekarang yang tidak menentu Sistem imunisasi anak haruslah dijaga dengan baik supaya badan anak tak ...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya