Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna Condor Yang Dah 40 Tahun Ni



SUDAH 90 tahun usia Tentera Darat Malaysia (TDM). Dalam tempoh hampir satu abad, banyak proses evolusi berjaya dilaksanakan. Malah, kejayaan demi kejayaan sama ada di dalam atau luar negara telah pun dicatatkan.
Banyak sejarah dan nama mereka yang berjuang juga sudah diangkat serta dijulang bagi tatapan generasi muda. Namun, sejarah tetap sejarah yang menjadi cermin pandang belakang untuk bergerak ke hadapan.
Di sebalik sejarah yang tercatat, aset juga amat penting untuk TDM mendepani peperangan era masa kini. Ambil contoh bagaimana peperangan antara Ukraine dan Russia. Aset menjadi penentu kepada kemenangan sesebuah pasukan dan bukan hanya bersandar kepada semangat atau taktikal semata-mata.
Kerajaan sudah semestinya tahu perkara ini dan buktinya jelas apabila memberi peruntukan pertahanan sejumlah RM17.7 bilion dengan RM4.1 bilion untuk pembelian aset dan penyelenggaraan dalam Belanjawan 2023. Ini sudah pasti merancakkan sektor pertahanan dan pada saat ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antara perkhidmatan yang menjadi tumpuan.
Sebab apa? Pertama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan sendiri menyatakan hasrat untuk mendapatkan kapal peronda misi pesisir (LMS) kumpulan kedua.
Selain itu, TUDM juga tidak ketinggalan apabila bakal menerima aset baharu selepas kerajaan bersetuju membeli sebanyak 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) FA-50 buatan Korea Selatan.
TARANTULA


Bagaimana pula TDM? Sebenarnya ada beberapa aset baharu yang akan diterima untuk tahun ini dan perkara tersebut telah pun ditegaskan oleh Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain. Namun daripada senarai dinyatakan, tiada apa-apa perkembangan program perolehan 136 kenderaan pembawa anggota (APC) yang pernah diumumkan oleh bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada tahun lalu

Pucuk pimpinan kini sudah berubah. Tetapi perincian untuk Belanjawan 2023 bagi sektor pertahanan masih belum diumumkan oleh Menteri Pertahanan yang baharu, Datuk Seri Mohamad Hasan. Berita yang ada hanyalah hasrat pembelian LMS dan pesawat FA-50.
Justeru, apa yang menjadi tanda tanya sekarang, adakah perolehan APC baharu untuk menggantikan Condor diteruskan? Kalau ada, adakah jumlahnya sama atau ditambah mahupun dikurangkan dan siapa calon yang bakal mengisi tempat tersebut?
Semuanya ini masih belum terjawab. Difahamkan, beberapa uji nilai terhadap model tertentu sudah pun dilaksanakan sebelum ini. Antara senarai yang disebut-sebut termasuklah PARS 4×4 buatan FNSS dari Turkiye atau Tarantula buatan syarikat tempatan, iaitu MILDEF International Technologies Sdn. Bhd.
Di peringkat mana status proses perolehan tersebut juga tidak diketahui. Mahu atau tidak, penggantian APC Condor sudah menjadi satu keperluan mendesak, lebih-lebih lagi sudah 40 tahun menabur khidmat bakti.
Kalau tiada peruntukan mencukupi sekalipun (mengambil kira situasi ekonomi semasa), mungkin TDM terpaksa menaik taraf aset lama demi memanjangkan hayat peralatan sedia ada. Kaedah ini sudah terbukti di negara luar dan Israel contoh terbaik apabila membangunkan APC Achzarit yang dahulunya kereta kebal T-55 milik Syria. Mereka berjaya membangunkan APC ini sehingga diklasifikasikan sebagai heavy APC dengan ketebalan armor 200 milimeter (mm) dan berat keseluruhan 44 tan.
Ini sudah semestinya satu pelan yang bijak dan dapat memberi manfaat kepada pengguna serta penggiat industri pertahanan. Setidak-tidaknya menjadi nilai tambah kekuatan kepada aset baharu nanti. Tidak mustahil untuk melihat kenderaan lama TDM diberi nafas baharu. Sekurang-kuranya dijadikan kenderaan sokongan atau logistik nanti.
Apa yang paling penting, kebijaksanaan semua pihak dalam mengurus sebarang perolehan atau penyelenggaraan aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/sampai-bila-tentera-darat-nak-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Madu Miera Leyana Tak Mahu Cerai Nak Pertahan Rumah Tangga Dibina 28 Tahun Lalu

Madu Miera Leyana Tak Mahu Cerai Nak Pertahan Rumah Tangga Dibina 28 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 138 hits
Meskipun rumah tangga goyah sejak dua tahun lalu madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib nbsp tidak berhasrat memfailkan perceraian terhadap suaminya Rosland Othman Menurut laporan BH Online wanita berusia 50 tahun itu m...
Nak Ajar Anak 5 6 Tahun Membaca Menulis Ibu Mesti Selalu Puji Senyum Baru Menjadi

Nak Ajar Anak 5 6 Tahun Membaca Menulis Ibu Mesti Selalu Puji Senyum Baru Menjadi

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 211 hits
Ada orang tanya anaknya 5 tahun belum kenal huruf tak minat nak belajar membaca Apa sepatutnya nak buat Menurut Speech Language Therapist Puan Ruby Atika untuk nak memastikan anak minat membaca dan cepat belajar ada kaedahnya Umur kecil ni ...
Noh Salleh Nak Fokus Kerjaya Muzik Rancang Keluar Single Dengan Hujan Tahun Ini

Noh Salleh Nak Fokus Kerjaya Muzik Rancang Keluar Single Dengan Hujan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 162 hits
Siapa tak kenal vokalis kumpulan Hujan Noh Salleh yang sememangnya menjadi idola sesetengah anak muda sekarang Walaupun tahun lalu dia mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama Mizz Nina terpaksa diakhiri...
Pengeluaran Kwsp Rakyat Nak Sekarang Bukan 15 Tahun Lagi

Pengeluaran Kwsp Rakyat Nak Sekarang Bukan 15 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 185 hits
Pengeluaran KWSP Rakyat nak sekarang bukan 15 tahun lagi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap tidak adil jika kerajaan menolak permintaan rakyat untuk menarik dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Menurut bekas Perdana Menteri permo...
Kalau Sukar Nak Pisahkan Tempat Tidur Anak Boleh Guna 22 Kaedah Ini

Kalau Sukar Nak Pisahkan Tempat Tidur Anak Boleh Guna 22 Kaedah Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 187 hits
Pisah tempat tidur anak bila sampai waktu dan usia sesuai memang menjadi salag satu tuntutan dalam ajaran agama Islam Sama ada anak lelaki mahupun perempuan perlu diasingkan tempat tidur mereka bagi mengelakkan pelbagai masalah sementelah a...
10 Tips Untuk Ibu Ayah Yang Ada Anak Tahun 1

10 Tips Untuk Ibu Ayah Yang Ada Anak Tahun 1

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 234 hits
10 Tips Untuk Ibu Ayah Yang Ada Anak Tahun 1 Hampir minggu terakhir untuk buat persiapan persekolahan Macam mana persiapan Dah siap beli baju dan buku MF rasa minggu ni minggu sibuk ni Banyak kedai akan jadi tumpuan untuk ibu bapa buat pers...
Pengambilan Besar Besaran Di Husm Tahun 2023

Pengambilan Besar Besaran Di Husm Tahun 2023

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 291 hits
Pengambilan Besar Besaran Di HUSM Tahun 2023 Kini telah dibuka permohonan jawatan kosong cara pengambilan besar besaran di Hospital Universiti Sains Malaysia bagi tahun 2023 Untuk makluman kepada anda permohonan adalah dibuka khusus kepada ...
Cerita Sri Mulyani Beli Tanah Di Depok Dicicil 30 Tahun

Cerita Sri Mulyani Beli Tanah Di Depok Dicicil 30 Tahun

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 231 hits
Harta Kekayaan Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati menjadi sorotan publik sebagai buntut terungkapnya kasus yang menimpa mantan pejabat Direktorat Jenderal Pajak Rafael Alun Trisambodo Dalam Laporan Harta Kekayaan Penyelenggara Negara to...
Bakal Jadi Kakak Ini 6 Potret Gendhis Anak Nella Kharisma Akan Menginjak 1 5 Tahun

Bakal Jadi Kakak Ini 6 Potret Gendhis Anak Nella Kharisma Akan Menginjak 1 5 Tahun

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 153 hits
Nella Kharisma sedang menikmati perannya sebagai seorang istri dan juga ibu Kebahagiaan semakin bertambah setelah Nella yang kini sedang hamil anak kedua Nella akan melahirkan anak keduanya dalam waktu dekat Gendhis yang kini akan menginjak...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza