Sampai Bila Berenang Dengan Buaya


BEKAS atlet renang negara, Cindy Ong, 37, baru-baru ini menggemparkan industri sukan tanah air apabila mendedahkan dia seperti berenang dengan ‘buaya’ ekoran gangguan seksual yang dialaminya sejak sekian lama yang dikatakan turut melibatkan sukan gimnastik dan akuatik.

Dalam satu kejadian di luar negara ketika dia masih seorang remaja yang naif, Cindy berkata, seorang jurulatih menyentuh payudaranya dan kemudian diberitahu individu sama melakukan serangan seksual terhadap sekurang-kurangnya 10 atlet.

Namun, perkara seperti itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam sukan tanah air. Saya masih ingat lagi seawal 2013, kita digemparkan dengan isu rogol di perkampungan sukan ketika Sukan Malaysia (Sukma).

Kemudian pada 2017, seorang penerjun negara juga pernah melaporkan isu gangguan seksual yang dilakukan oleh jurulatih terhadap dirinya.

Saya pada 18 Mei lalu dalam Forum Utusan Malaysia bertajuk Adakah Pandelela ‘minta tolong’? turut menyentuh isu sama kerana penerjun negara yang memenangi pingat emas dalam satu acara Piala Dunia Terjun FINA 2021, Pandelela Rinong turut memberi bayangan menerusi ciapan dalamTwitter, kejadian sama terjadi dalam sukan terjun.

Menteri Belia dan Sukan ketika kejadian sebelum ini ialah Khairy Jamaluddin. Walaupun ada tindakan yang diambil, namun peristiwa itu terus-terusan berlaku.

Sewajarnya penjawat jawatan itu sekarang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun supaya membentangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual dengan segera.

RUU itu penting bagi melindungi para wanita di luar sana termasuklah golongan atlet yang terkesan dengan isu ini.

Sukan sepatutnya menjadi tempat selamat buat para atlet, namun hari ini kita menyaksikan hakikat sebenar sisi hitam sistem sukan negara yang masih melindungi pesalah.

Walaupun Reezal Merican dan timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal cuba membantu Cindy, namun tiada tindakan tegas diambil. Jika benar mereka serius ingin melindungi atlet negara, mereka seharusnya mendesak RUU Gangguan Seksual dibahaskan di Parlimen.

Pada Februari lalu, Rina menjelaskan, draf RUU itu pada ‘tahap akhir’ dan akan dibentangkan di Parlimen apabila bersidang pada Ogos nanti. Namun, dengan kes dan kematian Covid-19 yang terus meningkat, tiada kepastian sampai bila Parlimen akan ditutup.

Semua orang boleh mengambil inisiatif bersifat jangka pendek bagi membantu Cindy dari sudut bantuan guaman tetapi tugas ahli politik yang berbentuk legislatif ini adalah dalam bentuk jangka panjang.

Dalam pada itu, sudah tiba masanya atlet profesional bersuara apa yang tidak kena dengan sistem sukan negara.

Saya yakin ramai lagi menjadi mangsa tetapi tidak bersuara kerana takut elaun mereka ditarik dan kedudukan dalam skuad negara terancam walaupun mereka berbakat besar.

Visi Sukan Negara 2030 yang dilancarkan oleh Reezal Merican perlu menerapkan elemen hak bersuara atlet.

Jika benar Reezal Merican serius untuk membantu atlet seperti Cindy, beliau seharusnya mendesak RUU Gangguan Seksual dibahas segera, bukan sekadar mengambil aduan sahaja.

Oleh: YUSLAINI AZMI
          Ketua Wanita Muda AMK Terengganu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/sampai-bila-berenang-dengan-buaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berenang Bengan Buaya Atlet Imbau Gangguan Seksual Jurulatih

Berenang Bengan Buaya Atlet Imbau Gangguan Seksual Jurulatih

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 354 hits
Atlet renang dan ibu kepada tiga orang anak Cindy Ong sebelum ini pernah tampil dalam laporan Harian Metro dengan bergambar bersama pingat pingat yang dimenanginya Namun komen komen daripada pembaca yang memfokuskan kepada bentuk tubuh bada...
Gegejanji Gunai Boya Legenda Perjanjian Orang Sungai Dengan Raja Buaya Di Sabah

Gegejanji Gunai Boya Legenda Perjanjian Orang Sungai Dengan Raja Buaya Di Sabah

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 377 hits
Oleh Jika anda orang Sabah terutama yang tinggal berdekatan dengan Sungai Kinabatangan pernahkah anda mendengar satu kisah legenda tentang perjanjian manusia dan buaya Di Sabah terdapat kisah yang berlegar di kalangan penduduk setempat meng...
Tedia Lelaki Tunggang Buaya Seperti Papan Luncur Cetus Kemarahan

Tedia Lelaki Tunggang Buaya Seperti Papan Luncur Cetus Kemarahan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 350 hits
Foto seorang lelaki menunggang seekor buaya menjadi tular SEORANG lelaki mencetuskan kemarahan orang ramai selepas tular gambarnya menunggang seekor buaya seperti papan luncur di sebatang sungai di Australia Foto tersebut menunjukkan lelaki...
Disambar Buaya Semasa Lepaskan Jala Tersangkut

Disambar Buaya Semasa Lepaskan Jala Tersangkut

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 224 hits
DISAMBAR BUAYA SEMASA LEPASKAN JALA TERSANGKUT SAMARAHAN Seorang lelaki hilang dipercayai disambar buaya ketika menyelam untuk melepaskan jala yang tersangkut di dasar sungai di Kampung Naie Lama di sini hari ini Sebelum kejadian kira kira ...
Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park

Pertunjukan Bahaya Bermain Dengan Buaya Di Namuang Safari Park

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 271 hits
Koh Samui bukan sahaja terkenal dengan pulau yang cantik pantai yang memutih serta air laut yang membiru tetapi juga terkenal dengan aktiviti pelancongan lain yang boleh tetamu negara Thailand ini terokai dari dasar laut hingga ke puncak bu...
Video Bawa Sajam Preman Dadang Buaya Ngamuk Di Markas Tni

Video Bawa Sajam Preman Dadang Buaya Ngamuk Di Markas Tni

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 421 hits
Setelah Dandim berkoordinasi dengan Kapolres Garut Dadang bersama satu rekannya ditangkap di rumahnya
Buaya Mangsa Kambing Di Indragiri Hilir Diduga Akibat Bangkai Ayam Dibuang Ke Sungai

Buaya Mangsa Kambing Di Indragiri Hilir Diduga Akibat Bangkai Ayam Dibuang Ke Sungai

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 218 hits
Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam Riau kini sedang memitigasi konflik buaya muara yang memangsa kambing milik warga di Desa Mumpa Tempuling Kabupaten Indragiri Hilir setelah mendapatkan laporan dari masyarakat setempat
Kaki Kakek Isal Robek Usai Disambar Buaya Saat Berwudhu Di Sungai Mentaya

Kaki Kakek Isal Robek Usai Disambar Buaya Saat Berwudhu Di Sungai Mentaya

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 197 hits
Saat dia mulai berwudu dari dalam air muncul seekor buaya yang langsung menyambar kaki kirinya Korban berusaha melepaskan diri dari gigitan satwa buas itu
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy