Sambut Hari Jadi Ilham Restoran Abbu Bakar
Assalamualaikum WBT

SEMALAM, kami tumpang rezeki Ilham sambut hari jadi yang ke 20, di Restoran Abbu Bakar, Tampoi. Beberapa tahun lepas, Sk pernah bawa pembaca ke sini, ingat tak? Kalau tak ingat, bolehlah klik link di bawah:
MAKAN IKAN BAKAR DAN SOTONG BAKAR DI ABBU BAKAR
Sejak dari itu, kami tak pernah lagi makan di sini bukan pasal tak sedap tapi tak menepati citarasa PI yang old skul. Jadi, teruja jugaklah bila Angah ajak makan di sini. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, hihihi.

Sk sampai lambat sikit sebab PI out station ke Desaru. Mujurlah Cik Ani snap pic menu ni untuk rujukan pembaca yang ada plan nak makan di Abbu Bakar ni. Nampaknya berlaku perubahan harga di Abbu Bakar, dah hampir 4 tahun kan, memang banyak yang tak sama dah berbanding masa Sk datang dulu. Disebabkan kami seramai 10 orang yang kuat makan, Angah pesan Set Meriah (5pax) dan Set Idaman (7pax), biar masing-masing kenyang. Tak cukup korum sebab Cikwa di KL, Along di Melaka dan Iman pulak ada urusan kelab studio di UMT, Kuala Terengganu

Siakap Citarasa. Sosnya tu diasingkan, dah nak makan kita curah sendiri

Otak-otak bakar dalam daun kelapa ni memang trademark orang Johor. Tak silap ada seseorang pernah tanya Sk, apa beza otak-otak dan pepes. Jawapannya, otak-otak dibuat dari isi ikan dan pepes dibuat dari isi ayam

Tomyam Ombak. Sedap tomyam dia, ada udang, sotong dan isi ikan sesuai dengan namanya ombak yang menggambarkan lautan

Udang, tak pasti nama sebenar masakan udang ni

Terung Sambal, yang ni bagi Sk sambal dia agak pekat manis macam sambal tumis

Ayam Lemak Bara, pekat santannya

Ikan Siakap Kenangan Selatan. Sos dia tu macam sambal campur kicap

Sotong Bakar AB yang dibakar secara bakar berempah.

Ikan Siakap Bakar AB. Yang ni juga dimasak secara bakar berempah.

Nasi putih dalam bekas antik.

Laju staf AB hantar hidangan, satu-persatu diletakkan terasa dirimu begitu berharga, hahaha

Pandai juga staf AB ambilkan gambar kami

Sirap Limau Ais dia wangi dan menyegarkan. Bila kita sedut tu rasa nak sedut lagi.. nak sedut lagi, hahahahaha
Sporting la staf-staf AB ni

Sk belikan kek dari Oh My Cakes dan ada orang bayarkan pulak, rezeki Ilham. Selamat duhet bonda, hahahah

Aiskrim dihidangkan selepas selesai makan. Ada tiga perisa iaitu vanila, strawberry dan coklat dengan topping choc rice. Bila dia letak dalam bekas macam ni, aiskrim tu lambat cair dan cool aje

SANAH HELWAH
Mohd Nor Ilham Ilyas
BARAKALLAH FII UMRIK
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usahamu. Hidup bahagia dan selamat selamanya.
أمين يا رب العالمي
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/05/sambut-hari-jadi-ilham-restoran-abbu.html