Sambal Kentang Berlado Dan Lelaki Red Flag




Sekarang ini banyak betul kes kes rumahtangga yang menunjukkan kelemahan suami sebagai ketua rumahtangga dalam mencari nafkah, mendidik anak isteri dalam hal agama dan dunia. 
Setelah berlaku perceraian semuanya terbongkar kerana isteri dah tidak sanggup lagi memendam rasa. Suami yang nampak seperti menpunyai kefahaman agama pun gagal dalam rumahtangga. 
Kenapa kedudukan suami tinggi dan perlu dihormati? Jawabnya kerana tugas dan tanggungjawab seorang suami yang berat lah. Tapi apa yang terjadi pada hari ini? Ramai suami yang lemah, yang bergantung harap pada isteri untuk membantu terutama dari segi kewangan dan gagal mendidik anak bab agama. Yang biasa dengar perkongsian perbelanjaan rumahtangga 50-50 lah. Yang luar biasa, isteri kena menanggung perbelanjaan keluarga, menyediakan tempat tinggal dsb. 
Suami bukan sahaja tak menanggung keluarga tapi berat tulang juga untuk menolong kerja dapur, kerja rumah. Untuk siram pokok bunga pun malas. Boleh jer malas kalau suami memberi duit belanja rumah RM1000-2000 sebulan untuk bayar tukang kebun. Tahu mengadap televisyen atau bergayut di telefon. Isteri pula macam bibik yang buat kerja tanpa dibayar gaji.
Lelaki seperti ini sebenarnya 'red flag" yang boleh dikesan dari awal sebelum berkahwin. Tapi kadang kadang perempuan kerana sayang dek muka dan wajah handsome, akan memejam mata dari melihat kebenaran dan berharap keadaan akan berubah setelah berkahwin. 
Contoh paling mudah ialah dari awal lagi dah berkira bab duit, tak malu untuk wanita bayar makan bila keluar makan. Tak solat bila masuk waktu dan macam macam lagi. Percayalah lelaki macam ini adalah red flag yang  tidak akan berubah. Walau setelah kaya dan berduit, tetap tidak akan merasa adanya tanggungjawab dia pada anak isteri. Dia tak malu pun untuk memandu kereta yang diberi oleh isteri, lagi teruk tak malu untuk bawa perempuan lain naik kereta yang dibeli oleh isteri. 
Tambah pula, kalau datang dari keluarga kurang bab agama, lagi lah tidak heran untuk melakukan dosa di sisi Allah.  Jadi kepada para wanita, pilih lah lelaki yang bertanggungjawab dan ada pengetahuan agama. Insya Allah, rumahtangga akan menjadi aman dan tenang. Kalau lelaki ada ciri red flag, biarlah membujang dari merana kemudian hari kerana lelaki seperti ini susah untuk dibuang kerana dia akan bergantung pada kita untuk kelangsungan hidup. OK setakat ini dahulu.


Melihat ada lagi ubi kentang, jadi saya pun masak sambal berlado. Hari tu, saya masak sambal ubi kentang dan ikan bilis menggunakan cili kering kisar. Boleh klik di SINI. 
Kali ini kita guna cili hidup atau cili padi, jadilah sambal berlado.  Masak sambal berlado lebih mudah dan cepat kerana sambal cepat jer garing dan masak berbanding dengan nak tunggu sambal cili kering pecah minyak dan garing. 
Lauk sambal berlado memang kegemaran saya. Lagi lagi kalau menggunakan terung. Wallaa sedap sangat. Di London yang banyak dijumpai adalah terung warna dark purple yang besar sebesar bsayur labu air tu. Kalau terung macam tempat kita saya belum jumpa lagi. Kata kawan saya, ada juga tapi harganya mahal. Rasa kedua duanya sama jer, rasa terung. Hahahha bukan lah rasa bendi pulak. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Sambal Ikan Bilis dan Kentang BerladoOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4-5 biji ubi kentang - belah 2 dan hiris nipisSegenggam ikan bilisSedikit serbuk kunyitGaram½ sudu besar gula1-2 sudu besar sos tiram
Bahan kisar kasar:1 biji bawang besar3-4 ulas bawang putihSegenggam cili padi - ikut pedas disukai 
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng ubi kentang. Jangan dikacau sehingga ianya berwarna sedikit keperangan, baru dikacau. Setelah garing disukai, angkat dan ketepikan.



Keluarkan sedikit minyak dan goreng pula ikan bilis sehingga garing. Angkat dan  ketepikan. 
Menggunakan minyak sama, tumis pula bahan kisar sehingga layu. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
Masukkan pula sos tiram dan gula. Kacau rata dan setelah terbit minyak, tutup api. Biarkan sambal sehingga benar benar sejuk.

Akhir sekali, masukkan kentang dan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kacau rata. 


Sedia untuk dihidang.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/07/sambal-kentang-berlado-dan-lelaki-red.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 241 hits
Saya percaya seluruh negara berdukacita membaca berita pemergian sekeluarga kerana terbabas ke dalam Sg Korok Lebih menyedihkan mereka didapati berpelukan di tempat duduk sebelah kiri penumpang belakang Mungkin suami cuba untuk melakukan se...
Kek Cantik Belum Tentu Selamat Ini Red Flags Yang Boleh Buat Kita Sakit

Kek Cantik Belum Tentu Selamat Ini Red Flags Yang Boleh Buat Kita Sakit

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 123 hits
Kek kini bukan sekadar pencuci mulut ia jadi simbol sambutan kejutan dan hadiah kasih sayang Tapi dalam dunia bakeri moden yang mementingkan rupa terlalu banyak kek cantik di luar sana yang sebenarnya tak selamat untuk dimakan Ramai tak tah...
Nak Karipap Kentang Rangup Sampai Petang Begini Cara Buatnya

Nak Karipap Kentang Rangup Sampai Petang Begini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 136 hits
Sedapnya Karipap Kentang Memang tidak dinafikan karipap ni antara kuih yang jadi kegemaran ramai tanpa mengira usia Dapat pula makan karipap yang rangup dan sedap lagilah laju suap ke mulut Bermurah hati berkongsi resipi Karipap Kentang yan...
Red Eagles Ikat Kelana United

Red Eagles Ikat Kelana United

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 117 hits
Red Eagles ikat Kelana United RED Eagles bangkit mengikat Kelana United FC 1 1 pada saingan pertama LWN semalam FOTO Ihsan Red Eagles Soccer Club Alor Setar Skuad bola sepak wanita Red Eagles Soccer Club tampil berkeyakinan apabila mengikat...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 213 hits
Tucked along Saudi Arabia s Red Sea coast lies a breathtaking underwater labyrinth the recently revealed Blue Holes a series of roughly twenty marine caverns spanning from the Afifi region to the Gulf of Aqaba Discovered during a comprehens...
Saya Sangat Bahagia Dengan Ss Dia Seorang Green Flag Bella Astillah

Saya Sangat Bahagia Dengan Ss Dia Seorang Green Flag Bella Astillah

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 149 hits
Semakin bersikap terbuka penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kini berada dalam fasa bahagia apabila menjalinkan persahabatan rapat dengan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Astillah 31 melu...
Bella Astillah Akui Bahagia Kenali Syed Saddiq Dia Lelaki Green Flag

Bella Astillah Akui Bahagia Kenali Syed Saddiq Dia Lelaki Green Flag

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 156 hits
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah akui dirinya kini berada dalam fasa bahagia selepas menjalin persahabatan rapat dengan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Bella Astillah akui dalam fasa bahagia bersahabat Menerusi podcast K...
Sambal Sotong Udang Goreng

Sambal Sotong Udang Goreng

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum WBT SALAM MAALHIJRAH 1447 Selamat menyambut tahun baru dengan penuh azam agar kita menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya Semoga amal ibadah bertambah seiring dengan usia yang juga bertambah Amiiinnn YRA Hari ini juga meru...
Time For Malaysians To Get Used To Gov T Loans Come Down Can Also Mean National Debt Goes Up

No Plans For Sez Along M Sia Thai Border Says Ministry

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

Pengalaman Memetik Buah Cherry Di Kent Julai 2025

Double Meaning Names Work

Kfc Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box

Drone Swarm Rescue The New Frontier In Wilderness Survival Support

Apa Itu Tsunami Fakta Bagaimana Gempa Bumi Boleh Hasilkan Bencana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nieyl Kena Menari

Orang Yang Beramal Soleh Tidak Akan Bersedih

Endo Terharu Kembali Ke Yokohama Sebagai Bintang Liverpool

Gunung Berapi Russia Meletus Selepas Gempa Bumi Dahsyat

Legasi Bomba The Movie

Sertai Program Pelangi X Pubg Mobile School Of Wonder Info Baucar Buku E Sukan Dan Sijil Penyertaan Disediakan