Sana Sini Dengan Kamera Sambil Beriadah
pantai sepat,nice untuk shoot
Semalam adalah hari bersama keluarga.Alhamdulillah,semalam juga bebas dari segala aktiviti social media.Ehehehe~ Semalam juga adalah hari tenangkan fikiran di pantai.Yang mana suatu tempat yang dapat menenangkan fikiran Ina ni.Tehehehe...
Bila ke sini,fikiran tu rasa lega sedikit.Sebab mana nak cari idea untuk menulis untuk task berikutnya di entri blog.Gitewwww~
Walhal pada mulanya,cik suami ajak ke mall untuk window shopping.Ehehehe~ Apa lah agaknya suami nak hadiahkan Ina present sempena anniversary bulan depan kot..(perasann).Tetapi,agak boring aktiviti begitu,jalan-jalan di mall.Huhhh~ nanti anak-anak pula yang bosan.Lagi kesian..
Aktiviti di pantai
Pagi tu,gigih bangun pagi bagi menyiapkan nasi lemak untuk sarapan pagi.Sepanjang usia perkahwinan hampir 9 tahun,ini adalah kali ke-2 memasak nasi lemak.Mujurlah segala resipi dan cara-cara buat masih ingat lagi.Hahaha.. dah suami jenis takut nak makan benda bersantan.Macam ni lah gayanya..
Tepat jam 10.30 pagi,bergerak lah kami ke destinasi iaitu ke Pantai Sepat.Jarak dari rumah ke pantai tersebut ialah 20 minit juga.Itu pun guna kereta turbo suami dan dia yang drive.Kalau Ina drive sendiri? Mahu kena membebel suami.Hahaha~ sebab Ina ni jenis takut nak tekan laju.Serius weiii~ jenis penakut nak drive laju.Cukup 80km/miles sudah..
Okaylah,Ina antara penduduk yang beruntung menetap di Kuantan ni tau.Hampir 5 buah pantai juga yang ada di sini tau.Kena pantai korang lah nak pilih mana satu pantai.Nak yang dekat atau jauh.Nak yang sunyi (agak terpencil) mahupun penuh dengan ramai orang ( pantai batu hitam ).
Pantai Sepat,Kuantan
pemandangan di pokok rhu
Tadaaa! Lokasi ini sangat cantik.Ini pertama kali rasanya kami ke sini.Kebiasaannya,pantai sepat tu kami pergi di bahagian satu lagi.Yang mana lokasi tersebut adalah berdekatan dengan penjual makanan dan juga tempat tumpuan orang ramai untuk berkelah.Pendek kata,memang ramai sangat orang berbaque ni.
Lokasi dalam gambar ni,agak terpencil.Seram pun ada.Tetapi sangat cantik panorama kat sini.Nice jer untuk photoshoot kat sini tau.Haihhh~ Kalau korang nak tau,lebih kurang sejam lebih juga kami di sini.Shoot sampai lebam,orang kata.Tetapi sayangnya,tripod tak bawa.Hahahaha~ vongok betul Ina ni tau.Tehehehe..
Bila Mirrorless Camera beraksi..
Apalah sangat photoshoot pun,hanya suka-suka sahaja.Shoot pemandangan cantik iaitu pantai dan tumbuhan menghijau.Best rasanya,cuci mata kat sini.Seolah-olah sangat dekat dengan alam semulajadi.Eheheh.. Dedaun yang kering dan menghijau,macam dalam national geographic pula.Alaa,.. binatang buas tu.Hihihi.. Cantik kan? Banyak kali juga shoot ni.
Suami? Dia kurang berminat dengan fotografi.Berbeza dengan Ina,walau tidak berminat tetapi masih boleh layan dengan pemandangan semulajadi macam ni.Berpuluh juga shoot,tetapi yang upload hanya satu dua keping di dalam socmedia.Bagi Ina sendiri,satu kepuasan lah.Tak lah sampai nak jadi photographer pula.Cukuplah sebagai blogger,sudahlah.
Aduiii~ Beginner macam Ina ni untuk sony alpha user,banyak nak kena study lagi ni.Untuk gambar ini,banyak kali juga minta Sara melompat untuk shoot ni.Hahaha~ kesian dia tau,panas terik masa ni.Dalam jam 12.00 tengahari.Tetapi lighting masa ni lah,cantik sangat.Terpacak matahari atas kepala.
dedaun kering
Kali ini minta Sara yang berumur darjah satu untuk shoot.Okay ke tidak? Heee.. boleh lah kan? Dalam keadaan duduk photographer mama tu shoot.Hahaha.. Itu pun dia dah macam takut-takut nak sentuh kamera.Bukan sebab Ina marah.Tetapi Sara tak yakin nak shoot gambar mama ni.Rasanya,yang ni paling okay..berbanding dengan gambar lain dia shoot hanya nampak dari paras pinggang ke kaki je.Hahah..
photoshoot product
Alang-alang,terus bawa sekali lah produk review (nak bawa 2 produk,tapi yang satu macam tak kena pula).. Eheheeh.. shoot bape puluh kali pun untuk dapatkan shoot yang cantik.Errrkk..,cantik ke ni weiii? Basah ketiak tau,nak dapatkan view dan angle yang cantik.Siap tertongeng meniarap lagi teww..
Ini baru photoshoot product,belum lagi satu hal Ina nak kena tulis entri mengenai produk review kat blog ni.Heeeehhhh~
Psstt~ kalau korang nak tengok gambar lebih lagi,boleh ke instagram :@azlina6861 sebab kualiti di blog ni,kadang kala kena edit.. jadi sedikit pecah.
View this post on Instagram
semoga rezeki kita seluas lautan..salam isnin. 。 #ehbelogakudotcom #potd #nature #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #mirrorless #sonyalpha #a5000A post shared by 🇲🇾 Lifestyle Blogger (@azlina6861) on Jan 13, 2019 at 3:58pm PST
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ehbelogaku.com/2019/01/photoshoot-di-pantai-sepatkuantan.html