Sambal Tumis Telur Rebus Yang Tidak Pernah Menjemukan



Minggu ini saya balik dari pejabat agak lewat kerana seperti biasa hujung tahun adalah masa untuk membuat penilaian prestasi. Sebetulnya inilah saat yang paling saya tidak suka. Hmm bila di awal atau pertengahan tahun, kita akan dilambakkan dengan pelbagai tugasan. Tapi bila saat penilaian prestasi, masing masing mempersoalkan seolah tugasan diberi tidak berlaku atau tidak mahu diberi pengiktirafan. Pastinya yang pandai bercakap, akan menang. 

Tapi apa yang saya peringatkan pada diri sendiri ialah supaya bertenang dan menyerahkannya pada Allah. Bukan menang atau kalah atau apa sahaja yang penting. Yang penting adalah redha. Hanya Dia yang menentukan segalanya. Semuanya jika hak kita, pasti akan kita miliki. 

Memang tidak ada istilah keadilan pada manusia hatta kita sendiri juga tidak mampu berlaku adil. Jadi tak perlulah bergantung dan berharap pada manusia lain dalam bab rezeki. Cukup setakat ini coretan bab rezeki. Sekadar peringatan buat saya sendiri. 

Sekali sekala bila kepala buntu memikirkan apa yang hendak dimakan atau lebih susah lagi, apa yang dimasak pasti saya akan teringat lauk pauk biasa seperti sambal tumis telur rebus. Saya akan menukar cara sambal disediakan dengan membuat sambal yang sedikit kering. 

Tapi hari ini saya ingin kongsikan jika ingin menyediakan telur rebus goreng yang lembut, kena ikut petua ini. Hahaha saya pun baru juga belajar petuanya. Cara yang ditunjukkan oleh pembantu rumah anakanda saya. Wah memang sangat berbeza hasilnya. 

Caranya ialah dengan memastikan minyak di dalam kuali betul betul panas. Panas sehingga kelihatan berasap. Jadi bila hendak memasukkan telur, mestilah menggunakan senduk yang panjang supaya minyak tidak terpercik ke tangan pula. Telur akan menjadi halus mulus. Boleh tengok di Azie Kitchen youtube channel untuk melihat cara ianya digoreng. Klik di SINI. Barulah kita dapat gambaran sebenarnya apa yang saya tulis. 

Saya memang suka makan lauk pauk simple seperti ini dengan nasi putih panas panas. Gaulkan sambal dengan nasi dan makan dengan ulam timun atau kacang botol dan seketul ikan goreng pun telah memadai untuk membangkitkan selera makan. 
Jom layan resepi dan jangan lupa video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Telur RebusOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:6 biji telur rebusGulaGaram
1 keping asam keping
Bahan Kisar:4 ulas bawang merah4 ulas bawang putih1 senduk cili kering kisar
Cara cara:Panaskan minyak sehingga betul betul panas berasap, baru dimasukkan telur dan dikacau kacau. Dengan cara ini, telur akan menjadi lembut. Setelah masak sekata, angkat dan tos.



Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan sedikit gula dan kacau rata.

Kemudian masukkan garam dan asam keping. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa.  
Akhir sekali, masukkan telur yang telah digoreng tadi. Ceduk keluar minyak yang berlebihan kerana menumis memerlukan minyak yang banyak. 

Nota:Minyak yang diceduk keluar sedap digunakan untuk membuat mee hoon goreng, nasi goreng atau menggoreng sayur sayuran. 
Jika suka, boleh juga letakkan bawang besar hiris di akhir sekali dan masak sehingga bawang besar hampir layu sebelum ditutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/10/sambal-tumis-telur-rebus-yang-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Goreng Ikan Bilis Dan Rebus Telur Dalam Air Fryer

Cara Goreng Ikan Bilis Dan Rebus Telur Dalam Air Fryer

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 2747 hits
ASSALAMUALAIKUM Salam semua Geram sangat tengok orang lain goreng ikan bilis dalam air fryer nampak cantik kejadiannya dah la garing crispy dan tidak berminyak Wani pun mula lah bereksperimen Sebelum ini ada sekali bereksperimen pergi buat ...
Aina Di Warung Nasi Kerabu Sambal Tumis Kok Lanas

Aina Di Warung Nasi Kerabu Sambal Tumis Kok Lanas

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 776 hits
Pagi ni kami pergi bersarapan di Warung Nasi Kerabu Tumis Kok Lanas Walaupun nama warung tu tertulis Kok Lanas ia sebenarnya di Desa Salak Permai Memandangkan jaraknya tidaklah jauh sangat iaitu sekitar 6 minit sahaja daripada rumah kami ma...
Inilah Jadual Makan Telur Rebus Untuk Badan Jadi Kurus

Inilah Jadual Makan Telur Rebus Untuk Badan Jadi Kurus

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 585 hits
Inilah Jadual Makan Telur Rebus Badan Jadi Kurus Kenapa amalan makan telur rebus boleh buang lemak dengan agak cepat Apakah kandungan khasiat yang terdapat dalam telur rebus Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi ...
Sambal Telur Belimbing Buluh Yang Senang Dan Sedap Jom Masak

Sambal Telur Belimbing Buluh Yang Senang Dan Sedap Jom Masak

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 785 hits
Sambal telur belimbing buluh yang senang dan sedap Jom masak Assalamualaikum wbt Cikla percaya kebanyakan mak mak diluar sana kadang kadang macam blur dan tak tahu nak masak apa kan Maklumlah masak hari hari sampai kehabisan idea Haha Punya...
Gulain Telur Ikan Bilis Goreng Bawang Dan Bendi Rebus Alhamdulillah

Gulain Telur Ikan Bilis Goreng Bawang Dan Bendi Rebus Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 716 hits
Tengah sedap dok mengunyah nasi di pagi hari yang dinginTetiba dapat soalan gini Bila baby ummi nak keluar ni Kalaulah pertanyaan di atas tu dari mok senah mok kiah mau tak tertelan nasi dalam mulut tu tahu sangkut kat kerongkong je rasanya...
Jangan Pernah Tinggalkan Al Ikhlas Al Falaq Dan An Naas

Jangan Pernah Tinggalkan Al Ikhlas Al Falaq Dan An Naas

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 282 hits
Jangan pernah meninggalkan membaca surat Al Ikhlas Al Falaq dan An Naas masing masing tiga kali setiap pagi setelah shalat Shubuh sebelum Matahari terbit dan setelah shalat Ashar sebelum Matahari terbenam boleh juga setelah shalat Maghrib I...
Kanak Kanak Ini Pernah Popular Masa Dahulu

Kanak Kanak Ini Pernah Popular Masa Dahulu

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 326 hits
Jika korang pernah menonton filem CJ7 filem arahan pengarah Stephen Chow yang bercerita tentang alien dan keluarga miskin yang harus hidup disebuah bandar metropolitan di China maka anda tidak asing lagi dengan tokoh Dicky anak Stephen Chow...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Autoimmune Disease


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord