Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Caf
Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Café | Assalamualaikum. Sambutan hari bapa tahun ni lebih istimewa sebab dapat hadiahkan En suami dengan kek khas dari Baiwago Café sempena Hari Bapa. Tahun ni rezeki En suami dapat la belanja dia kek sedap. Dia yang pilih sendiri kek coklat tu, kalau ikut tekak aku mestilah aku pilih ada unsur keju tapi tu lah tak jadi hari bapa lah kan kalau aku yang pilih. Hahaha.
Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Café 1
Boleh eh Sambut Hari Bapa?
Aku suka betul pendekatan yang dilakukan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bila menjawab persoalan dari orang awam tentang hukum menyambut Hari Ibu Bapa. Penerangan dia untuk setiap soalan tu lebut dan berhemah je.
Aku kalau ikut kan mana ada tradisi sambut Hari Ibu atau Hari Bapa ni. Sambut sebab aku nak tunjuk kan dekat anak-anak cara menghargai ibu bapa, ahli keluarga dan orang tersayang sementara mereka masih ada. Suami selalu sebut, kasih sayang tak perlu ditunjuk tapi boleh dirasai. Eh tidak ya, zaman sekarang kasih sayang kena tunjuk, kalau tidak kasih sayang tu akan kusam, muram je jadinya perhubungan. Begitu sangat beza perangai laki dengan bini. Hahaha.
Harapnya nanti bila anak-anak dah dewasa dan ada duit dapatlah kiranya mereka belikan aku hadiah, bawa melancong, belanja makanan yang sedap-sedap di setiap tarikh-tarikh penting dalam hidup kami satu keluarga. Ingat ya anak. Korang lupa siap la.
Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Café
Kek Baiwago Sempena Hari Bapa
Sempena memperingati Hari Bapa, Bawaigo Plus Café Malaysia ada menjual tiga kek Khas yang disediakan untuk Bapa. Kek ni limited edition tau, jadi apa salahnya korang belikan untuk bapa korang atau bapa kepada anak korang.
Super Dad Quote = Some people don't believe in heroes’ coz they haven't met my super dad
Vanilla cake with Cheese Mouse & Milk Pudding
Classy Dad Quote = Anyone can be a father, but it takes someone special to be a classy dad.
Coffee coated black forest cake
Diligent Dad Quote = A truly rich man is one whose children run to his arms, even when his hands are empty.
Chocolate cake with brown sugar QQ Jelly filling.
Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Café 3
Suami pilih kek yang ada hiasan spanar dan skru tu. Selain dari perisa coklat yang memang anak dia suka aku syak dia nak hiasan atas tu. Boleh makan ok, tu semua diperbuat daripada coklat sebenar. Jadi aku kagum dengan kemahiran baker mereka. Rasa kek yang lembut dan coklat yang padu. Elemen jelly dalam kek tu memang tambah tekstur bila kita kunyah ada rasa kenyal-kenyal. Maka sedap lah. Itu ikut tekak aku la, kang marah pulak bila korang rasa tak kena tekak.
View this post on Instagram
Semoga anak-anak akan mewarisi keperibadian yang baik-baik dari you sayang. Penyabar, murah hati, rajin basuh baju, lipat kain.. Dan jadi Bijak dan tegas macam i. Eh🤣😍 Happy Father's Day. Cake sedap dari : @baiwagopluscafe_my *spanar, screw semua tu boleh makan. Coklat tu😊 #bestfather #likefatherlikesons #myhero #malaysialifestyleblogger #malaysiaparentingblogger #lifestyleblogger #thehappynow #livecolorfully #livethelittlethings #motherhoodismagicA post shared by Blogger (@rodiahamir) on Jun 16, 2019 at 4:13am PDT
Baiwago Plus Café ni ada lima cawangan yang korang boleh pergi, memang cafe yang korang boleh lepak dan minum coffee. Selesa pon selesa. Ada dekat Kuchai Lama, KLIA2, SS2, Eko Sky dan Puchong. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk website mereka ok.
Website Baiwago Plus Cafe
Baiwago Plus Cafe Malaysia Facebook
Ucapan Untuk Suami Sempena Hari Bapa
Sempena Hari Bapa, yang aku jarang sangat nak sambut tapi percayalah setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang dan mengingati serta menghargai jasa dan segala pengorbanan En Suami. rasanya suami tak baca blog aku jadi tak apa lah. Kalau tak geli-geli rasa. Terima kasih di atas setiap kasih sayang, wang ringgit, masa dan perasaan. Dah itu tugas seorang bapa dan suami kan. Siapa suruh kahwin? Eh ni nak gaduh ke bagi ucapan? Ok Bye nak sambung makan kek.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/06/sambut-hari-bapa-dengan-kek-dari.html