Sambut Birthday Di Jibby East Kl East Gallery
assamualaikum and hello lads! Sabtu lepas merupakan antara hari terindah dalam hidup aku. gitu kemain ayat aku. entry kalini macam terlebih sweet sikit. sorry ye. here we go. aku drive ke KL untuk tengok rumah baru aku tak lama lagi. ye, rumah yang bakal dikongsi bersama suami. tapi agak jauh juga dari rumah parents ke sana. mungkin sebab jammed kan. lagipun siapa je yang tak keluar masa hujung minggu kan.
alhamdulillah, rumah kami sangat selesa. walaupun kecil tapi spacious untuk kami berdua (maybe one day bertiga dan berempat hehehe). katil pun dah sampai. barang yang aku dah beli pun dah transfer ke rumah baru.
eh, terlajak cerita pasal rumah kami pula. lepas dah settle semua di rumah baru, encik tunang bawa aku pergi makan dekat satu tempat. aku tanya ke mana, dia kata surprise. haha. rupanya dekat sangat dengan kawasan rumah sewa dia dahulu. Jibby East. aku tak pernah tahu pula ada kedai makan di sini.
nak parking mudah sebab mencukupi. unless ada event besar, jadi agak susah nak cari. mujur kami jumpa parking berdekatan. masa masuk kereta, tiba-tiba ada belon dekat tempat duduk penumpang. awww, tak sangka dapat belon haha. selalunya hadiah dekat my mommy je. kalini dapat sendiri.
tapi masa dah sampai Jibby East, rupanya ada satu lagi beg besar dia simpan dekat belakang. haha. tapi aku tak dapat tengok lagi. apalah yang dia hadiahkan aku tu. Jibby East ni nampak agak mewah. staff dia sangat mesra dan sedia membantu. cuma encik tunang kecewa sikit sebab tak dapat reserve meja lebih privasi. kena walk in juga. mungkin sebab kami berdua sahaja. it's okay encik tunang. :)
kami sama-sama order pasta. mahal juga menu dia. tapi aku rasa sesuai lah dengan konsep restoran dan kawasan dia ni. tapi sementara kami menunggu makanan sampai, staff datang dan nyanyi lagu hari jadi. terkejut aku. hahaha. ini pun pertama kali juga dapat surprise macam ni. malu juga bila semua orang pandang. tapi takpelah. sekali setahun kan. ye ke sekali setahun dapat surprise macam ni hahaha.
kemudian baru makanan kami sampai. aku punya Squid Ink Pasta. sebab tu dia warna hitam. jangan terkejut pula tau! sebenarnya tak ada rasa pelik pun. biasa je. sedap juga Pasta aku. cuma agak berminyak sikit
dah habis makan barulah encik tunang serahkan hadiah. dapat bunny! hahaha. okay, sorry banyak kali excited betul aku hari tu. dapat macam-macam termasuklah kad yang ada kata-kata manis dalam tu dia tulis sendiri :)
i'm so happy that day.
oh, btw birthday aku lambat lagi. haha. saje dia sambut awal :D
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.amysyeera.com/2019/10/sambut-birthday-di-jibby-east-kl-east.html