Sampai Bila Gaji Tak Naik


SAYA meneliti satu iklan kerja yang kawan saya berikan dalam group WhatsApp baru-baru ini. – Diperlukan seorang runner yang juga menjadi penjaga stor dan ada kenderaan sendiri. Bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Gaji RM1,300! Dalam hati saya nak makan apa ini gaji kecil macam itu? Tapi disuruh buat dua kerja.
“Siapa ada kawan-kawan atau anak kawan-kawan atau saudara mara habaq kat aku,” kata kawan saya itu dalam group tersebut

Saya balas – “ Tak naklah. Gaji sikit. Suruh buat macam-macam. Up sikitlah gaji. Ingat ini zaman 70-an. Barang semua murah?”
Kata kawan saya itu, banyak syarikat baru hendak bernafas semula untuk pulih selepas menjalani tempoh PKP yang lama. Kalau beri gaji tinggi macam mana syarikat nak hidup

Menurutnya lagi, bersyukurlah kalau ada kerja pada waktu ini walaupun gaji sedikit. Ramai menganggur

Saya bergurau – “Kalau tak nak keluar duit lebih, buat sendirilah semua kerja itu. Lagi jimat banyak. Tak payah bayar gaji pekerja.”
Perbualan berhenti setakat itu. Tapi bukan bermakna kami ‘sentap’. Beberapa hari selepas itu, dia menghubungi saya dan kami minum di Seksyen 9, Shah Alam. Kami berborak macam biasa. Saya kira dia sudah lupa cerita pasal gaji RM1,300 itu

Tapi dia mengingatkan saya semula tentang itu dan katanya dia sudah naikkan gaji tersebut kepada RM1,500

“ Masih sedikitlah. Dah kaya pun ‘kedekut pahit’ hang ini,” kata saya dan kami ketawa.
Iyalah, kalau kita hendak beli tiga barang – beras, minyak masak dan telur di pasar raya, bawa RM50 pun tak cukup. Gaji RM1,300, agak-agaklah macam mana mahu hidup? Sedangkan kena bayar sewa bilik atau rumah, bil utiliti, duit makan dan minyak motor. Lainlah duduk dengan ibu bapa

Dan baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan memberitahu, kerajaan dijangka melaksanakan gaji minimum baru selewat-lewatnya hujung tahun ini. Bagaimanapun, jumlahnya masih belum ditetapkan dan perlu mendapat persetujuan jemaah menteri

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020

Saravanan mengakui, Malaysia sebenarnya agak terlambat memutuskan tentang penetapan gaji minimum itu kerana kena menjalankan kajian terlebih dahulu dan beliau berharap ia akan dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini

Sebelum itu pula, Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, situasi sekarang bukan masa sesuai untuk meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan cadangan pelaksanaan gaji minimum baharu iaitu RM1,500 akan menjejaskan pemulihan ekonomi

Menurutnya, majoriti perniagaan Malaysia tidak bersedia dan tidak dapat melaksanakan cadangan gaji minimum baharu itu kerana mereka belum mencapai kestabilan ekoran kejutan ekonomi akibat Covid-19 dan kesan buruk banjir besar

Iyalah, kalau kita minta pendapat MEF, sampai bila pun gaji minimum pekerja tak boleh naik. Memanjang saja cakap masa tak sesuai. Sebelum pandemik Covid-19 pun ada saja alasan lain.
Kerja kena keras, rajin dan berdedikasi tapi bab bayar gaji, ikut keadaan semasa pula. Cubalah hidup dengan gaji RM1,200 itu. Barulah boleh sembang. Kalau gaji naik, tentu pekerja lebih bersemangat untuk bekerja

Hakikatnya keadaan semasa sekarang ini menyaksikan peningkatan harga barangan yang bukan sedikit. Kos sara hidup naik sudah lama. Ini bukannya isu baru dan dibuat-buat. Tetapi itulah, gaji kebanyakannya masih di takuk lama

Kalau tak boleh naikkan gaji, selesaikanlah isu kenaikan harga barang, kawallah harga rumah dan janganlah membenarkan sebarang caj perkhidmatan yang tak perlu seperti RM1 bagi pengeluaran wang di mesin ATM misalnya

Negara ini ada macam-macam pakar dan penganalisis, termasuk ekonomi. Tetapi bila cakap pasal kos sara hidup dan gaji orang bawahan memanjang cakap pasal rugi dan pemulihan. Banyak negara sudah jadi negara berpendapatan tinggi, kita ini mahu naik gaji minimum seratus dua pun terkial-kial buat kajian

Oleh: FAUZIAH AROF

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/sampai-bila-gaji-tak-naik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid Makin Hari Makin Naik Jaga Sop Jaga Diri Dan Doa Yag Baik Baik Sahaja

Kes Covid Makin Hari Makin Naik Jaga Sop Jaga Diri Dan Doa Yag Baik Baik Sahaja

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 212 hits
hai assalammualaikumKes Covid Makin Hari Makin Naik Jaga SOP Jaga Diri Dan Doa Yang Baik Baik Bila tengok angka covid macam tak percaya pun ada tapi kena percaya juga Dia macam tiba tiba naik kes covid ni macam tahun tahun sebelum ni Kes na...
Jangkitan Harian Covid Naik 10 000 Sehari Masalah Buat Pilihan Raya

Jangkitan Harian Covid Naik 10 000 Sehari Masalah Buat Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 225 hits
Jangkitan harian Covid 19 varian Omicron yang mendadak sehingga 10 000 sehari menumbulkan kegusaran untuk meneruskan Pilihan Raya Negeri Johor Bagi Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim hal tersebut perlu dipersalahkan kepada k...
Pengembangan Digitalisasi Pendapatan Bank Bjb Di 2021 Naik Signifikan

Pengembangan Digitalisasi Pendapatan Bank Bjb Di 2021 Naik Signifikan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 139 hits
Direktur Utama PT Bank Pembangunan Daerah Jawa Barat dan Banten Tbk menyatakan sepanjang 2021 ekosistem digital bank bjb terus tumbuh dan semakin luas sehingga berdampak pada pendapatan fee based income yang naik signifikan
Konsep Wakaf Mampu Atasi Masalah Lintah Darat Naik Harga Barang

Konsep Wakaf Mampu Atasi Masalah Lintah Darat Naik Harga Barang

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 176 hits
Isu kenaikan harga barang bukanlah perkara baharu namun ia memerlukan penyelesaian tuntas agar rakyat yang ketika ini berdepan lonjakan kes COVID 19 tidak tertekan disebabkan peningkatan kos sara hidup Justeru penganalisis syariah Ustaz Moh...
Kasus Covid 19 Naik 500 Persen Plt Gubernur Sulsel Perintahkan Siaga

Kasus Covid 19 Naik 500 Persen Plt Gubernur Sulsel Perintahkan Siaga

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 169 hits
Daerah perlu siap siaga dan pengetatan protokol kesehatan pada kegiatan masyarakat untuk pengendalian penyebaran Covid 19
Tujuh Dua Naik Satu Lagi

Tujuh Dua Naik Satu Lagi

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 358 hits
Sekali lagi tarikh tujuh dua muncul Maka naik satu lagi anak tangga umur seorang Azhafizah ni Happy birthday to me 7 Februari 2022 jatuh pada hari Isnin bersamaan dengan 6 Rejab 1443H Dah macam nak umumkan raya pulak dah Bau bau tak dapat r...
Kasus Covid 19 Naik Seluruh Rumah Sakit Di Garut Harus Siapkan Tempat Isolasi

Kasus Covid 19 Naik Seluruh Rumah Sakit Di Garut Harus Siapkan Tempat Isolasi

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 182 hits
Selain itu Pemerintah Kabupaten Garut sudah mengaktifkan kembali dua tempat isolasi terpusat yaitu Islamic center dan rusunawa
Lambatnya Untuk Updates Bila Kes Mencanak Naik

Lambatnya Untuk Updates Bila Kes Mencanak Naik

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 205 hits
LIYANA MARZUKIRamai yang tak sedar semalam kes positif sudah capai lebih 17k kes Kalau dulu masa zaman Adham Baba tiap hari dibahan kalau kes naik Paling lambat pukul 6 kita dapat hebahan jumlah kes dan kematian Semua ini dari FB KKM Sejak ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It