Gara Gara Perancang Tidak Bersesuaian 34 Hari Turun Darah


Bayangkan turun darah dari hari 44 berpantang iaitu bertarikh 24 Januari 2025. Ku sangkakan ianya darah period, rupa-rupanya bukan. Sebab semakin berlarutan sehingga Ramadan ke-6 1446H / 2025M bersamaan 6 Mac 2025. Ya ampun, kalau tidak penat mungkin saya tidak akan serah diri ke klinik agaknya. Tunggu sehingga darah berhenti sendiri.
Allahuakbar! sehingga lah satu hari saya tidak larat lagi ketika berpuasa. Saya cakap pada suami, tidak larat sangat-sangat. Penat! rasa macam nak mati pun ada dah. Disebabkan saya sibuk pada awal bulan, maka saya ke klinik berbayar yang biasa pergi.
Doktor ambil bacaan darah, check bacaan oksigen dan tekanan darah. Semuanya ok! tapi, dalam scan tu tidak cantik. Ada bengkak pada rahim saya. Doktor cakap, kemungkinannya adalah Fibroid! dalam kepala terus fikir, aku minum kerap kopi ke jadi gitu? terus dalam kepala ni macam pita wayang mainkan moment-moment saya order air kopi dari Zuss Coffee, TeaLive. Dan saya insaf pada hari tersebut! terus suami buat appointment di MySejahtera bagi pihak saya.
Temujanji melalui MySejahtera di Klinik KesihatanRawatan di Klinik KesihatanPlanning doktorKeadaan saya sewaktu turun darah 34 hariBerkat Jumaat Temujanji melalui MySejahtera di Klinik Kesihatan Mujur sangat, ada kekosongan temujanji pada hari tersebut. Jam 10 pagi, saya bergegas ke Klinik Kesihatan berdekatan rumah iaitu Poliklinik Kesihatan Beserah. Siap daftar di kaunter, terus ke bahagian pesakit luar. Semua ruangan penuh dengan umat manusia dari pelbagai umur, jantina dan kaum yang ingin mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan ( KK ).
Mahu atau tidak, kena sanggup beratur dan menunggu giliran dipanggil oleh doktor. Tidak ingat berapa lama tempoh menunggu, apa yang pasti siap urusan pada jam 1.30 tengah hari.
Rawatan di Klinik Kesihatan Setelah nama dipanggil, saya masuk ke bilik yang ambil darah. Urat saya jenis halus, jadi beberapa kali cubaan mengambil darah oleh petugas gagal. Entah kali ke berapa, berjaya!
Seterusnya selepas hampir sejam menunggu untuk ke bilik scan doktor. Maklumlah, bilik ini banyak pesakit yang ingin dapatkan scan secara menyeluruh.
Masa kejadian, ada 5 doktor semuanya termasuk doktor pakar yang bersoal jawab dengan kes saya.
Antara soalan dari doktor :

“Puan ada bersama suami ke sebelum ini?” doktor wanita 1

“Saya dalam pantang. Takkan nak bersama suami. Kata saya kepada doktor perempuan.”
“Nak ambil urine, tapi puan belum bersama kan? mustahil.” Sambung doktor tadi.

“Oh, lupa nak tunjuk ni. Doktor sana cakap saya berkemunginan fibroid. Saya dari klinik dotdotdot tadi, ini scan dari klinik tersebut.”
“Klinik tu ye??” 5 orang doktor termasuk Doktor pakar tersenyum sebaik sahaja saya mention nama klinik tersebut.
“Tapi puan masa mengandung ada Fibroid?” doktor pakar tanya saya.
“Takde pun.”
“Dah tu, kalau puan ni ada fibroid kenapa tak dibuang dan detect masa bersalin hari tu?” bincang doktor pakar ( lelaki ) bersama anak buahnya.
Dalam situasi ini, saya disoal bagaikan berada dalam bilik siasatan. Takut pun ada, lawak pun yer juga. Eh, korang.
Dipendekkan cerita, doktor KK minta saya habiskan ubat yang diterima dari Klinik berbayar. Appointment seterusnya selepas seminggu.
Planning doktor Doktor pakar dari Klinik Kesihatan mahu saya berhenti ambil perancang depo, dan sambung dengan Implan. Memandangkan saya kata, takut dengan cerita-cerita dari para isteri dan ibu yang mengambil perancang yang masuk di bawah .
Ikutkan Implanon adalah berbayar. Saya pernah bertanya di klinik , kos implanon Rm 700 pada tahun 2025. Modal nya saya sudah ada, tapi itu lah. Tidak bersesuaian dengan saya, kerana Depo dan Implanon sama iaitu berkaitan dengan hormon.
Doktor pakar nak berikan kepada saya secara percuma, tapi saya tidak sanggup untuk mengambil risiko. Jadi, saya akan teruskan dengan pil perancang sebagai alat pencegah kehamilan .
Keadaan saya sewaktu turun darah 34 hari Turun darah disebabkan perancang menyebabkan kesihatan saya semakin tidak baik. Dalam tempoh 34 hari, darah turun dengan pelbagai warna dari darah pekat, cair dan coklat. Allahuakbar! tapi, dalam tempoh tersebut saya masih menunaikan solat, berpuasa dan membaca Al-Quran seperti biasa. Saya faham bahawa, darah tersebut adalah darah penyakit. Jadi setiap kali ingin menunaikan solat dan membaca Al-Quran, saya tukar pad baru.
Penat, wang ringgit susut bagi pembelian pad wanita dan ketidak selesaan semasa dalam tempoh tersebut hanya Allah SWT yang tahu.
Dalam tempoh tersebut, resah dan takut menyelubungi diri saya. Tidak mahu ke hospital memandangkan dah nak raya dan mempunyai baby. Huh!
Keadaan semakin teruk dimana kepala saya semakin pening. Paling ketara, apabila saya baring. Keadaan sekeliling seperti dinding rumah, siling, dan kipas siling seakan mahu jatuh. Walhal tidak, kesan tekanan darah saya semakin turun. Keadaan membahayakan apabila sujud dalam solat, saya terasa loya tekak dan berpeluh. Kepala pening tidak usah cakap!
Itu semua kesan pabila darah tidak berhenti yang keluar dari vagina dalam tempoh 34 hari.
Berkat Jumaat Saya menangis di tikar solat! saya kata, kenapa Allah uji lagi aku? kenapa diuji dengan kesihatan? sedangkan saya dah banyak lalui ujian sejak dari bersalin kan anak nombor 5, Muhammad Muqarabbin.
Dalam doa tersebut, saya minta Allah angkat segera kesakitan ini. Tidak sanggup hadapi dengan mempunyai baby yang masih kecil. Allah maha mendengar! Malam hari yang sama, darah saya menunjukkan nak berhenti. Dari darah fresh, bertukar kepada darah coklat dan seterusnya separuh pad serta setitik darah. Masya-Allah! syukur sangat. Akhirnya masalah turun darah selesai , sebelum tamatnya bulan ramadan. Gembira tidak terhingga pabila dapat beramal dengan suci.
Ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik ? dah habis, tapi itulah. Asbab Allah nak saya merayu pada-Nya. Meminta dengan bersungguh-sungguh.
The post Gara-gara perancang tidak bersesuaian : 34 Hari turun darah first appeared on Ghostwriter Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/34-hari-turun-darah-perancang-tidak-sesuai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=34-hari-turun-darah-perancang-tidak-sesuai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 169 hits
Tema Hari Guru 2025 telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek sempena Majlis Pelancaran Gerakan Massa TerimaKasihCikgu Peringkat Kebangsaan Tema tahun ini ialah Guru Pemacu Reformasi Pendidikan yang menekankan p...
Buat Adik Yang Pernah Mewarnai Hari Hari Kakya Nur Amirah Binti Azmi

Buat Adik Yang Pernah Mewarnai Hari Hari Kakya Nur Amirah Binti Azmi

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 175 hits
Buat Adik Yang Pernah Mewarnai Hari Hari KakYa Nur Amirah Binti AzmiBuat adik yang pernah mewarnai hari hari KakYa Nur Amirah binti Azmi 8 Mei 2025 bukan sekadar tarikh terakhir kamu di Fly High sayang 8 Mei 2025 adalah hari satu bintang be...
10 Cara Mudah Tunjukkan Kasih Sayang Pada Ibu Hari Ini Dan Setiap Hari

10 Cara Mudah Tunjukkan Kasih Sayang Pada Ibu Hari Ini Dan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 150 hits
Hari Ibu bukanlah satu satunya hari untuk menghargai wanita luar biasa yang membesarkan dan menyayangi kita sejak lahir Walaupun sambutan Hari Ibu hanya datang sekali setahun kasih sayang kepada ibu seharusnya ditunjukkan setiap hari dalam ...
Hari Minggu Ke Pasar Besar Seremban

Hari Minggu Ke Pasar Besar Seremban

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum Bangun subuh tadi hujan dah turun renyai renyai alamak acaner plak nak pi kubur ni SA nak siram rumput karpet ngan nak trim pokok jasmine tu org tu alih hari tu dah layu dan dh mati plak sudahnya SA pi pasar besar Seremban d...
Berita Kelahiran Dan Kematian Dalam Satu Hari

Berita Kelahiran Dan Kematian Dalam Satu Hari

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 161 hits
08 05 2025 Khamis Awal pagi Adik ipar Ika selamat melahirkan baby girl di hospital di situ Ibu dan baby berada dalam keadaan baik Alhamdulillah bertambah seorang lagi cucu myMIL Allah uji sebab tahu hambaNYA mampu jalani ujian Bersangka bai...
Bihun Goreng Bekal Lunch Hari Ini

Bihun Goreng Bekal Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 145 hits
Assalamualaikum Dari hari tu suami berzikir nak bawak bekal bihun goreng rencah nak letak hati ayam dan dada ayam so pagi tadi seawal 4 15am SA masakkan la bihun goreng sempat la suami sarapan sepiring dan SA dh siapkan bekal jugak SA pun b...
Makan Mi Segera Setiap Hari Lelaki Akui Rasa Kosong Walaupun Keluarga Tinggalkan Harta 6 Rumah Amp Rm4 Juta

Makan Mi Segera Setiap Hari Lelaki Akui Rasa Kosong Walaupun Keluarga Tinggalkan Harta 6 Rumah Amp Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 100 hits
Di sebalik segala kemewahan yang ditinggalkan oleh keluarga ada satu kisah yang sangat menyentuh hati apabila seorang lelaki muda dari Malaysia kini berhadapan dengan dilema besar selepas kehilangan seluruh keluarganya namun ditinggalkan de...
Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446h 2025

Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446h 2025

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 186 hits
30 April 2025 Rabu Syawal telah berlalu tapi masih ada lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiitri Dek kekangan masa dan boss tiada pula pada tarikh yang dipilih akhirnya majlis hanya dapat selepas Syawal Walau telah melewati bulan Syawal na...
Santai Hari Rabu

Santai Hari Rabu

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 110 hits
SANTAI HARI RABU Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ADA MASA tertentu tekak macam mengada ngada Macam lah tak biasa dengan air tangan sendiri Atau mungkin sudah terbiasa sesekali mahu rasa sentuhan ...
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


D N 65 S Chi N L C Ch I X S Hi U Qu Nh T T I Da88

L Tr T L G Kh M Ph C Ch Ch I T I Nh C I Da88

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp