Samsung Memperkenalkan Skrin Ai Generasi Baharu




Samsung Memperkenalkan Barisan Skrin Berkuasa AI Generasi Baharu: Pengalaman Disesuaikan untuk Kehidupan Seharian yang Lebih Bermakna


Alami Pengalaman Tontonan Lebih Pintar dengan Samsung Vision AI – Skrin Pintar Sebagai Rakan Setia Anda
Samsung Malaysia Electronics hari ini melancarkan barisan TV AI 2025 dan sistem bunyi premium terbaharunya, merevolusikan standard hiburan mengasyikkan dan gaya hidup terhubung yang lancar. Dipacu oleh platform Visi AI Samsung, atau ‘Samsung Vision AI platform’, barisan produk terbaharu ini menjanjikan pengalaman yang lebih bersesuaian, intuitif, dan tanpa gangguan, mentransformasikan definisi TV daripada sekadar paparan visual kepada teman pintar yang memahami serta melengkapi dinamika kehidupan harian di kediaman anda.


“Samsung sentiasa berinovasi dengan mempunyai tujuan. Menerusi Samsung Vision AI, kami memperkenalkan era baharu skrin pintar yang berkeupayaan untuk belajar, beradaptasi, dan berintegrasi secara semula jadi ke dalam rutin harian anda,” ujar Presiden Samsung Malaysia Electronics, Encik Charles Kim. “Fokus utama barisan produk tahun ini adalah untuk mempersembahkan pengalaman yang lebih disesuaikan dengan keperluan individu, lebih mendalam, serta cekap tenaga – ke semua pengalaman ini dapat dialami di rumah anda sendiri.”
Memperkenalkan Samsung Vision AI: Platform TV Terpintar Samsung Kini
Di sebalik setiap barisan TV Samsung 2025 yang inovatif, tersemat Samsung Vision AI, platform paling pintar yang pernah dicipta dan diperkenalkan oleh jenama terkemuka ini. Dilengkapi dengan keupayaan pembelajaran mendalam yang canggih, Samsung Vision AI membolehkan skrin untuk mengesan persekitaran, memahami kandungan serta tingkah laku pengguna, dan bertindak balas secara kontekstual dalam masa nyata.
Daripada pengecaman gerakan hinggalah ke ‘Generative Wallpaper’[1] yang menjadikan skrin anda kanvas seni peribadi, Samsung Vision AI menambah baik fungsi dan estetika ke tahap baharu. ‘Universal Gesture’ yang berfungsi dengan ‘Galaxy Watch 7’, anda boleh mengawal TV tanpa alat kawalan jauh. Gerakkan pergelangan tangan untuk mengaktifkan mod penunjuk, cubit untuk memilih, genggam tangan untuk kembali, atau putar bezel untuk menatal, semua ini[2] hanya dengan gerakan yang ringkas dan intuitif. Sama ada anda sedang berehat atau sibuk melakukan pelbagai tugas, TV anda mampu melihat, berfikir dan merespon, melaras kecerahan mengikut pencahayaan sekeliling, membaca ekspresi wajah untuk memahami emosi, dan memberi kawalan yang lancar setiap masa.
Neo QLED 8K: Performa Pintar dengan Kemampuan Tersendiri
Neo QLED 8K menerajui barisan produk Samsung 2025, yang dipacu oleh model unggulan QN990F. Dikuasai oleh pemproses NQ8 AI Gen 3 yang tercanggih yang pernah dihasilkan oleh Samsung, ia menampilkan 768 rangkaian neural serta AI terbina yang dipertingkatkan untuk menganalisis dan mengoptimumkan video dan audio dalam masa nyata. Hasilnya ialah pengalaman tontonan yang luar biasa dari segi perincian, kejelasan dan penghayatan, sama ada anda menonton kandungan 8K asli atau sumber yang dinaik taraf.
Ciri-ciri berkuasa AI seperti 8K ‘AI Upscaling Pro’[3], ‘AI Motion Enhancer Pro’, dan ‘Real Depth Enhancer Pro’ menghasilkan visual yang terang, pergerakan yang lancar, serta realisme tiga dimensi yang menakjubkan. TV ini juga menampilkan reka bentuk premium ‘Infinity Air’ dengan profil ‘ultra-ramping’ setebal 13.1mm dan kaki berdiri terapung. Mod pintar seperti ‘AI Customisation Mode’, ‘AI Auto Game Mode’, dan ‘AI Energy Mode’ turut menyesuaikan pengalaman sambil memaksimumkan prestasi dan kecekapan.
Samsung Vision AI Kini Diperluas ke TV Neo QLED 4K, OLED dan QLED
Samsung kini memperluaskan kuasa Samsung Vision AI ke lebih banyak kediaman rumah melalui barisan Neo QLED 4K, OLED dan QLED yang lebih meluas. Neo QLED 4K QN90F, yang dikuasai oleh pemproses NQ4 AI Gen 2, menawarkan kontras ultra-tepat menerusi Teknologi Quantum Matrix, serta ketepatan warna yang disahkan Pantone, dan hadir dalam saiz dari 65" hingga 98”. Dalam rangkaian OLED, model S95F menampilkan panel OLED bebas silau dengan kecerahan maksimum 2,000 nit dan kadar segar semula 165Hz. Sementara itu, S90F menawarkan Motion Xcelerator 144Hz untuk gerakan yang lebih lancar dan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan. Siri QLED 2025 pula menawarkan warna yang lebih terang, kontras yang kaya serta ciri pintar yang disesuaikan, semuanya dipertingkat dengan Samsung Vision AI, pada harga yang lebih berpatutan untuk kegunaan harian di rumah.
‘The Frame Pro 2025’: Apabila Karya Seni Bertemu Inovasi
The Frame Pro 2025 menggabungkan seni dan teknologi paparan terhebat, menampilkan Neo OLED Mini LED dan pemproses NQ4 AI Gen 3 untuk kontras yang lebih dalam dan naik taraf kepintarannya. ‘Wireless One Connect Box’ membolehkan sambungan peranti dari pelbagai arah sehingga 10 meter jauhnya, memastikan susun atur yang kemas dan minimalis yang selari dengan reka bentuk seperti karya seni. Reka bentuknya yang unggul dapat meningkatkan pengalaman yang mengasyikkan, membolehkan fokus pada skrin dan karya seni.
Dengan kadar segar semula dinamik yang disesuaikan untuk karya seni statik dan adegan pantas, The Frame Pro mengoptimumkan penggunaan tenaga. Dikuasai oleh teknologi Neo QLED dan pemproses NQ4 AI Gen 3, ia menawarkan kontras yang kaya dan naik taraf kepintarannya dalam reka bentuk seperti bingkai seni sebenar. Kualiti gambar yang luar biasa[4] memastikan setiap karya seni dipaparkan dengan warna yang hidup dan perincian yang tepat. Dipadankan dengan ‘Samsung Art Store’ yang diperluas, menawarkan lebih 3,000 karya seni daripada ikon global seperti ‘MoMA’, ‘Magritte’ dan ‘Basquiat’, ‘The Frame Pro’ mengubah TV anda menjadi galeri peribadi. Pengguna boleh menikmati 30 karya seni baharu setiap bulan melalui ‘Art Store Streams’, dan akses kepada lebih 70 kandungan ambien percuma sepanjang tahun, tersedia merentasi model ‘The Frame’, MICRO LED, Neo QLED dan QLED.
Sistem Bunyi Premium Siri Q
Barisan sistem bunyi Siri Q 2025 yang menampilkan model HW-Q990F, HW-Q930F, HW-Q800F dan HW-QS700F menawarkan pengalaman audio sinematik dengan ‘Dolby Atmos’ dan ‘Q-Symphony’ tanpa wayar, yang menyelaraskan TV dan sistem bunyi anda secara harmoni untuk bunyi sekeliling yang kaya dan multidimensi. Dengan pengoptimuman audio dipacu AI serta padanan lancar dengan TV, sistem bunyi Samsung terus menjadi penanda aras utama dalam dunia audio imersif.
Pembaharuan tahun ini termasuk ‘subwoofer’ yang 50% lebih kecil untuk fleksibiliti penempatan yang lebih tinggi, tanpa menjejaskan bunyi bes dalaman yang dibina dan bertenaga. Model HW-QS700F memperkenalkan ‘Convertible Fit’ dengan sensor giroskop dalaman yang dibina untuk mengesan sama ada peranti diletakkan di dinding atau atas meja, dan melaras pengeluaran audio secara automatik. Pembesar suaranya juga boleh bertukar antara saluran depan dan atas untuk memastikan kualiti ‘Dolby Atmos’ yang konsisten. Digabungkan dengan ‘SpaceFit Sound Pro’, yang menentukur audio mengikut akustik ruang, Siri Q 2025 memastikan prestasi audio yang dioptimumkan dalam apa jua persekitaran.
Samsung Vision AI + SmartThings: Menjamin Kesenangan Hidup
TV Samsung kini berfungsi sebagai pusat kawalan untuk gaya hidup pintar. Dikuasai oleh ‘Tizen OS Home’ yang dipertingkat, pengguna menikmati profil yang diperibadikan, navigasi yang intuitif, serta sambungan yang selamat melalui ‘Samsung Knox Vault’. Tambahan pula, dengan naik taraf OS percuma selama tujuh tahun, TV anda kekal pintar dan bersedia menghadapi masa depan untuk jangka masa yang lebih panjang.
Dengan integrasi ‘SmartThings’, TV berkuasa Samsung Vision AI berfungsi sebagai hab pintar, menghubungkan peranti yang serasi, termasuk yang menggunakan protokol ‘Matter’ dan HCA. Paparan ‘3D Map View’ baharu memberikan gambaran visual tentang susun atur rumah anda yang bersambung dengan pantas, manakala amaran masa nyata memastikan anda sentiasa dimaklumkan. Ciri pintar seperti ‘Home Insights’ menyediakan kemas kini rumah dan notifikasi keselamatan, manakala ‘Pet and Family Care’ melaraskan tetapan untuk keselesaan tambahan seperti meredupkan lampu apabila anak anda tertidur. Inilah gaya hidup pintar yang mudah dan tanpa kerumitan.
Pra-Tempah Sekarang dan Nikmati Ganjaran Eksklusif
Pra-tempah dari 13 Mei - 1 Jun 2025 dan ubah ruang kediaman anda dengan Samsung Vision AI. Nikmati ‘soundbar’ premium atau bar suara yang premium (bernilai sehingga RM6,499)[5] dengan pra-tempah model ‘Samsung AI TV’ terpilih atau Bezel yang boleh disesuaikan (bernilai RM899) dengan pra-tempah model ‘The Frame’[6] terpilih - gabungan prestasi dan gaya yang ideal.
Jika anda telah mendapatkan baucar ‘Samsung Reservation+ (RM100)’ semasa tempoh pendaftaran sewaktu berkenan, ini adalah masa yang terbaik untuk menebusnya dan nikmati penjimatan tambahan sehingga RM800.[7] Lebih menarik lagi, ia boleh digabungkan dengan promosi pra-tempah - menjadikannya peluang naik taraf paling berbaloi.

Cara untuk pra-tempah:
1. Kunjungi Kedai Dalam Talian Samsung atau peruncit terpilih di seluruh negara.
2. Pilih model TV AI 2025 anda.
3. Gunakan baucar SR+ anda (jika ada) dan teruskan ke pembayaran.
4. Tebus hadiah percuma anda melalui Portal Penebusan Samsung dari 13 Mei hingga 15 Julai 2025.[8]
Alami Sendiri di Jelajah Samsung 2025 AI TV
Jadi yang terawal menyaksikan masa depan hiburan pintar di Jelajah Samsung 2025 AI TV, yang akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mei di 1 Utama Shopping Centre (Lower Ground Oval Concourse).
Rasai sendiri kehebatan TV AI dan soundbar terkini Samsung, terokai keupayaan Vision AI, dan nikmati promosi menarik, sesi interaktif serta konsultasi peribadi yang direka khas untuk membantu anda menemui skrin paling sesuai dengan gaya hidup anda.
Jangan lepaskan peluang untuk menaik taraf pengalaman hiburan anda - kunjungi kami dan alami bagaimana tontonan yang lebih pintar bermula dengan Samsung.

About Samsung Electronics Co., Ltd.
Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa hadapan dengan idea-idea dan teknologi-teknologi yang transformatif. Syarikat Samsung mempunyai misi untuk metakrifkan dunia-dunia televisyen, telefon pintar, alatan-alatan serba guna, tablet-tablet, peralatan rumah, system rangkaian, dan memori, system LSI, foundri dan solusi-solusi LED, dan mempamerkan pengalaman terhubung yang lancar melalui ekosistem ‘SmartTings’ dan kerjasama terbuka dengan rakan kongsi. Untuk mendapatkan berita-berita baru, kunjungi laman sesawang ‘Samsung Newsroom’ di pautan http://news.samsung.com.


SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONICS (SME) SDN BHD [Company No. 200301026766(629186-D)]


[1] Pengalaman menonton akan berbeza mengikut jenis kandungan dan format. * Peningkatan mungkin tidak dapat diaplikasikan pada perhubungan ‘PC’ dan ‘Game Mode’.[2] Pengalaman menonton akan berbeza mengikut jenis kandungan dan format. * Peningkatan mungkin tidak dapat diaplikasikan pada perhubungan ‘PC’ dan ‘Game Mode’.[3] Pengalaman menonton akan berbeza mengikut jenis kandungan dan format. * Peningkatan mungkin tidak dapat diaplikasikan pada perhubungan ‘PC’ dan ‘Game Mode’.[4] Verifikasi UL mengesahkan tuntutan Bebas Silau atau ‘Green Flare’ dengan menilai produk terhadap piawaian ujian ‘Unified Glare Rating (UGR)’ yang ditetapkan oleh ‘International Commission on Illumination (CIE)’ dan piawaian ujian yang telah ditetapkan oleh ‘International Organization for Standardization’. *Keputusan berdasarkan ujian yang dijalankan di bawah keadaan pencahayaan dalaman.[5] Promosi adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan sementara stok masih ada. Terma dan syarat dikenakan.[6] Promosi adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan sementara stok masih ada. Terma dan syarat dikenakan.[7] Promosi adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan sementara stok masih ada. Terma dan syarat dikenakan.[8] Ketersediaan hadiah percuma adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan sementara stok masih ada. Terma dan syarat dikenakan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2025/05/samsung-memperkenalkan-skrin-ai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
U Mobile Akan Guna Gentian Tm Untuk Rangkaian 5g Kedua Generasi Baharu

U Mobile Akan Guna Gentian Tm Untuk Rangkaian 5g Kedua Generasi Baharu

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 73 hits
U Mobile kini mengumumkan pelantikan TM sebagai penyedia sambungan backhaul gentian pajakan bagi menyokong pelaksanaan rangkaian 5G Generasi Baharu di seluruh negara Perjanjian kerjasama ini bernilai RM2 4 bilion untuk tempoh 10 tahun Mener...
Amd Perkenal Gpu Rdna 4 Dua Model Baharu Untuk Dua Dunia Berbeza

Amd Perkenal Gpu Rdna 4 Dua Model Baharu Untuk Dua Dunia Berbeza

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 79 hits
AMD secara rasmi memperkenalkan dua kad grafik baharu di COMPUTEX 2025 iaitu Radeon RX 9060 XT dan Radeon AI PRO R9700 yang mana ia adalah langkah besar pertama dalam era seni bina RDNA 4 Kedua duanya membawa peningkatan ketara dari segi pr...
Whatsapp Bangunkan Ciri Baharu Untuk Reaksi Mesej

Whatsapp Bangunkan Ciri Baharu Untuk Reaksi Mesej

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 68 hits
WhatsApp kini sedang membangunkan satu ciri baharu yang membolehkan pengguna memberi reaksi pada mesej dan media menggunakan pelekat Sama seperti sebelum ini ruang reaksi masih akan memaparkan set emoji default bersama emoji yang digunakan ...
Pemilihan Kepimpinan Baharu Pkr Berlangsung Pagi Ini

Pemilihan Kepimpinan Baharu Pkr Berlangsung Pagi Ini

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 102 hits
HarapandailyMay 23 2025Kongres Nasional Keadilan PKR 2024 2025 berlangsung pagi ini bagi pemilihan kepimpinan baharu parti bagi sesi 2025 2028 Seramai 32 030 pengundi secara fizikal dan dalam talian terlibat dalam proses bagi memilih kepimp...
3 Berjaya Pertahan Naib Presiden Ramanan Muka Baharu

3 Berjaya Pertahan Naib Presiden Ramanan Muka Baharu

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 97 hits
Pertandingan itu menyaksikan kegagalan Nik Nazmi Nik Ahmad pertahan jawatan naib presiden Amirudin Shari Aminuddin Harun Chang Lih Kang dan R Ramanan mengisi empat kerusi naib presiden PKR bagi penggal 2025 2028 JOHOR BAHRU Amirudin Shari A...
Cipta Tarikan Baharu Jambatan Sungai Kuala Melaka Bertukar Wajah Sempena Lima 25

Cipta Tarikan Baharu Jambatan Sungai Kuala Melaka Bertukar Wajah Sempena Lima 25

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 90 hits
Bersempena dengan penganjuran Langkawi International Maritime dan Aerospace Exhibition 2025 Balai Seni Negara Cawangan Langkawi bersama Lembaga Pembangunan Langkawi telah merasmikan Program Pengindahan dan Keceriaan Jambatan Sungai Kuala Me
Pga Tambah Tiga Lagi Batalion Baharu Di Sabah Sarawak Saifuddin Nasution

Pga Tambah Tiga Lagi Batalion Baharu Di Sabah Sarawak Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 123 hits
Saifuddin Nasution menyempurnakan pemakaian lencana batalion baharu pada majlis peluncuran Batalion 21 PGA Keningau 22 PGA Kunak dan 23 PGA Sri Aman di PGA Briged Sabah di Kinarut Papar pada 18 Mei 2025 PAPAR 18 Mei Tiga lagi Batalion Pasuk...
Apple Dedah Ciri Aksesibiliti Baharu Dalam Ios 19

Apple Dedah Ciri Aksesibiliti Baharu Dalam Ios 19

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 90 hits
Apple kini mengumumkan pelbagai ciri aksesibiliti baharu yang akan dilancarkan lewat tahun ini melalui iOS 19 iPadOS 19 watchOS 12 macOS 16 serta visionOS 3 Label Aksesibiliti dalam App Store Apple bakal memperkenalkan satu ciri baharu di A...
Dunia Baharu Sheila Inspire

Dunia Baharu Sheila Inspire

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 80 hits
Cepat sungguh masa berlalu dari sehari ke sehari dari bulan ke bulan dari tahun ke tahun diam tak diam 4 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Saya doakan semoga pembaca blog picisan ini dapat menyambut Ramadhan dengan penuh keberkatanNya ...
Samsung Memperkenalkan Skrin Ai Generasi Baharu

The Resurgence Of Analog Horror A New Era Of Digital Fright

Can The Indian Community Expect A Fluent Tamil Speaking Minister If A Cabinet Reshuffle Happens

Lepas Setel Mahkamah Mereka Terus Akhirnya Bekas Suami Cikgu Cerita Hal Sebenar

Anda Peminat Teh Ada Bahaya Menanti

Vipmgm8 17 Vipmgm8 24 Top 89 By Violette

Housemate Ku Pocong Rumah Sewa Jalan Kebun Shah Alam

Mib555 16 Mib555 Top 15 By Gene


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecerdasan Dan Kebijaksanaan Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam

Coex Feat Mikae Yelloo Odd Chord

Asean To Act In Unison On Tariffs

Zaid Toys With Bold Rafizi As Macc Chief

Anwar Betrays Reform By Endorsing Appointments For Political Loyalty

Resep Cappuccino Gula Aren Sentuhan Lokal Yang Menggoda Lidah