Samurai Sedia Bantu Malaysia



Pihak Japan Bank for International Cooperation (JBIC) bersedia untuk menimbang bagi menyalurkan sokongan lanjut sekiranya Malaysia berhasrat menambah terbitan bon Samurai pada masa depan, kata Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini.

Ini berikutan kejayaan langkah terbitan bon Samurai bernilai 200 bilion yen (kira-kira RM7.4 bilion) yang dijamin oleh JBIC pada Mac 2019 yang dijangka membantu meningkatkan kemampanan fiskal dan daya tahan strategik Malaysia.

Abe dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadakan mesyuarat dua hala di Pejabat Perdana Menteri Jepun itu di Nagato-cho, Chiyoda-ku, di Tokyo.

Ketika mengulas perkara itu, Dr Mahathir berkata langkah itu akan dapat mempertingkat portfolio kewangan dan meminimumkan risiko pertukaran asing bagi Malaysia.

Menurut satu kenyataan bersama Kerjasama Malaysia-Jepun, kedua-dua pemimpin tersebut turut sependapat bahawa sebarang usaha antara dua kerajaan itu akan menyumbang ke arah memperkukuh kerjasama strategik Tokyo-Kuala Lumpur.

Mesyuarat itu turut mengambil maklum mengenai penyelidikan komprehensif bagi tujuan penambahbaikan aspek pengangkutan di Malaysia yang sedang dilaksanakan oleh satu kumpulan Jepun.

Penyelidikan yang merangkumi pengangkutan darat, laut dan udara serta skop pengangkutan penumpang dan penghantaran kargo, juga dilaporkan berjalan lancar dan laporan akhir dijangka dapat dikemukakan pada Ogos.

Ia antara lainnya menyenaraikan cadangan bagi komposisi optimum pelbagai mod pengangkutan berbeza serta kaedah bagi memaksimumkan penggunaan rangkaian laluan kereta api sedia ada.

Laporan akhir itu juga dijangka menawarkan cara bagi mempertingkat keberkesanan setiap mod pengangkutan seperti rel, jalan raya, lapangan terbang dan pelabuhan serta jaringan kesalinghubungan di antara kesemuanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyuarakan terima kasih di atas program latihan modal insan bagi jurutera rel Malaysia yang disediakan oleh pihak JR Kyushu dan JR Freight.

Pada mesyuarat itu juga, Malaysia dan Jepun aling mengesahkan kemajuan ke arah penubuhan kampus cawangan sebuah universiti Jepun di Malaysia.

Malah, University of Tsukuba telah menyatakan minat untuk membuka kampus cawangannya di Malaysia.

Apabila siap kelak, ia akan menjadi kampus cawangan pertama universiti Jepun yang dibina di luar negara itu.

Selain itu, Mahathir dan Abe turut memperakui kepentingan menggalakkan kerjasama pertahanan berdasarkan perjanjian sedia ada membabitkan pemindahan peralatan dan teknologi pertahanan selain memorandum kerjasama dan pertukaran dalam bidang itu.

Jepun dan Malaysia juga akan saling bekerjasama merealisasikan kebebasan, keterbukaan, kemakmuran dan kewujudan bersama secara aman berdasarkan kedaulatan undang-undang di wilayah Indo-Pasifik yang merentasi di kedua-dua bahagian Selat Melaka meliputi Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

Atas alasan itu, Dr Mahathir menegaskan keperluan mempertahankan keselamatan pengemudian di Selat Melaka dan mendapatkan bantuan Jepun.

Beliau turut menyuarakan minat Malaysia untuk mempelajari selok-belok aspek pengurusan dan respon membabitkan bencana tumpahan minyak dari Jepun.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, telah menaiki pesawat yang berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 3.20 petang tadi waktu tempatan selepas melakukan lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/05/samurai-sedia-bantu-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hello Tokyo Sayonara Malaysia

Hello Tokyo Sayonara Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 511 hits
Kota Metropolitan Tokyo Kalau korang rasa KL dah sibuk dan padat dengan pelbagai tarikan menarik kota metropolitan Tokyo adalah 100 kali ganda lebih daripada ini Apa yang menjadikan bandar ini unik adalah bagaimana sebuah kota boleh menggab...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Doakan Ainul Kembali Sihat

Terima Kasih Rakyat Malaysia Doakan Ainul Kembali Sihat

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 370 hits
Terima kasih rakyat Malaysia Sampai kita bertemu lagi Doakan kami selamat pergi dan balik ye demikian status Facebook yang dimuat naik Ahmad Safiuddin malam tadi Ahmad Safiuddin dan isterinya Nurul Erwani Zaidi bersama anak mereka Ainul Mar...
Miss Virtual Malaysia Pencarian Ratu Cantik Alaf Baharu Kini Bermula

Miss Virtual Malaysia Pencarian Ratu Cantik Alaf Baharu Kini Bermula

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 770 hits
RATU sebuah gelaran yang diimpikan hampir setiap wanita kini bakal menjadi rebutan buat pertama kali dalam pertandingan ratu cantik Miss Virtual Malaysia Dengan hasrat membuktikan kekuatan dan kepelbagaian negara negara ASEAN melalui bakat ...
Hasanah Ketua Perisikan Malaysia Lari Dari Mahkamah

Hasanah Ketua Perisikan Malaysia Lari Dari Mahkamah

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 384 hits
Mahkamah keluar waran tangkap ke atas Hasanah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berj...
Ainul Mardhiah Ke London Malam Ini Mohon Doa Seluruh Rakyat Malaysia

Ainul Mardhiah Ke London Malam Ini Mohon Doa Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 585 hits
KELUARGA bayi comel yang menderita kanser mulut Germ Cell Tumor Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin akan berlepas ke London United Kingdom malam ini untuk mendapatkan rawatan doktor pakar Malah menurut bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 24 dia ...
Maryam Balqis Pelajar Malaysia Raih Cgpa 4 0 Di Arizona State University

Maryam Balqis Pelajar Malaysia Raih Cgpa 4 0 Di Arizona State University

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 355 hits
KECEMERLANGAN pelajar Malaysia Maryam Balqis Abdul Rashid 23 yang memperoleh keputusan CGPA 4 0 di Arizona State Universiti Arizona Amerika Syarikat dalam bidang Sustainability benar benar membanggakan negara Maryam Balqis yang merupakan sa...
8 Negara Termasuk Malaysia Keluarkan Nasihat Perjalanan Kepada Rakyatnya Yang Mahu Ke Indonesia

8 Negara Termasuk Malaysia Keluarkan Nasihat Perjalanan Kepada Rakyatnya Yang Mahu Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 359 hits
JAKARTA Susulan rusuhan di ibu kota ini sejak beberapa hari lalu lapan negara mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya yang bercadang mengunjungi ke Indonesia Menteri Pelancongan Guntur Sakti berkata antara negara yang mengeluarkan ...
Dap Tolong Lupa Konsep Malaysian Malaysia

Dap Tolong Lupa Konsep Malaysian Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 318 hits
Mohamed Khaled NordinKUALA LUMPUR DAP disarankan melupakan konsep Malaysian Malaysia kerana realitinya tiada bangsa Malaysia boleh terbentuk di negara ini Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana Malaysia juga ...
Kukuhkan Perpaduan Melalui Kepelbagaian Agama Di Malaysia

Kukuhkan Perpaduan Melalui Kepelbagaian Agama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 500 hits
Kukuhkan perpaduan melalui kepelbagaian agama di Malaysia Dikemas kini 40 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 May 2019 11 22P
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza