Samsung Pay Membenarkan Pembayaran Menggunakan Jam Tangan


Diketika ini kita masyarakat Malaysia sedang bergerak kearah masyarat tanpa tunai. Disaat kita diberikan kesedaran tentang penggunaan ewallet dikalangan masyarat, tanpa disedari telah lama wujud pembayaran yang bukan sahaja lebih mudah berbanding ewallet, sebaliknya lebih mudah berbanding kad kredit/debit fizikal. Ianya adalah pembayaran elektronik menggunakan Samsung Pay.
Apa itu Samsung Pay Platform pembayaran digital keluaran Samsung yang memudahkan
Samsung Pay adalah aplikasi pembayaran elektronik mudah alih yang dibina untuk kegunaan peranti keluaran Samsung. Menghubungkan kad debit/kredit pilihan dengan peranti anda, aplikasi ini membenarkan anda untuk membuat pembayaran pantas dan selamat dengan hanya menggunakan telefon bimbit atau jam tangan sahaja.
Samsung Pay ini disokong oleh teknologi NFC (Near Field Communication) dan MST (Magnetic Secure Transmission) yang membolehkan anda membuat pembayaran di mana-mana sahaja kedai yang menyediakan perkhidmatan terminal pembayaran menggunakan kad debit atau kredit.
Dalam erti kata lain, anda tidak perlu membawa dompet lagi.
“Samsung Pay adalah platform pembayaran mudah alih yang mantap yang tidak hanya menyokong peralihan ke arah dompet digital hari ini, tetapi menyediakan jalan yang kondusif dan kalis masa depan untuk e-pembayaran yang selamat di Malaysia”, kata En Lee Jui Siang, Naib Presiden Unit Perniagaan Mudah Alih dan IT, Samsung Malaysia Electronics.
Kata ini dikeluarkan ketika pelancaran produk pembayaran di Malaysia ini sekitar tahun 2017. Menjalinkan kerjasama strategi dengan bank tempatan, Samsung mahu bergerak seiring dengan misi Malaysia untuk sama-sama bergerak ke arah masyarakat tanpa tunai.
Bagaimana Samsung Pay berfungsi? Pertama sekali anda perlu ada peranti Samsung dan bukan semuanya menyokong Samsung Pay. Apa yang perlu anda buat adalah dengan menyemak adakah telefon bimbit anda tersenarai dalam senarai peranti yang disokong.
Lihat senarai peranti yang menyokong Samsung Pay: Klik sini
Jika anda ingin menggunakan jam tangan Samsung Gear bersama dengan peranti bukan keluaran Samsung, pasti telefon bimbit anda menggunakan android 6.0 dan ke atas.
Bagi pengguna IOS pula, sebenarnya Samsung Pay sememangnya menyokong buat pengguna Iphone dengan IOS 9.0 ke atas, tapi sebab Apple mahu anda kekal noob, jadi mereka telah menyekat sebahagian daripada fungsi aplikasi ini yang memustahilkan anda membuat pembayaran menggunakan Samsung Gear anda.
Dalam erti kata lain, tak boleh. Haha.
Pastikan anda memuat turun aplikasi Samsung Pay di telefon bimbit dan tambahan aplikasi Galaxy Wearable jika menggunakan jam tangan pintar Galaxy gear. Di aplikasi tersebut, anda masukkan sahaja maklumat kad debit atau kad kredit anda anda untuk tujuan penggunaan.
Selesai.
Kini peranti anda boleh digunakan terus.
Pengalaman menggunakan Samsung Pay Ketika saya menulis artikel ini, saya telah menggunakan Samsung Pay hampir setahun dan sejujurnya saya berpuas hati dengan perkhidmatan pembayaran yang telah disediakan oleh pihak Samsung ini. Pembayaran yang saya ingin lakukan cukup pantas. Apa yang saya perlukan buat adalah sentuh jam tangan saya di terminal yang disediakan. Zassssss, transaksi diterima.
Pembayaran mudah di terminal Kad kredit atau Kad Debit
https://azmirshah.com/wp-content/uploads/2020/09/guna-samsung-pay.mp4 Rakan saya Adlan Shah menggunakan Samsung Pay ketika membuat pembayaran di McDonald Bukit Bintang
Jika anda mengikuti laman web saya ini, anda pasti tahu bagaimana terujanya saya apabila bercerita sesuatu tentang teknologi tanpa tunai. Saya kerap berkongsi dengan anda semua tentang ewallet seperti Kiplepay, Boost dan Bigpay. Semuanya kerana saya mahu keselesaan dan kepantasan.
Namun saya agak sedikit kecewa dengan prestasi ewallet yang berada di pasaran. Setiap kali saya melakukan transaksi, saya mengambil masa hampir 5-7 saat untuk membuka aplikasi yang saya mahukan dan bagi saya tempoh masa itu terlalu lama. Sangat lama.
Kemudian saya terpaksa juga memilih kedai yang menyokong ewallet. Bila dah menyokong ewallet pula, ewallet yang disokong berlainan jenis pula.  Bayangkah la jika anda pakai Boost, kedai tersebut hanya menyokong ewallet Touch n go. Bukankah urusan menjadi lebih lambat. Yang penyokong pelbagai jenis ewallet setakat ini hanyalah Tesco.
Berbeza dengan Samsung Pay yang menyediakan butang shortcut, saya hanya memerlukan kurang 2 saat sahaja menggunakan jam saya untuk melakukan pembayaran. Sudahlah begitu, pembayaran juga lebih mudah dimana Samsung Pay ini boleh digunakan di semua kedai yang menyokong penggunaan kad Visa dan Mastercard.  Tidak perlulah saya tercari-cari QR Code yang boleh diimbas.
Lebih menarik, jam tangan saya dihubungkan terus dengan kad daripada Maybank dan transaksi boleh dilakukan secara online atau offline. Jika offline, limit yang diberikan adalah 10 kali transaksi sebelum ia perlu dihubungkan dengan telefon bimbit anda. Jika online terpulanglah.
Samsung Pay yang diintegrasikan dengan kad debit Maybank
Bank yang menyokong Samsung Pay Walaupun Samsung Pay boleh digunakan di kebanyakan terminal kad kredit/debit, namun hanya beberapa Bank tempatan sahaja yang menjalinkan kerjasama dengan Samsung. Berikut disediakan senarai Bank yang terlibat.
Senarai Bank yang menyokong Samsung Pay
Terdapat 8 Bank tempatan yang menjalankan kerjasama dengan Samsung untuk integrasi perkhidmatan Samsung Pay. Antaranya adalah Maybank, Citi Bank, HongLeong Bank, HSBC, CIMB, Public Bank, RHB dan Standard Chartered. Bagi kemudahan e-pembayaran ini pula, Samsung Pay menggunakan rangkaian Visa dan Master.
Adakah ia selamat? Dari ciri keselamatan jika anda memakai telefon bimbit Samsung, Samsung Pay melindungi maklumat yang ada dalam telefon bimbit dengan Samsung Knox. Ciri keselamatan Knox juga membantu daripada segi pengawasan penggodaman dan pencegahan rooting masa nyata.
Selain daripada itu, mereka juga menggunakan teknologi yang lebih selamat berbanding kad fizikal. Setiap nombor kad disimpan dalam bentuk penyulitan (encrypted) berbanding nombornya yang sebenar. Nombor sebenar juga tidak disimpan di mana-mana aplikasi atau peranti.
Ciri tambahan lain pula, anda boleh setkan nombor pin, cap jari ataupun pengimpas retina sebelum anda dibenarkan menggunakan kad anda.
Kesimpulannya Setiap kali bercerita tentang teknologi yang memudahkah kita, saya percaya ada diantara kita yang mempunyai perasaan kurang percaya tentang ciri keselamatan yang disediakan. Ada yang kurang yakin, ada juga yang menolak kerana kurang tahu. Saya harap anda tidak begini. Ini kerana jarang sekali negara seperti kita ini diberikan keistimewaan untuk merasai teknologi kedepan. Anda bayangkan tahun 2020 kita masih struggle untuk mendidik rakyat kita menggunakan ewallet, walhal China sudah menggunakan secara aktif sejak tahun 2014. Kiranya kita sudah 6 tahun kebelakang.
Kemudian datang Samsung menawarkan sesuatu yang lebih baik pada tahun 2017, rakyat Malaysia masih lagi jarang menggunakannya. Maka kita sebenarnya rugi. Bayangkan jika teknologi ini digunakan secara meluas pada tahun 2017 di Malaysia, silap-silap kita yang menganjing China masih lagi QR Code. haha
Baca juga: Pengalaman menggunakan kad Bigpay selama sebulan
Baca juga: 7 sebab mengapa ewallet Boost menjadi pilihan warga Kuala Lumpur
Baca juga: Simpan Bitcoin secara offline dengan Ballet Crypto
Jadi itulah serba sedikit yang saya dapatkan kongsikan tentang produk samsung ini dan pengalaman saya menggunakannya. Diharapkan penulisan saya dapat membantu anda untuk mendapatkan gambaran teknologi yang agak best ini.
The post Samsung Pay membenarkan pembayaran menggunakan jam tangan appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/samsung-pay-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsung Smartthings Dikemaskini Dengan Kemampuan Menjejak Peranti Pintar Jam Tangan Pintar Dan Fon Telinga

Samsung Smartthings Dikemaskini Dengan Kemampuan Menjejak Peranti Pintar Jam Tangan Pintar Dan Fon Telinga

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 263 hits
Baru baru ini Samsung memperkenalkan ciri mengesan kedudukan telefon pintar yang hilang tanpa menggunakan rangkaian selular Tetapi semalam Samsung SmartThings telah dikemaskini dengan ciri baharu SmartThings Find yang membolehkan pelbagai p...
Spesis Hampir Lupa Diri Shuib Sekali Lagi Dikec4m Gara2 Hadiahkan Jam Tangan Mewah Sempena Hari Jadi Siti Sarah

Spesis Hampir Lupa Diri Shuib Sekali Lagi Dikec4m Gara2 Hadiahkan Jam Tangan Mewah Sempena Hari Jadi Siti Sarah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 582 hits
Pel4wak dan peny4mpai radio Shuib Sep4htu mengh4diahkan j4m t4ngan jen4ma R0lex bern1lai pulvhan ribu kepada isteri Pel4wak dan peny4mpai radio Shuib Sep4htu mengh4diahkan j4m t4ngan jen4ma R0lex bern1lai pulvhan ribu kepada isteri peny4nyi...
Bila Shuib Hadiahkan Jam Tangan Rolex Puluhan Ribu Sempena Hari Lahir Sarah

Bila Shuib Hadiahkan Jam Tangan Rolex Puluhan Ribu Sempena Hari Lahir Sarah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 440 hits
Bersempena ulang tahun kelahiran isteri penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang ke 36 pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu telah menghadiahkan seutas jam tangan jenama mewah iaitu Rolex bernilai puluhan ribu Shuib mengakui ia merupakan had...
Hiburan Buat Kejutan Sambutan Hari Jadi Di Hotel Shuib Hadiahkan Jam Tangan Mewah Buat Siti Sarah

Hiburan Buat Kejutan Sambutan Hari Jadi Di Hotel Shuib Hadiahkan Jam Tangan Mewah Buat Siti Sarah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 671 hits
Jelas kelihatan bahawa Shuib seorang yang romantik apabila lelaki itu mengadakan kejutan untuk isteri tersayang dengan menyambut hari jadi Siti Sarah di sebuah hotel di Subang Jaya kelmarin Lebih mengharukan apabila pelawak itu menghadiahka...
Koleksi Jam Tangan Peribadi

Koleksi Jam Tangan Peribadi

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 790 hits
Assalamualaikum Jam tangan adalah satu benda yang Abam Kie pasti pakai apabila melangkah keluar dari rumah Rasa macam janggal la jika tak pakai jam tangan sebab sukar nak menyemak waktu semasa Memang la boleh tengok di handphone tapi susah ...
Jam Tangan G Shock Edisi Terhad Mtgb1000vl4a

Jam Tangan G Shock Edisi Terhad Mtgb1000vl4a

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 502 hits
Casio telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikannya kelihatan unik MTG B1000VL mempunyai ton warna diilhamkan dari petir dan gunung berapi Setelah melihat intro dari youtube ternyata paparan kali ini mempunyai pelbagai warna antara merah ...
Ali Puteh Bls S4man Bkas Kakak Ipar Hidayah Mngaku Ambil Tabung Jam Tangan Rm10 000 Dari Akaun Allahy4rham Suami

Ali Puteh Bls S4man Bkas Kakak Ipar Hidayah Mngaku Ambil Tabung Jam Tangan Rm10 000 Dari Akaun Allahy4rham Suami

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 355 hits
Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan s4man terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan k0smetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman
Tak Perlu Telefon Bimbit Anak Hanya Guna Jam Tangan Untuk Hubungi Ibu Bapa

Tak Perlu Telefon Bimbit Anak Hanya Guna Jam Tangan Untuk Hubungi Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 475 hits
Jam tangan bukan hanya alat pengukur masa malah jam tangan merupakan aksesori yang sangat penting sejak zaman dahulu lagi Memang tidak dinafikan lagi kepentingan pemakaian jam tangan kerana ia boleh menjadikan anda seorang yang sangat patuh...
Jam Tangan Paksu Movie

Jam Tangan Paksu Movie

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 683 hits
Tajuk Jam Tangan Paksu Tahun 2020Durasi 1 jam 32 minit Masa share cerita mak tak bagi balik haritu ramai yg komen pm suruh review cerita ni pula Sedih meleleh katanya Kisah dia berkisar tentang pengorbanan dan tanggungjawab yg terpaksa dipi...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord