Sambutan Ambang Tahun Baru 2020
SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2020 | Lambat bersiaran setelah 7 hari masuk tahun baru 2020.. Apa khabar semua pembaca blog ini? Semoga dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan sentiasa.. Actually malam tahun baru lepas saya ke AEON Mall Nilai.. Nothing special pun cerita ni.. Al-maklum, cuti 5 hari menghabiskan cuti tahun tapi takde plan so mereput sahaja di rumah. Maka malam itu tiba-tiba teringin makan di Seoul Garden, tempat makan kegemaranlah katakan..
AEON Mall NilaiSebenarnya kalau ikut rasa di hati malas nak keluar di malam sambutan tahun baru.. Mind set ni mesti fikir akan jem dan banyak roadblock sana sini kann.. Tapi gigih jugak keluar lepas solat Maghrib, semata-mata dinner sahaja..
Seoul Garden, AEON Mall NilaiKesudahannya makan juga di Seoul Garden sebab tekak mengada nak makan sup dan seafood unlimited! Beraturlah jugak, ramai students dan family makan beramai-ramai di situ.. Mujur masih ada lagi tempat untuk kami bertiga, di satu sudut private dan exclusive, hehehe..
Pengunjung Seoul GardenSeperti kebiasaan, saya akan ambil segala macam seafood, daging dan makanan frozen untuk reneh dalam sup tomyam kimchi dan sebahagian lagi untuk grill.
Cerita makan di Seoul Garden ni takde la hebat mana pun sebab pernah diceritakan dalam post sebelum ni.
Related post : Seoul Garden Restaurant tempat makan pilihan
Frozen foods
Yee mee and shiitake mushroom
Pilihan lain seperti sayur, yee mee dan pelbagai jenis cendawan di samping makanan yang sudah siap dimasak..
Menu hasil tangkapan malam itu Dalam banyak hidangan lauk-pauk saya suka sotong.. Saya akan grill banyak-banyak sampai puas makan..
Sotong and lala
Keistimewaan outlet Seoul Garden di AEON Nilai ni ialah jenis pemanggang yang digunakan.. Langsung tak keluar asap berkepul-kepul.. Kalau tidak semua kain baju bau asap macamlah dia sorang sahaja mampu makan kat Seoul Garden, hehehe..
Ayam dan daging panggang
Mulalah grill and grill sampai masak.. Sedikit pesanan bila makan di buffet seperti Seoul Garden, makanlah sampai puas baru ambil lauk atau makanan lain.. Jangan sampai membazir.. Yer laa tahu korang bayar mahal tapi tak perlu sampai berlebih-lebih lauk tak habis makan..
Ingat mungkin kali ni kita mampu makan di tempat begitu, bila perangai membazir macam tu tiba-tiba sampai satu masa Tuhan tarik rezeki atau nikmat kita, masa tu menyesal tak guna.. So fikirlah sendiri ya..
Plain top yam soup
Sambung lagi, pot sup ada 2 jenis manakala tempat grill di tengah-tengah.. So tak perlu berebut atau bergaduh, sorang satu pot, hehehe.
Seafood grill
Makan sedia masak
Tomyam kimchi soup
Sos
Penutup
Syukur, bersih kitaorang makan.. Langsung tak membazir sebab kitaorang ambil bila perlu sahaja dan anggaran cukup makan.
Sebagai penutup, desserts iaitu cocktail dan ice cream..
Cocktail
Ice creamBegitulah cerita dinner di hujung tahun 2019 menjelang ambang tahun baru 2020.. Apa pula aktiviti anda menjelang tahun baru? Share sikit please.. Okay setakat ini sahaja yang ingin saya sampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,
Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ladyinredplanner.blogspot.com/2020/01/sambutan-ambang-tahun-baru-2020.html