Sambal Tumis Sotong Kering Yang Paling Padu




Kadang kadang saya kecewa bila resipi dikongsikan di blog atau di youtube bila dicuba tak menjadi. Bila saya tulis macam ni ada lah minah yang meroyan mengatakan saya menyalahkan resipi dan merasakan apa yang saya share sahaja sebagai yang terbaik. 
Saya sendiri kadang mengakui resipi tidak salah tapi saya yang buat silap. Siapa yang follow saya, pasti akan terjumpa pengakuan saya di atas. Saya jarang menyalahkan resipi tapi kalau tips yang terang terangan seperti ini, memang lah bukan salah saya.
Tapi saya frust bila saya mencari petua atau tips untuk melembutkan sotong kering. Terjumpa dalam blog dan youtube, tips untuk menyediakan sotong kering yang lembut. Haa begitu lebih kurang tajuknya. Jadi saya pun bukalah. Antara yang ditulis ialah sotong kering direbus dalam pressure cooker secara HP selama 25 minit dan sotong tidak perlu direndam. Haaa jelas sekali arahan yang ditulis.
Oleh kerana saya rasa nak mencuba cara yang lebih short cut, saya pun cubalah. Berkali kali baca supaya saya faham. Haa tu dia, menggeleding liat sotong kering saya. Jadi kalau saya buat jadi liat, saya percaya orang yang berkongsi tips tu juga kalau buat serupa dengan apa yang dikongsi, hasilnya pasti liat juga. Itu yang saya maksudkan. 
Sekarang ni ramai yang nak popular lebih, jadi semua di sharekan. Saya tak kata saya baik, tapi saya berkongsi resipi bukan kerana "content" tapi kerana cintakan resipi dan kerana mahu orang lain yang mencubanya menjadi seperti yang saya kongsikan. 
Apa yang saya tulis ini, datang dari hati. Itu sebab saya takut dan malu bila ramai memuji apa yang saya kongsi. Saya tak mahu sia siakan apa yang saya tahu. Itu lah niat saya sejak saya membuat blog ni berbelas tahun dahulu. Bukan content, bukan populariti, bukan follower. 

Saya memang dari dulu, kalau memasak sambal tumis sotong kering, akan merendam sotong dalam air abu. Tapi gara gara nak cepat, itu yang terikut tips menggunakan pressure cooker yang tak menjadi. 
Untuk sotong kering hari ini, saya merendam dalam air abu dengan sukatan nisbah 1:5 air, selama 33 jam. Lepas tu basuh bersih bersih, sotong menjadi kembang dan lembut. Tak perlu rebus rebus dah. 
Bila sambal dah masak dan terbit minyak, masukkan sotong. Biarkan merenih sehingga sambal sedikit pekat dan naik minyak, boleh tutup api. Sotong dah lembut, tak perlu nak masak lama lama pun. Oleh kerana anak anak suka, saya memasak 3 kali termasuk yang kali pertama sotong liat dalam masa 2 hari berturut turut.  
Jom layan resipi dan cara penyediaanya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Sambal Tumis Sotong Kering Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:250 gram sotong kering1 gelas air abu5 gelas air
Bahan B:1 biji 80 gram bawang besar - hiris½ sudu kecil pes asam jawa55 gram gula Melaka atau secukup rasa½ - ¾ sudu besar garam atau secukup rasa1 cawan minyak masakAir secukupnya - air blender bahan kisar
Bahan C: Kisar2 biji bawang besar merah - 250 gram5-6 ulas bawang putih4 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai
Cara cara: Rendam kesemua bahan A selama 48 jam atau sehingga kembang dan lembut. Bilas bersih bersih untuk hilangkan bau air abu dan tos. Ketepikan. Nota: saya rendam selama 33 jam, sotong dah lembut dan sedia untuk dimasak.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan terbit minyak sedikit.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak.
Masukkan air blender dan biarkan sehingga terbit minyak lagi sekali bagi pastikan bahan tumis benar benar masak. Masukkan pes asam jawa. Kacau rata.
Masukkan sotong kering. Kacau rata sehingga kuahnya sedikit pekat dan terbit minyak, masukkan gula melaka dan garam.

Renih sehingga sambal terbit minyak dengan cantik. Boleh tutup api. 

Sedia dihidangkan dengan nasi lemak, nasi putih atau dengan lontong. 

Nota:Saya rendam sotong dengan air abu selama 33 jam dengan menggunakan air abu dan air nisbah 1:5. Sotong dah cukup kembang dan lembut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/11/sambal-tumis-sotong-kering-yang-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Sambal Tumis Sotong

Masak Sambal Tumis Sotong

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 350 hits
Assalamualaikum WBTMAMBANG rajin muncul semalam Maka terjadilah lauk simple Sambal Tumis Sotong untuk makan malam Tengahari Iman telefon beritahu gas habis jadi semalam Sk tak ke Senai Nak dekat sampai rumah telefon kedai gas mintak hantar ...
Resipi Sambal Bilis Tempoyak Buat Nasi Bertambah Tambah Padu Betul

Resipi Sambal Bilis Tempoyak Buat Nasi Bertambah Tambah Padu Betul

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 205 hits
Menu menu ringkas selalunya menjadi pilihan kita Masa yang tidak cukup selepas pulang bekerja membuatkan kita terpaksa mencari menu ringkas untuk sajian keluarga Apa kata kali ini kita cuba satu lagi resipi paling ringkas tapi super power u...
Sambal Tumis Ikan Bilis

Sambal Tumis Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 670 hits
Bahan bahannya Bawang besar 2 bijiBawang putih 7 bijiIkan bilis Asam Jawa segengamcili giling 3 senduk garam Mesin bawang besar dan bawang putihikan bilis hendaklah di rendam sebentar air asam jawaCara caranya Panaskan minyak dan tumis baha...
Wanita Ini Kongsi Resipi Sempoi Masak Gulai Siput Sedut Dan Sambal Tumis Bilis Petai

Wanita Ini Kongsi Resipi Sempoi Masak Gulai Siput Sedut Dan Sambal Tumis Bilis Petai

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 378 hits
Melalui facebook seorang pengguna media sosial dengan nama berkongsi resipi gulai siput sedut dan sambal tumis bilis petai Menariknya Hafizah tidak berpandukan sebarang resipi Sebaliknya hanya melalui pemerhatian daripada pengalamannya meli...
Sambal Tumis Ikan Bilis Cili Padi Makan Dengan Nasi Panas Gerenti Menambah Selera

Sambal Tumis Ikan Bilis Cili Padi Makan Dengan Nasi Panas Gerenti Menambah Selera

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 203 hits
Kalau ada sambal yang sedap rasanya macam dah senang hendak mengalas perut yang lapar Cuma tinggal goreng telur dadar sahaja sudah memadai untuk dijadikan lauk Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal tumis yang menggunakan cili padi Dit...
Aguero Atau Haaland Siapa Yang Paling Dipercaya Kdb Dengan Peluang Menit Terakhir

Aguero Atau Haaland Siapa Yang Paling Dipercaya Kdb Dengan Peluang Menit Terakhir

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 300 hits
Sky Sports mengejar bintang lini tengah Manchester City Kevin De Bruyne dan mengajukan beberapa pertanyaan penggemar kepadanya termasuk siapa yang paling ia percayai dengan peluang menit terakhir untuk memenangkan Liga Premier Erling Haalan...
Survei Lsi Denny Ja Masyarakat Pro Syariat Islam Meningkat Paling Banyak Di Kota

Survei Lsi Denny Ja Masyarakat Pro Syariat Islam Meningkat Paling Banyak Di Kota

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 166 hits
Masyarakat pro syariat Islam di Indonesia diperkirakan meningkat dalam tiga tahun belakangan Hal itu terungkap dari survei Lingkaran Survei Indonesia Denny JA yang dirilis pada Selasa
Pembangunan Infrastruktur Paling Lambat Rampung Di Semester I 2024

Pembangunan Infrastruktur Paling Lambat Rampung Di Semester I 2024

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 163 hits
Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono menyampaikan pekerjaan konstruksi program strategis nasional ataupun non PSN telah rampung paling lambat di semester I 2024 Saat ini pemerintah terus menyusun program infrastruk...
The Queen S Umbrella One Dollar Lawyer Dominasi Ranking Mingguan Drama Pelakon Paling Popular

The Queen S Umbrella One Dollar Lawyer Dominasi Ranking Mingguan Drama Pelakon Paling Popular

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 269 hits
Drama tvN The Queen s Umbrella mendominasi ranking minggu drama dan pelakon paling popular Berdasarkan ranking yang dikeluarkan Good Data Corporation drama sejarah terbaru lakonan Kim Hye Soo itu naik ke tangga pertama minggu ini Bukan The ...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Cara Terbaik Mengatasi Kelesuan Untuk Pesakit Hypothyroid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Ramadan Ni Karipap Antara Kuih Favorite Mak Mak Untuk Berbuka

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik