Sambungan Positif Covid Bahagian 2


lama betul aku peram cerita ni. sebab macam lupa lah nak mula kan dari mana. aku kena baca ulang  -ulang bahagian yang lama, untuk dapatkan kembali memori bahagian 2. begitu sedih ya. 


Risau Oksigen Rendahseperti yang semua orang tahu, arwah siti sarah meninggal atas faktor covid dimana oksigennya semakin hari semakin turun dan turun. itulah yang aku lalui. aku taktahu apakah benar oksigen aku rendah atau alat kawalan oksigen itu ralat. biasalah kan bukan original klinik/ hospital. 
aku memang lupa betul semua tarikh - tarikh yang terlibat. kalau entri bahagian 1 itu menyatakan aku dijangkiti wabak pada 3 oktober 2021. dalam jangkamasa mungkin 5 hari macam tu, aku semak oksigen. waktu ini malam.  punya lah aku takutkan mati. agaknya beginilah kan bila kita tahu bila ajal mendekat. 
kepala otak cuma fikir nak ke hospital untuk segera sembuh namun mungkin mati ditangan mesin atau duduk saja dirumah menghabiskan sisa yang ada kemudian mati tanpa berbuat apa - apa.  asyik betul aku bertanyakan, "kalau pakai oksigen tu, akan ditidurkan tak???"
oh ya, kadar oksigen aku ketika ini ada 70 - 80 macamtu. sebabkan dah terlalu takut dengan nafas tercungap, aku minta ayah hubungi ambulans segera. 


Punca Nafas Tercungap
jadi inilah natang yang menjadi punca aku sesak nafas. HAHHA. kononnya, nak men cleankan bilik aku dari virus jahat. sudahnya aku yang hampir menemui 'mati'. aku beli benda ni dishopee atas alasan aku dah nak sihat. aku memang masa tu dah sihat , yang kemudiannya sakit aku dijangkiti kepada adik aku pula yang duduk di bilik sebelah. 
bilik kitorang memang tak ada pintu, hanya langsir sebagai pemisah. kiranya nak masuk ke bilik aku, perlulah melalui bilik adik aku. agaknya itu punca dia dijangkiti. seeloknya kan, biar semua kena serentak. jangan satu orang satu orang. sangat tak nice. akan memanjangkan tempoh hal berkuarantin. kalau kata 1 orang mengambil masa kuarantin selama 7-10 hari, ini bermakna semua orang juga perlu dikuarantin selama mungkin 10 hari secara berjemaah. ini kalau jangkitan bersambung - sambung. kalau jangkitan selang 1 minggu. kan dah susah. hmm
okay berbalik semula mengenai natang yang menjadi punca aku sesak nafas. masa benda ni sampai, aku teruja nak memadamkan virus dalam bilik. tanpa berbincang, aku terus membaca manual dan menghidup kan suis. asap memang berkepul - kepul memenuhi ruang bilik. tingkap memang dah buka, tetapi ruang peredaraan udara memang terlalu minimalis. 
aku hanya membiarkan asap berkepul di bilik aku dan aku menunggu di bilik adik aku (dengan menutup langsir). selepas suis dimatikan, beberapa minit kemudian aku masuk ke bilik dengan rasa seronok kerana virus sedang lelah melawan kematian. 
rupanya aku lah yang menjemput kematian untuk diri sendiri. sadis ya. malam tu, aku rasa susah betul nak bernafas. mungkin kepulan asap memenuhi ruang dada aku yang memang sedia sempit. 

Ambulans Angkut ke HTARketika ambulan tiba, punya lah berdebar. ayah dah siap - siap suruh kemas baju. aku cuma bawa baju, seluar 1 dan beberapa helai pakaian dalam. huhu. malam yang sunyi dan hitam diwarnai dengan cahaya ambulans merah. memalukan betul. HAHAHHAHA. aku maki diri sendiri. pegawai bertugas mendekati aku dan bertanyakan beberapa soalan. oh lupa, aku diangkut ambulans pada 8oktober2021 waku malam. 
kemudian pegawai tersebut menyemak oksigen aku dengan mesin yang sedikit besar. tadaaaaaaaaa ~ 98 99 gituhh. pegawai bertugas tu kata untuk pesakit yang dijangkiti covid dan memiliki kadar oksigen paras macam ni, dikira lulus sihat! ah sudah. memang mesin tu punca nafas aku macam ni duh. 
atas arahan pegawai/ Dr di hospital, aku dibawa ke HTAR. duduk dalam ambulans seperti menjemput kematian dengan lebih cepat. lajunya masyaallah. dengan bunyinya memecah suasana. aku hanya mampu memaut besi kerusi dan terhuyung ke sana sini. selamatlah aku bukan pesakit kemalangan. kalau tidak, mungkin aku patut meninggal dalam ambulans kerana terlalu laju. aku bukan pesakit kecemasan, namun itulah peraturannya. siren memang perlu dibunyikan jika ada pesakit didalamnya. 
gunakan filter untuk lebih yakin!
aku duduk diruangan menunggu yang tersedia sebelum nurse membuat prosedur pendaftaran. lama juga aku duduk menunggu. hampir ke 1 pagi. nurse mengambil tekanan darah dan sebagainya. kemudian aku diberi bantal dan selimut. aku tak pasti ini ruangan apa, tapi ia semacam sebuah khemah khas yang menempatkan pesakit covid. waktu ini hanya aku sahaja yang ada. takut? mungkin lah. sebab khemah nya luas dan ruangan di sebalah kanan aku kosong dan gelap. suram betul. hanya bunyi pengawa dingin gergasi yang membuatkan bulu roma aku naik. terasa sejuknya. 

aku tak boeh tidur sehingga pagi. maklumlah baru hari pertama check in. setiap jam, ada saja pesakit yang masuk. lega, aku tak terlalu sunyi. rasanya seperti berbaring di khemah peperangan. tapi aku seronok sahaja disini walaupun katilnya begini. 

aku disini cuma 1 hari sahaja. padahal aku suka duduk disini. tenang. aman. 9 oktober malamnya aku dipindahkan ke wad G3-bilik 1-katil 1c. aku dibawa oleh nurse cantik yang menolak aku menggunakan kerusi roda. terasa serbasalah sebab aku berat T_T . terlupa aku namanya, atau mungkin aku lupa langsung melihat tag nama pada baju. terima kasih nurse. 
Dipindahkan ke Wad
aku ditempatkan sorang  sorang. 'rakan' yang turut sama mendaftar bersama aku telah dipindahkan ke wad lebih awal sebelum aku. mungkin kerana kekosongan tidak memihak kepada aku. dia lebih utama kerana mempunyai sejarah penyakit lain. dia 'menetap' di katil ramai - ramai, sedangkan aku duduk dalam 1 bilik yang mempunya 4 katil. malam tu baru semua katil diisi. 
aku dah sihat sebenarnya namun tak dibenarkan pulang. nurse kata aku perlu menjalani rawatan lagi. rupanya ini adalah persinggahan sebelum aku dipindahkan lagi! arghhhh. 
punyalah hari - hari aku berzikir 'nak balik' dimulut. aku nak balik sebab dah sihat. aku geram betul. pihak hospital tak benarkan aku balik atas alasan aku belum cukup tempoh kuarantin. k fine. 
dekat wad ini sedikit panas. rasa bersalah setiap kali nak cas telefon. hmmm


Dicampak ke MAEPS, SERDANGsekali lagi aku diangkut ambulans melalui perjalanan ke MAEPS. aku cuba gembirakan hati dengan mengatakan ini sebuah pengalaman berharga yang boleh aku jadikan content di blog. HAHAHHA. juga perjalanan 'bersiar - siar dan bercuti' sepanjang menjadi warga covid. 
ketika aku tiba, aku dialu - alukan dengan pandangan kosong. seperti sedang membuat persembahan kebudayaan bilamana semua mata tertumpu pada aku. huhu. selamatlah pakai topeng mulut. 
selepas selesai mendaftar dan diberikan katil, aku hanya melepet menunggu waktu yang tak kunjung tiba. aku dimasukkan ke MAEPS pada 11oktober2021. aku rasa dewan yang aku duduk menempatkan warga covid ditangga yang pertama. tidak terlalu berisiko. 
masing - masing berbual dengan jiran sebelah. mungkin mereka sudah mengenali berhari - hari. aku malas nak ikut campur. lagipun aku bukan reti berbual. sedihnya hidup. terasa sepi dan sendiri dalam dewan yang penuh dengan manusia. hari - hari aku memerhati gelagat manusia. 

aku sampai pening kepala nak main telefon. terlalu bosan. aku juga perlu 'berjuang' setiap kali nak cas telefon. dewan ini ada 3 bahagian. aku duduk didewan A. pada setiap dewan ditempatkan 2 kawasan untuk mengecas telefon, satu dibahagian kiri dan satu dibahagian kanan. 
itulah aku macam bosan nak main telefon. 
setiap hari aku membuat nota dalam kepala. muak. 
8am - 12pm mandi (cas telefon)1pm makan tengahari2pm - 4pm bosan dan tidur5pm main telefon6pm mandi (cas telefon jika perlu) , makan7pm - 8pm memerhati gelagat orang9pm - 10pm mendengar pengumuman discharge11 - 12 main telefon sambil ambil mood tidur..
4am - 5am dibangunkan untuk ambil tekanan darah, makan ubat6am - 8am sarapan, mandi, ambil darah
begitulah setiap hari. disini juga aku tak henti berzikir 'nak balik'. aku mendapat jiran sebelah kiri yang sangat baik hati. aku memang tak tanya nama. aku rasa bertuah diletakkan sebagai jiran beliau. orangnya berusia tapi tak terlalu berusia, baik, peramah, lemah lembut, ambil berat dan selalu bertanya khabar serta memberi kata - kata motivasi. 
makcik itulah yang memberikan aku sabun mandi, ubat gigi, teh dan kopi, cawan, biskut. akhirnya makcik ini telah pun discharge. terima kasih ya makcik, semoga ada jodoh kita ketemu lagi diluar

bayangkan, jika makcik ni tak wujud. aku mandi hanya memakai sabun yang ditinggalkan dibilik air. 

bayangkan, aku cuma bawa berapa helai baju entah dan 1 helai seluar. nasib di hospital aku boleh melakukan penjimatan. aku hanya menggunakan baju pesakit sahaja. di maeps pun sama. merah jampu pun merah jambu lah. yang penting tak perlu membazir baju. cuma seluar tu lah. hahahhaha. cukup lama aku pakai. bukanlah pengotor, tapi itu sahaja yang aku ada. hmm. pity me. 

aku nak suruh sesiapa hantarkan aku pakaian tambahan dan makanan. namun selepas melihat carta alir tatacara penghantaran barang, aku redha sahajalah apa yang ada. bau - bau maggi menusuk hidung. berhari - hari tanpa kafein. menyesak dada sungguh. 
11 oktober 2021
di maeps aku dah tak perlu memakai oksigen. aku hanya dipantau dengan tekanan darah, ubat  ubatan dan juga ambilan darah sahaja. 13 oktober sepatutnya tarikh aku bebas covid menurut mysejahtera. ia dikira dari hari pertama aku dijangkiti wabak. atas dasar aku menjadi penghuni maeps, aku perlu menghabiskan sisa tambahan mencukupkan bilangan 10 hari. kau gila?

aku dah semak sebab sudah berkali - kali aku menangguhkan hal nikah. 10 hari terlalu lama. 
10 Hari Yang Panjangcabut jarum ditangan
walaupun aku tak berkawan dengan sesiapa, jiran tetangga aku semuanya akan menghabiskan masa terluang dengan berbual. sedikit sebanyak aku mendapat info berguna. hahahha. desas desus mengatakan pesakit covid yang check in di maeps, perlu melengkapkan tempoh kuarantin selama 10 hari disana. atau mungkin lebih~  
aku mampu garu otak sekejap. taktahu lah nak react. 
12 oktober 2021
ada juga aku dengan khabar yang pesakit yang masih masukkan air dalam badan/ masih batuk/ tak cukup 10 hari sudah boleh discharge. semuanya diumumkan pada jam 9-10 malam. penantian satu penyiksaan. 
13 oktober 2021
13 oktober 2021

hari kedua aku di maeps aku minta nurse cabutkan jarum ditangan. sudah tak tertanggung sakitnya. entah kenapa lah aku masih dipakaikan natang ni walhal aku bukan pesakit yang perlu dimasukkan air / menggunakan ubat melalui tiub. betul  betul sakit pada setiap kali aku ingin melakukan aktiviti

itulah selepas nurse cabut natang ni, banyak juga darah keluar. pedih


hari pertama ia dicabut sangat lah lega. puas dapat garu. cumanya semakin membengkak dan membesar T_T. stressnya. tangan bengkak dan tak boleh balik. badan gatal - gatal. 

Minta Dischargetinggi betul keinginan aku nak tanya di kaunter doktor untuk cepat - cepat membenarkan aku discharge. ini semua punca kakak jiran yang duduk disebelah kanan. dia membebel katanya dah sihat. bilangan hari dia di maeps juga seperti terlalu lama. sudah rindukan rumah, suami dan anak - anak. 
dia ke kaunter. dan pulang dengan rasa hampa. katanya paru - paru ada jangkitan itulah sebabnya masih batuk - batuk. dia menegaskan kepada rakan sekeliling "saya memang dah sihat kak. orang lain tu elok je tak sihat lagi lepas je balik". malam tu namanya disebut dicorong pembesar suara. ah sudah. dia berjaya! aku pun nak cuba juga

jantung berdebar namun aku lajukan langkah ke depan. betul - betul cuak. aku bertanya jika darah aku dah keluar keputusan atau belum. my sejahtera aku 13 oktober 2021 dah biru. aku bebas covid. aku dah sihat. bla bla. itulah yang aku katakan di kaunter. 
pembantu kesihatan minta aku bersabar dan menunggu keputusan esok. 
esoknya aku bangun seperti hari - hari sebelumnya. semuanya perlahan termasuk jarum jam. makan pun perlahan. aneh. tapi aku seakan dapat rasa, aku akan bebas hari ini. hahahhaha. 
bayangkan aku tengah makan jam 8.15 pagi tanpa mandi. semua orang yang disebut nama malam tadi sudah pun mengemas katil masing - masing kerana tidak sabar untuk pulang. kemudian nama aku disebut sekitar 8.30pagi. pagar dibuka jam 9 pagi. 
gelabah kau. kelam kabut aku ke kaunter untuk mendapatkan surat discharge yang salah 3 kali kerana ejaan nama (pembantu yang isi nama aku yang sombong - sumpah aku lupa nama dia!! lepastu nak marah - marah. kau fikir sebutan semua orang sama ke?) , mandi, kemas katil, kemas beg dalam masa cuma 30 minit. 
jiran belakang aku agak terkejut sebab aku baru berapa hari di maeps, tapi sudah dibenarkan pulang. ajaib. sedangkan dia masih perlu melalui hari yang panjang disana. aku cuma sarankan dia pergi ke kaunter dan buat - buat tanya kondisi kesihatan dan terangkan yang dia dah sihat untuk dibenarkan pulang. 
aku berjaya! walaupun datangnya tak semena - mena. 
14 oktober 2021
jam 9 pagi semua warga covid yang discharge diminta beratur membawa bagasi masing  masing disertakan bersama surat discharge dan juga kad pengenalan untuk pengesahan. rasanya seperti peserta  akademi fantasia yang tersingkir sangat. hahaha

bilamana pagar dibuka, semua warga maeps bersorak dan melambai tangan selamat pulang. sebak tiba - tiba. pengalaman yang tak dapat dilupakan. 
dibawa naik bas dan menunggu di kawasan menunggu. aku dah call 'hubby' untuk pickup. masa ini belum jadi suami. HAHAH. dia saja harapan yang ada. kalau dia tak ada, mungkin aku akan naik bas yang disediakan dan turun di stadium shah alam. mungkin ~ 
kebetulan 'hubby' sempat pickup aku sebelum waktu kerjanya tiba. semua orang dirumah memang sedang berkuarantin, jadi memang dia penyelamat. perasaan waktu dapat keluar tengok langit dan menghirup udara luar? seperti hidup kembali

mental tak breakdown, tapi sengaja - ngaja menambah stress pada diri sendiri sebab zikir 'nak balik' belum dimakbul tuhan. sungguh! pengalaman ni berharga, aku takkan lupa. tapi untuk ulang balik, ah entah. mungkin kalau nak ulang balik dalam keadaan aku sihat kot? sebab 'kehidupan' di maeps aku dapat belajar banyak hal. lebih - lebih lagi ia melibatkan manusia. 
Kesan Pesakit Covid dan Warga Maeps- mental tak tentu arah- takut tengok ambulans- semak bunyi siren dan berdebar kerana takut- membayangkan situasi mendebarkan dalam ambulans yang bergerak- takut nak percaya orang (dekat dengan sesiapa)- tak nak duduk di maeps- badan gatak - gatal- (kesimpulan) makanan di maeps lebih sedap berbanding hospital

Bengkakkesan dari jarum yang lambat dicabut? 

aku 'menderita' tangan bengkak. segala aktiviti perlu dilakukan berhati hati dan manjah. tak  boleh ditekan, tak boleh rentap. stress. bengkak dan bernanah. nasib baik nanah tu hanya dipermukaan sahaja. bila mama cikjue cakap tangan aku terkena jangkitan dan bernanah, bersegeralah aku cucuk jarum dan keluarkan nanah yang diperkatakan. 

nanah yang keluarkan dalam kuantiti sedikit. nasib baik lah. aku sapu segala macam ubat untuk segera surut. akhirnya ia surut dengan sempurna. sedih betul aku rasa jari  jari menggemuk seadanya. HAHAHA. macam jadi orang lain weyh. 
akhirnya aku dapat bernikah dengan aman atas izin Nya~ alhamdulillah. boleh baca entri nikah untuk lebih feel. heee. terima kasih pada semua yang sudi bersabar dengan situasi ini. terpaksa cuti panjang dan tak bergaji. tak mampu nak membalas. 
terima kasih lagi sekali



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/01/sambungan-positif-covid-bahagian-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aliff Syukri Disahkan Positif Covid 19 Tahap Tiga Mohon Maaf Takut Umur Tak Panjang

Aliff Syukri Disahkan Positif Covid 19 Tahap Tiga Mohon Maaf Takut Umur Tak Panjang

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 232 hits
PETALING JAYA Ushawan popular Datuk Aliff Syukri memohon doa orang ramai selepas dia telah disahkan dijangkiti virus Covid 19 tahap tiga Aliff yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital membuat pendedahan tersebut menerusi Instagr...
Liza Hanim 6 Ahli Keluarga Lain Positif Covid 19

Liza Hanim 6 Ahli Keluarga Lain Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh SAIRUL ZAMRI MISRANI Liza meminta doa semua agar dia lima anak dan ibunya segera sembuh daripada jangkitan Covid 19 PETALING JAYA Penyanyi versatil Liza Hanim memasuki senarai terbaharu selebriti yang dijangkiti virus Covid 19 Paling s...
55 Jemaah Umrah Malaysia Dikuarantin Di Mekah Kerana Positif Covid 19

55 Jemaah Umrah Malaysia Dikuarantin Di Mekah Kerana Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 231 hits
Oleh JEMAAH umrah yang baru balik dari Arab Saudi perlu memakai alat pe njejak digital sepanjang tempoh kuarantin Gambar Facebook KP Kesihatan SELEPAS dikejutkan dengan ramai jemaah umrah yang baru pulang dari Arab Saudi dijangkiti varian b...
Jangkitan Naik Di 13 Negeri 442 Mangsa Banjir Positif Covid 19

Jangkitan Naik Di 13 Negeri 442 Mangsa Banjir Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 189 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes Covid 19 mengikut negeri negeri pada 30 Disember 2021 Tiga belas negeri hari ini merekodkan peningkatan jangkitan Covid 19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi dengan Sabah mencatat kenaikan empat hari b...
Selepas Bonda Rozita Sound Direct Aliff Syukri Berlakon Nazak Isterinya Positif Covid 19 Video

Selepas Bonda Rozita Sound Direct Aliff Syukri Berlakon Nazak Isterinya Positif Covid 19 Video

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 245 hits
Selepas Bonda Rozita Sound Direct Aliff Syukri Berlakon Nazak Isterinya Positif Covid 19 VIDEO BERITA usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri yang dijangkiti Covid 19 setelah pulang dari Turki mengundang persoalan ramai tentang kesahih...
Hiburan Yang Ditakuti Terjadi Liza Hanim Dan Lima Anak Positif Covid 19

Hiburan Yang Ditakuti Terjadi Liza Hanim Dan Lima Anak Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 225 hits
Penyanyi memaklumkan dirinya dan lima anak anak serta ibunya positif jangkitan virus Covid 19 Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim binti Abdul Halim berkata dia menerima ketentuan tersebut sebagai satu ujian dari Allah buatnya dan keluarg...
Tuan Ibrahim Positif Covid 19 Berserta 4 Anak Seorang Cucu

Tuan Ibrahim Positif Covid 19 Berserta 4 Anak Seorang Cucu

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 264 hits
MALAYSIA DATELINEMenteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan beliau empat anak serta seorang cucu disahkan positif Covid 19 Timbalan Presiden Pas itu juga memberitau beliau kini sedang menjalani kuarantin di ru...
Hamil 7 Bulan Intan Ladyana Dikejarkan Ke Hospital Selepas Positif Covid 19

Hamil 7 Bulan Intan Ladyana Dikejarkan Ke Hospital Selepas Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 399 hits
Pelakon Intan Ladyana terpaksa dikejarkan ke hospital Sg Buloh selepas disahkan positif Covid 19 pada malam Rabu Intan yang kini dikhabarkan sedang sarat hamil 7 bulan itu terpaksa dikejarkan ke hospital bagi memantau keadaannya Menurut ibu...
55 Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Selangi Positif Covid 19

55 Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Selangi Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh MASTURAH SURADI BAKUL makanan yang dihantar ke Kampung Orang Asli Sungai Selangi selepas 55 penduduknya disahkan positif Covid 19 di Kota Tinggi Johor KOTA TINGGI Kampung Orang Asli Sungai Selangi di sini diletakkan di bawah zon merah ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Petronas Nusa Perintis

Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto