Sampai Hati Cikgu Gelakkan Marah Anak Saya Hanya Kerana Bin Abdullah


Salam admin, tolong hide profil saya. Saya nak minta pendapat warga KRT.
Anak saya berbinkan Abdullah. Baru saja tadi hari pertama persekolahan. Pertama kali anak sekolah agama, darjah satu.
Selama ini sekolah rendah tak ada masalah pun. CIkgu tanya pun okay, dah tutup cerita.Tadi masa hantar ke kelas, cikgu okey, ramah saja. Dah okey, anak pun dah duduk, saya pun keluar.Dah jauh sikit, tergerak hati nak patah balik.
Cikgu panggil anak saya. “**** bin Abdullah.” Anak saya pun pergi ke arahnya. Masa itu saya menyorok di luar pintu. “Abdullah ini siapa?” soal cikgu terbabit.
Anak saya hanya mendiamkan diri. Cikgu itu bertanya lagi soalan yang sama, anak saya menggelengkan kepala. “MashaAllah, takkan awak tak kenal Abdullah siapa?” soal cikgu itu lagi.
Anak saya diam. Terus cikgu itu suruh duduk, dia cakap MashaAllah. Selepas itu dia gelak. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Saya tahu ini salah saya dengan suami, tetapi jangan buat anak saya seperti itu.
Cikgu itu marah anak saya di depan kawan-kawannya. Mahu saja saya bersuara tetapi entah, jiwa saya lemah. Rasa nak marah, nak menangis pun ada.Selepas anak saya duduk, saya melambai-lambai pada dia dan terus balik.
Kenapa ye? Ini ke balasan di atas dosa-dosa silam saya? Kadang-kadang saya rasa dunia ini tidak adil. Orang yang berxina mengandung dari 1-5 bulan tak letak bin Abdullah.
Sedangkan yang mengandung 6-9 bulan, berbinkan Abdullah. Yang dah lahirkan pula tak perlu bin Abdullah. Bukan nak cakap apa, mungkin disebabkan ini ramai yang buang bayi.
Hmm, entahlah. Tetapi saya sayang anak saya. Tak mungkin saya nak buang dia. Tetapi kenapa ada juga orang yang menghina dia seperti itu? Patut ke dia jadi cikgu agama?
Tak apalah, yang penting anak saya nak sekolah agama. Kata-kata itu cuma menyakitkan hati tetapi itu bukan bermakna saya lemah.Saya akui itu semua salah saya. Jangan salahkan anak saya, dia tak bersalah pun. Tetapi apa yang patut saya buat? Nak pindah sekolah, tak mungkin kami akan pindah lagi. Nak beritahu suami pun serba salah sebab mulut suami pedas, Takut jadi bergaduh pula nanti.
Kredit : The Reporter & KRT
Keputusan benarkan bin bapa anak luar nikah langgar syarak
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya menimbulkan polemik dan keresahan dalam kalangan umat Islam, ulama dan ahli perundangan Islam.
Ia dilihat bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang sebelum ini memutuskan anak tidak sah taraf, sama ada diikuti dengan perkahwinan ibu bapanya atau tidak, hendaklah dibin atau dibintikan dengan nama Abdullah yang bermaksud hamba Allah.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, bersependapat keputusan itu bertentangan dengan hukum syarak seperti yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Mohd Tamyes berkata, ketetapan itu diputuskan selepas mengambil kira pandangan ulama dan dalil al-Quran yang menjelaskan maksud anak tidak sah taraf, iaitu anak yang lahir kurang daripada enam bulan selepas tarikh perkahwinan.
“Ada fatwa beberapa negeri yang memutuskan anak yang dilahirkan di bawah tempoh enam bulan, boleh dinasabkan pada bapanya, atas alasan tidak mahu anak itu kelak menanggung malu.
“Hakikatnya, anak itu tidak wajar menanggung malu kerana ibu bapanya yang berdosa. Tidak mustahil selepas ini ramai anak tidak sah taraf akan membuat permohonan untuk dibin atau bintikan kepada bapa mereka.
Rujuk mahkamah syariah “Mahkamah sepatutnya memperakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri, di samping merujuk kepada mahkamah syariah dalam hal berkaitan agama Islam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bidang kuasa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 dan tidak terikat dengan fatwa.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, Ketua Pengarah JPN bertindak secara tidak rasional apabila enggan mengubah nama bapa daripada ‘Abdullah’ kepada nama sebenar bapa anak berkenaan dalam sijil kelahiran, atas dasar fatwa yang dikeluarkan.
Pandangan Mohd Tamyes itu disokong Hassan yang menegaskan, adalah berdosa jika anak tidak sah taraf itu dibin atau dibintikan pada bapanya susulan keputusan mahkamah itu.
Bagaimanapun, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, memuji keputusan itu yang seiring dengan keputusan fatwa negeri berkenaan yang membolehkan anak yang lahir kurang dari enam bulan, dibin atau dibintikan kepada bapanya.
Beliau mendakwa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu menzalimi anak terbabit dan ibu bapa mereka sepanjang hayat.
Berpandukan Mazhab Shafie Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata jika anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan pada bapanya, ia akan menimbulkan kekeliruan dan pelbagai masalah seperti ketika mahu berkahwin dan pengagihan harta pusaka.
Katanya, bapa berkenaan tidak boleh menjadi wali kepada anak tidak sah taraf dan jika ia berlaku, perkahwinan itu tidak sah.
“Jika berlaku kematian pula, bapa atau anak itu tidak layak menerima harta pusaka dan jika diberikan juga, ia dikira merampas hak orang lain.
“Saya menghormati keputusan mahkamah, namun keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Shafie,” katanya.
Katanya, ada pendapat lain membenarkan anak itu dibin atau dibintikan pada bapa, namun setiap keputusan perlu berpandukan Mazhab Shafie yang diamalkan di negara ini.
Sumber: Bharian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/sampai-hati-cikgu-gelakkan-marah-anak-saya-hanya-kerana-bin-abdullah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anak Tak Hanya Ingat Tentang Lagu Apa Yang Kau Dendangkan

Anak Anak Tak Hanya Ingat Tentang Lagu Apa Yang Kau Dendangkan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 271 hits
Anak anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan atau kisah apa yang kau ceritakan Mereka akan ingat semua yang melukakan And kids dont deserve to be hurt To many more little Balqis out there I hope you re doing fine Dan aku a...
Persembahan Nyanyian Ibu Dan Anak Ini Sangat Menyentuh Hati Dan Mempesonakan

Persembahan Nyanyian Ibu Dan Anak Ini Sangat Menyentuh Hati Dan Mempesonakan

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 346 hits
Apabila anda mendengar kumpulan muzik keluarga pasti terbayang difikiran anda imej lederhosen lagu lagu unik dan senyuman lebar Tetapi ketika seorang ibu Welsh bernama Mel memutuskan untuk turut serta dalam uji bakat Britain s Got Talent be...
Anak Banyak Akal Otaknya Aktif Tapi Buat Mak Ayah Geram Follow Tip Ini Sebelum Marah

Anak Banyak Akal Otaknya Aktif Tapi Buat Mak Ayah Geram Follow Tip Ini Sebelum Marah

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 505 hits
Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk menghadapi si kecil yang aktif dan banyak akal Perlu ingat sebelum marah pada anak adalah lebih baik beri kesempatan kepada mereka untuk menjelaskan apa yang ingin dia lakukan agar kita sebagai ibu ayah...
Sakit Hati Ibu Di Aceh Tengah Ajak Anak Membunuh Suami

Sakit Hati Ibu Di Aceh Tengah Ajak Anak Membunuh Suami

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 284 hits
Hasil pemeriksaan sementara sebutnya keempat tersangka ini membunuh karena sakit hati pada korban karena selama ini korban sering kasar pada istri
Tak Puas Hati Kena Marah Isteri Lelaki Bunuh Pekerjanya

Tak Puas Hati Kena Marah Isteri Lelaki Bunuh Pekerjanya

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 377 hits
nbsp 25 Dis 2018 nbsp nbsp Gara gara tidak berpuas hati akibat dimarahi isteri dipercayai motif seorang lelaki nekad membunuh seorang lelaki warga Bangladesh sebelum membuang mayatnya ke dalam Sungai Kinta Kampung Gajah Selasa lalu Ketua
Kongsi Gambar Ude Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Ucapan Intan Salleh Sangat Tersentuh Hati Netizen

Kongsi Gambar Ude Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak Ucapan Intan Salleh Sangat Tersentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 621 hits
Video yang dikongsi Intan Salleh sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya Ariq Muqri Muhammad Radzi mendapat perhatian ramai Menerusi video tersebut Intan memuat naik foto sekeluarga iaitu bersama bekas suami Ude Wahid dan anak sulungnya...
Doktor Kongsi Cara Jaga Gigi Anak Masa 10 Bulan Hanya Pakai Kain Lembap Tapi Kena Biasakan

Doktor Kongsi Cara Jaga Gigi Anak Masa 10 Bulan Hanya Pakai Kain Lembap Tapi Kena Biasakan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 625 hits
Penjagaan gigi anak sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa Perkongsian doktor ini boleh dijadikan panduan Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia berkongsi tentang cara penjagaan gigi yang dilakukan kepada anaknya...
Telur Dadar Halia Bukan Hanya Sedap Tapi Baik Untuk Penghidap Asma Anak Anak Pun Suka

Telur Dadar Halia Bukan Hanya Sedap Tapi Baik Untuk Penghidap Asma Anak Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 336 hits
Bagi penghidap asma selain bergantung kepada ubat ubatan seperti inhaler dan sebagainya menjaga pemakanan adalah menjadi satu keutamaan Ramai penghidap asma alah dengan bermacam jenis makanan tetapi tidak semua penghidap asma mengalami alah...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik