Sambutan Hari Raya 2022 Selepas Pandemik Covid 19
Sambutan Hari Raya 2022 Selepas Pandemik Covid-19. Alhamdulillah, raya aidilfitri tahun 2022 dapat disambut dengan meriah di seluruh negara, dengan gambaran situasi jammed di kebanyakan lebuhraya di Malaysia. Duit mesin ATM pun habis stok, kedai perabut pun kena serbu sanpaikan replika pameran perabut orang beli! Memang raya habis la tahun 2022 ni, selepas kita tidak dibenarkan berziarah raya pada tahun 2020 dan 2021 yang lalu.
Hari raya 2022, hari raya pertama kami meraikan di rumah keluarga suami, makan-makan dan makan lagi. Hehe.. tak sempat keluar berjalan sebab terlalu ramai orang yang datang beraya. Anggaran ada 500 orang kut yang beraya sebab emak mertua adalah anak sulung. Jadi, adik beradik cucu cicit dan sepupu sepapat semua datang mengunjungi
Hari raya ke 2, barulah balik ke rumah sebelah saya, dan berkumpul bersama ahli keluarga sendiri. Di sinilah aktiviti masak memasak dan berziarah agak bebas dilakukan kerana tak berapa ramai tetamu yang datang
Antara menu yang kami masak bersama-sama selain menu hari raya adalah asam pedas ikan tangkapan memancing, nasi lemak puyuh goreng berempah, steambot oden, bergedil kentang, sup tulang kambing, laksa penang, kocktail longan dengan kelapa laut dan banyak lagi
Sambutan Hari Raya 2022 Selepas Pandemik Covid-19
Bagi keluarga besar kami, alhamdulillah.. pada hari raya ke 3 semuanya dapat berkumpul 7 sekeluarga. Dan tentunya, dalam beramai-ramai berkumpul, aktiviti makan dan memasak yang paling meriah. Semua benda nak dimasak.. macam-macam la. Request paling banyak di pagi hari adalah sarapan jemput-jemput. Sebab apa? Semua warung atau kedai makan masih tutup, so kita orang gasak buat nasi goreng dan jemput-jemput berulang-ulang. Haha..
Gambar 1 - secara ringkasnya menu-menu yang sempat tertangkap kamera sebelum habis di "baham" perut kami semua
Gambar 2 - laksa penang kita dilayan bersama cucur. Sedapnya masyaAllah.. tak tau pulak kalau orang penang ramai yang makan laksa dengan cucur
Gambar 3 - Air longan dengan kelapa laut. Layan sewaktu hari raya ke 3 yang amat panas terik. Alhamdulillah.. segar bugar semuanya
Gambar 4 - Makan malam dengan menu steambot. Dah penat sangat makan menu berlemak dan bergoreng, kita layan steambot, tak sempat sejuk dah langsai.
Lemang tu pula hasil tangan adik bongsu dan anak-anak sedara. Buatnya ikut cara di youtube. Memang jadi sebijik. Rasa pun sedap lembut dan berlemak. Hehe.
Gambar 5 - Pemandangan depan rumah yang serba hijau dan sederhana
Gambar 6 - Hari raya ke 4, jalan-jalan berziarah dan singgah makan di restoran mamak. Dah itu je yang bukak. Kita makan roti puri dan Nan cheese dengan kuah kambing
Dalam berseronok dan bergelak ketawa, jangan lah dilupa pada orang yang susah atau ahli keluarga yang telah tiada. Bersederhana lah dalam meraikannya
Seikhlas Aidilfitri 2022
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2022/05/sambutan-hari-raya-2022-selepas.html