Gegejanji Gunai Boya Legenda Perjanjian Orang Sungai Dengan Raja Buaya Di Sabah


Oleh Mastika
Jika anda orang Sabah terutama yang tinggal berdekatan dengan Sungai Kinabatangan, pernahkah anda mendengar satu kisah legenda tentang perjanjian manusia dan buaya?
Di Sabah, terdapat kisah yang berlegar di kalangan penduduk setempat mengenai sebuah perjanjian lama yang dikenali sebagai ‘Gegejanji Gunai Boya’ mengikut bahasa Orang Sungai.
Kandungan dalam perjanjian itu ringkas. Sesiapa yang berketurunan daripada masyarakat etnik Orang Sungai yang tinggal di sepanjang sungai Kinabatangan atau di lain-lain tempat tidak boleh diganggu dan dibaham oleh sang bedal.
Orang Sungai yang tinggal di sepanjang Sungai Kinabatangan tidak boleh diganggu sang buaya. Kurang jelas sejak bila kisah perjanjian ini bermula. Meskipun begitu, perjanjian ini tidak seratus peratus dipegang sebagai kepercayaan pada hari ini, namun ia tetap menjadi satu khazanah bernilai kisah nenek moyang Orang Sungai yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi lain.
Berdasarkan cerita lisan daripada warga emas tempatan, ‘Gegejanji Gunai Boya’ atau perjanjian buaya merupakan peristiwa yang berlaku di dalam masyarakat etnik Orang Sungai. Kepercayaan ini masih terus dipegang oleh mereka yang sudah lanjut usia.
Menurut seorang warga emas bernama Mak Andam, perjanjian ini dipercayai bermula di antara seekor raja buaya yang digelar Aki Turonggari dengan seorang wanita tua yang lebih dikenali sebagai dukun Aduk Sibulig-buliq.
Mengikut inti pati perjanjian itu, selagi pantang larang seperti mandi, membasuh pakaian atau mencari rezeki di sekitar sungai dipatuhi oleh anak cucu Aduk Sibulig-buliq, maka selagi itulah keturunan Aki Turonggari akan mematuhi perjanjian tersebut.
Menurut Mak Andam, orang-orang tua percaya perjanjian itu bukan sekadar mitos atau legenda tetapi ia benar-benar berlaku. Ia adalah kisah zaman dahulu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Kisah perjanjian ini dikatakan memberi kesan kepada kehidupan seharian Orang Sungai. Jadi tidak hairanlah jika ramai generasi dulu kala mempercayainya.
Malah jika ditanya kepada generasi tua di kalangan Orang Sungai, ramai di antara mereka mengakui, sepanjang mereka hidup, belum pernah lagi ada generasi mereka yang dibaham buaya.
Orang Sungai di sekitar Sungai Kinabatangan terutama warga emas masih percaya dengan perjanjian itu. Selain Mak Andam, kisah perjanjian tersebut turut dikongsi oleh lima orang nelayan dari kampung Sukau yang mengakui, kesemua mereka tidak pernah diganggu buaya ketika menangkap ikan di sungai ini.
Meskipun begitu, mereka tetap mengamalkan langkah berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan setiap kali turun ke sungai untuk menangkap ikan. Sepanjang menjadi nelayan, para nelayan ini pernah bertemu dengan buaya, tapi tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Salah seorang daripada mereka bernama Riduan menceritakan, dia pernah dihampiri buaya sepanjang 15 kaki di hujung perahunya. Ketika itu, dia sedang mengangkat bubu udang galah yang dipasangnya. Ketika itu, dia hanya mampu berdoa kepada Allah saja. Mujurlah buaya yang timbul itu kemudiannya perlahan-lahan tenggelam ke dasar sungai.
Namun demikian, bukan tidak pernah buaya menyambar manusia di tebing sungai sebagai santapannya. Pernah berlaku dahulu seorang pekerja ladang di sebuah syarikat perladangan kelapa sawit menjadi habuan buaya. Pekerja lelaki warga Indonesia berusia awal 20-an itu dikatakan sedang menjala ikan di hulu Sungai Kinabatangan hingga lewat petang.
Tanpa mengendahkan papan tanda yang melarang kegiatan memancing atau menjala di kawasan berkenaan, pekerja terbabit dan rakannya terus melangkah masuk ke dalam sungai hingga ke paras pinggang.
Malang tidak berbau, kehadiran mereka telah dihidu oleh seekor buaya yang membaham salah seorang daripada mereka dalam sekelip mata. Disebut bahawa yang selalu menjadi mangsa dibaham buaya adalah orang luar, bukan Orang Sungai.
Antara realiti dengan ilusi, perjanjian buaya ini mungkin ada rahsia di sebaliknya. Ketika masyarakat etnik Orang Sungai dan anak cucu Aduk Sibulig-bulig masih berpegang teguh kepada pantang larang ketika mencuci pakaian atau mandi atau mencari rezeki di sungai, anak cucu sang bedal Aki Turonggari pula tidak pernah lupa akan syarat yang dijanjikan oleh raja mereka.
Yang pasti, masyarakat etnik Orang Sungai di Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama atau di mana saja di Sabah tetap tabah meneruskan kehidupan di tebing sungai. Meskipun masih berpegang pada janji itu, mereka cukup pasti buaya bukanlah penghuni sungai yang boleh diberikan kepercayaan sebagai teman.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/gegejanji-gunai-boya-legenda-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Floods Claim First Victim

Sabah Floods Claim First Victim

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 234 hits
A house in Tenom near Beaufort hit hard by floods BEAUFORT The floods in Sabah claimed its first victim today after a man was found drowned in Kampung Mantao near here The incident happened about 10am when Fairol Jisirun 21 slipped while pu...
Act Now To Prevent Sabah Floods Becoming Annual Affair Urges Mp

Act Now To Prevent Sabah Floods Becoming Annual Affair Urges Mp

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 256 hits
Tawau MP Christina Liew has called on the Sabah government and relevant departments to seriously look into the issue of perennial floods plaguing residents of Beaufort The PKR lawmaker said it s a decades long problem that had jeopardised t...
Why Is Sabah Not In Az Vaccine Drive Ask Dap Leaders

Why Is Sabah Not In Az Vaccine Drive Ask Dap Leaders

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 251 hits
Luyang assemblyman Phoong Jin Zhe and Sandakan MP Vivian Wong are urging the state government to push for the AstraZeneca vaccine rollout to be extended to Sabah KOTA KINABALU Two Sabah DAP leaders have taken the government to task for not ...
Nazirul Naim Sah Ke Sabah Perak Fc Ibarat Kapal Tenggelam

Nazirul Naim Sah Ke Sabah Perak Fc Ibarat Kapal Tenggelam

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 230 hits
Nazirul Naim menjadi pemain terbaru yang angkat kaki meninggalkan Perak FC selepas kemelut kegagalan pembayaran gaji melanda pasukan itu pada musim ini Sebelum Nazirul pemain lain yang turut mengambil langkah sama sebelum ini adalah Shahrul...
Sabah Fc Berminat Mendapatkan Khidmat Nicholas Swirad

Sabah Fc Berminat Mendapatkan Khidmat Nicholas Swirad

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 293 hits
Pemain Kelahiran Manchester di intai Sabah FC Sabah FC berminat mendapatkan khidmat Nicholas Swirad Sabah FC berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berdarah campuran Malaysia England iaitu Nicholas Swirad selepas beliau tidak dapat berak...
It S Business As Usual In Sabah As Rmco Rules Stay

It S Business As Usual In Sabah As Rmco Rules Stay

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 278 hits
Aside from the closure of night markets all other businesses have been allowed to operate from 6am to midnight in Sabah KOTA KINABALU Businesses in the peninsula may be operating under stricter rules now but Sabah will maintain its SOPs und...
Emco In Several Areas In Sabah Johor Kl From May 23

Emco In Several Areas In Sabah Johor Kl From May 23

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 310 hits
The enhanced movement control order will be imposed in several localities in Sabah Johor and Kuala Lumpur from May 23 until June 5 Senior minister Ismail Sabri Yaakob said the EMCO would be enforced at Kampung Pagar Sungai Imam Tawau worker...
Floods Worsen In Sabah Sarawak With 5 148 Evacuees

Floods Worsen In Sabah Sarawak With 5 148 Evacuees

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 232 hits
There are now 35 flood relief centres in Sabah and seven in Sarawak KUALA LUMPUR The situation in flood hit areas in Sarawak and Sabah worsened this morning forcing 5 148 victims from the two states to be evacuated In Sabah the number of ev...
16 Lokaliti Sabah Sarawak Pahang Dikenakan Pkpd

16 Lokaliti Sabah Sarawak Pahang Dikenakan Pkpd

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 252 hits
Oleh AMREE AHMAD PUTRAJAYA Sebanyak 16 lokaliti di Sabah Sarawak dan Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara serentak selama 14 hari bermula lusa susulan peningkatan kes Covid 19 yang amat ketara dalam masa s...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera