Sambal Tumis Simple Homemade 4 Bahan Saja


Cara Buat Sambal Tumis Simple, 4 Bahan Saja | Homemade resepi sambal tumis, lama dah nak up kat blog resepinya. Tapi tak kesampaian Sambal tumis buat banyak macam ni kemudian frozenkan. 
Sambal tumis memang wajib ada di dapur, bukan apa senang nak mudahkan kerja untuk nak masak macam-macam sambal kan. 
Kalau tak buat macam ni nanti kerja jadi lambat, Paling malas nak rebus atau rendam lada kering. 

Siapa pernah buat. Kita ni dalam kepala macam- macam nak buat sebab nak mudahkan kerja jadi cepat. 
Untuk mak - mak yang super busy, ada kalanya kena lebihkan masa sikit nak buat sambal tumis ni. 
Kalau selalu guna sambal tumis paling tahan sebulan, kalau tak pun dalam 2 bulan. Macam tu lah tak berapa ingat. Kalau dulu, biasa simpan peti bawah, sekarang ni dah frozenkan pulak. 
Bila nak guna untuk masak, keluarkan awal - awal dari peti frozen dan tunggu sambal tumis tu dah lembut. Baru boleh guna. 

Part nak blend tu kena gigih sikit dan part nak potong bawang. nasib baik blender jenis kuasa kuda dan besar dalam 2 kali blend. 
Letak air pun sikit jerr sebab tak nak lepas blend macam berair sangat. Kalau tak masa tengah tumis, memang merecik -recik sebab air terlalu banyak. 
Kalau korang nak gantikan dengan minyak boleh kot sebab ada dengar petua macam tu, nak elak masukkan air. Dalam bawang tu dah banyak air so, kena berpada - pada bila nak masukkan air ni.

Alhamdulillah, masa tengah tumis tak ada merecik- recik, kalau tak habis satu dapur merecik satu kerja nak mengelap pulak. 
Untuk lada kering tu, korang campur lada kering yang jenis kerinting dan yang jenis besar tu, yang kerinting tu pedas sikit kan. 
Untuk bawang besar, biasa guna bawang merah yang besar tu, bawang bombay.

Nak boleh ke masak sambal tumis tu, macam biasalah lama sikit sebab kena kacau selalu kan sampai naik minyak. Dah siap, macam dah lega


Resepi pun mudah jerr hanya guna 4 bahan sahaja, jemput lah tonton video, kalau tertanya kenapa masukkan garam, nak bagi tahan lama sikit, dah namanya masakan kan, masukkan lah garam. 
Nanti nak guna untuk masak, kena ingatlah yang sambal tumis ni dah ada untuk masin tu. Faham kan. Panjang lebar dah menaip

Bila dah ada siap, senang nak buat sambal tumis udang ke atau sambal tumis ikan bilis ke. 

Resepi ada di bawah ya. Kalau rajin simpan dalam bekas kecik- kecik. Tak ada ruang dalam peti kalau nak buat macam tu, letak dalam bekas besar terus



Cara Masak Sambal Tumis Simple, 4 Bahan SajaBahan - Bahan5 labu bawang putih18 labu bawang merah besar atau 1 kg yang dah dibuang kulit200gm lada kering2 sudu besar garam halus
Cara - Cara1. Lada kering digunting kemudian direbus sampai kembang2. Toskan dan basuh bersih umtuk buang biji lada3. Blend lada kering terlebih dahulu masukkan air sikit dan blend sampai halus4. Kemudian tuang dalam bekas lain separuh, masukkan bawang putih dan bawang merah dan blend sampai halus. Kalau terasa banyak blend dalam 2 kali5. Panaskan minyak dalam 1 cawan, kemudian masukkan bahan yang telah diblend6. Kacau sekali sekala sampai bahan tumisan nampak berkilat tanda naik minyak. Kalau terasa macam tak naik minyak tak nampak boleh tambah minyak sambil kacau - kacau. Lama la juga kacau7. Hampir nak masak boleh masukkan 2 sudu besar garam halus dan gaul rata, kacau lagi sampai bahan tumisan masak8. Dah masak, sejukkan dan boleh simpan dalam bekas9. Tahan dalam 1 bulan lebih kalau rajin guna simpan peti bawah, nak elok lagi frozenkan

Baca Juga : 1. Cara Buat Sos Chhesy Wedges Ala KFC Di Rumah 2. Cara Buat Esktrak / Pes Pandan Homemade Mudah3. Cara Buat Homemade Pes Tom Yam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/12/resepi-sambal-tumis-homemade-simple.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Poket Coklat Resepi Simple 3 Bahan Sesuai Untuk Snack Time Baby 8 Bulan

Roti Poket Coklat Resepi Simple 3 Bahan Sesuai Untuk Snack Time Baby 8 Bulan

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 277 hits
Resepi simple 3 bahan ja tapi sedap Habis dalam pinggan ni licin hasil air tangan ibu menu ni sesuai snack time untuk baby seawal usia 8 bulan Untuk baby bawah 1 tahun gantikan coklat dengan any spread yang sesuai seperti kaya pandan homema...
Resepi Mee Kuah Udang Power Bahan Simple Tapi Sedap Menyengat

Resepi Mee Kuah Udang Power Bahan Simple Tapi Sedap Menyengat

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 304 hits
Sesekali tanpa nasi mee menjadi pilihan yang cukup mengenyangkan Bosan dengan mi goreng basah apa kata kali ini kita cuba mee kuah udang pula untuk sekeluarga Mak mentua pasti makan bertambah dan puji Sedapnya bukan main Jom cuba resipi per...
Senangnya Buat Sumsum Cheese Dragon Fruit Untuk Bayi Ni 3 Bahan Saja Sedap

Senangnya Buat Sumsum Cheese Dragon Fruit Untuk Bayi Ni 3 Bahan Saja Sedap

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 242 hits
Warna sememangnya memainkan peranan untuk menarik perhatian bayi kecil kita untuk makan Apa kata kali ini kita cuba resipi bubur sumsum pula untuk bayi comel kita Resipi yang dikongsikan oleh ini paling senang hendak dicuba Bahan pun mudah ...
Resepi Telur Bungkus Letak Isi Ayam Tumis Simple Je Tapi Sedap

Resepi Telur Bungkus Letak Isi Ayam Tumis Simple Je Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 328 hits
Telur bungkus berinti isi ayam tumis antara lauk mudah dan menjadi kegemaran ramai Bahan bahannya sangat ringkas namun sangat enak Kalau ke kedai makan menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan Terasa nak makan tengahari dengan me...
Resipi Sardin Goreng Celup Tepung Bahan Simple Tapi Rangup Sedap

Resipi Sardin Goreng Celup Tepung Bahan Simple Tapi Rangup Sedap

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 208 hits
Resipi sardin goreng rangup memang sentiasa jadi kegemaran kita Bosan dengan bancuhan tepung biasa apa kata kali ini kita cari kelainan dengan celup tepung goreng bestari pula Memang sedap Resipi perkongsian ini memang sedap Jom cuba Ada ke...
Menhub Imbau Masyarakat Tak Ke Luar Negeri Belanja Di Dalam Negeri Saja

Menhub Imbau Masyarakat Tak Ke Luar Negeri Belanja Di Dalam Negeri Saja

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 150 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengimbau masyarakat untuk terus waspada akan hal itu Dia pun meminta masyarakat untuk tidak bepergian dan berbelanja ke luar negeri dulu untuk sementara waktu
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Petronas Nusa Perintis

Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto