Sambal Tumis Ikan Bilis



Sebelum masuk bab Sambal Tumis Ikan Bilis, kita citer citer dulu bab perkembangan semasa berkenaan wabak covid 19. Tiba tiba mata saya bergenang membaca posting di Instagram Tuanku Raja Permaisuri Agong memberitahu 9 orang petugas istana disahkan positif covid 19 dan baginda contact kepada kesemua 9 petugas tersebut. 

Sekarang hanya baginda sekeluarga kuarantine dalam bilik masing masing di istana bersama 3 orang pembantu. Saya mendoakan agar baginda sekeluarga dan semua yang berada di istana sekarang dijauhkan dari wabak covid 19. Semoga mereka sihat walafiat. Juga supaya kita semua juga dilindungi Allah dari wabak ini. Aameen. 

Semalam Putera Charles juga disahkan positif. Saya melihat wabak ini umpama Yakjuj Majjuk yang mencari dan mematikan ramai orang tanpa mengira status dan latarbelakang. Ianya adalah suatu yang invisble yang menyerang secara senyap tanpa memberi apa apa gejala. Bila gejala muncul, sudah terlambat untuk mendapat rawatan terutama kepada mereka yang menpunyai penyakit kronik.  
Serangan wabak virus ini tidak sama dengan serangan penyakit lain. Apa lagi virus covid 19 yang tidak memberi simpton awal pada mereka yang dijangkiti. Amat menakutkan. Kita boleh dijangkiti tanpa kita sedari dan boleh maut kerana masih tiada penawar setakat ini. Jagalah keluarga kita. Amalkan penjarakan sosial walaupun sesama ahli keluarga.
Buat sementara waktu ini, tak perlulah nak fikir sangat bab kerja kecuali jika pekerjaan anda jatuh dalam kategori perkhidmatan kritikal. Boleh tengok yang mana service kritikal yang perlu bertugas dan yang mana tak kritikal yang perlu berada di rumah. Yang tak urgent, tak perlu nak jadikan seolah ianya urgent.  


Sekarang kita masuk pula bab sambal tumis ikan bilis. Saya menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis ini untuk dihidangkan sebagai lauk nasi lemak pagi esok. Hanya yang basic sahaja iaitu sambal, telur mata, timun dan ayam goreng. 

Masa krisis macam ni lah kita belajar untuk hidup dan makan seadanya. Saya hanya sediakan satu lauk sahaja setiap hari. Saya pun makan nasi hanya sekali sahaja sehari. Lauk yang sama diulang makan di sebelah malam. Alhamdulillah Hubby dan anak anak pun tidak cerewet bab makan.

Ada banyak cara untuk menyediakan sambal tumis ikan bilis. Terpulang lah cara mana nak ikut. Saya buat ikut semua cara. Barulah rasa dapat dipelbagaikan. Ada yang menggoreng garing ikan bilis dan dimasukkan setelah sambal siap. Ada yang memasukkan ikan bilis semua sekali bersama bahan bahan lain. Ini cara arwah Bonda mertua saya, pun sedap. Ada yang menggoreng ikan bilis separuh masak seperti cara saya hari ini.

Saya lebih suka sambal yang sedikit rasa manis, lebih dari rasa masin dan masam. Bab rasa ni, ikutlah selera masing masing. Tekak kita semua kan berbeza. Jadi ikut tekak masing masing.  

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba... 


Sambal Tumis Ikan BilisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:100 gram  ikan bilis2 biji bawang besar  - hiris 1 sudu kecil pes asam jawa 1 sudu kecil garam kasar ¼ keping gula Melaka1 sudu besar gula pasir 1 ½ cawan minyak masak
Bahan kisar:6 sudu besar cili kisar  10 ulas bawang merah7 ulas bawang putih Sedikit belacan - opsyenal, tak letak 
Cara cara:Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 

Tuangkan bahan kisar dan cili kering kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.

Masukkan sedikit gula, air asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi.

Masukkan pula bawang besar hiris dan kacau hingga bawang layu. 

Akhir sekali, taburkan sedikit lagi gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi dimasukkan akhir sekali.

Nota: 
Boleh ceduk keluar minyak berlebihan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2020/03/sambal-tumis-ikan-bilis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Tumis Ikan Kembong Musim Convid 19

Resepi Sambal Tumis Ikan Kembong Musim Convid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 390 hits
Resepi Sambal Tumis Ikan Kembong Musim Convid 19Lauk paling mudah dan gerenti licin Sambal Tumis Ikan Kembong
Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 511 hits
Perut asyik minta makan jer sejak Perintah Berkurung ni kan Jadi Ina nak share resipi Nasi Goreng Resipi nasi goreng ikan bilis Mudah dan sedapp insyallah dari airtangan sendiri dan dimasak dengan penuh kasih sayang Periksa peti sejuk ada i...
Ikan Bakar Sambal Serai

Ikan Bakar Sambal Serai

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 712 hits
Air Tangan Kak JuBahan bahan Ikan Cili kering Bawang merahSeraiAir asam jawaGula dan garamSerbuk kunyitDaun kunyitCara Membuatnya 1 Tumbuk cili bawang merah dengan serai sehingga lumat 2 Masukkan gula garam dan juga air asam 3 Kacau hingga ...
Telur Puyuh Sambal Tumis Memang Sodap

Telur Puyuh Sambal Tumis Memang Sodap

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 330 hits
Telur Puyuh Sambal Tumis Campur Terung Perghh Memang Sodap Sejak arahan perintah kawalan pergerakkan disambung sehingga 14hb April risau sungguh hati saya ni Kenapalah ramai yang masih melanggar arahan dan degil sangat tak nak ikut arahan K...
Berselera Makan Sambal Ikan Kapak

Berselera Makan Sambal Ikan Kapak

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 648 hits
Berselera Makan Sambal Ikan Kapak Aku jarang beli makanan yang jiran jiran jual Tapi musim MRO ni buat aku rajin baca group jiran jiran untuk tahu aktiviti dan info dari dorang So last week ada yang jual sambal ikan kapak ni Berselera pulak...
Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 584 hits
Alhamdulillah cuti cuti kerja dari pejabat ini page view untuk blog Azie Kitchen tetap tinggi Terima kasih tidak terhingga kerana setia menyokong saya kerana sudi klik iklan google di blog saya Jadi saya kekal bersemangat untuk terus menuli...
Minyak Bekas Menggoreng Ikan Asin Tak Perlu Dibuang Begini Cara Memanfaatkannya

Minyak Bekas Menggoreng Ikan Asin Tak Perlu Dibuang Begini Cara Memanfaatkannya

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 199 hits
Tak perlu langsung membuang minyak bekas menggoreng ikan asin Anda bisa memanfaatkannya untuk memasak berbagai makanan
8 Manfaat Ikan Salmon Yang Jarang Diketahui Cegah Depresi

8 Manfaat Ikan Salmon Yang Jarang Diketahui Cegah Depresi

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 159 hits
Selain rasanya yang lezat ikan salmon juga dapat berfungsi mencegah berbagai macam penyakit di dalam tubuh Sehingga tak heran apabila ikan salmon sangat digemari oleh penduduk dunia Berikut ini 8 manfaat ikan salmon yang perlu kamu tahu
Cara Menyimpan Ikan Asin Agar Tidak Berjamur Dan Berulat

Cara Menyimpan Ikan Asin Agar Tidak Berjamur Dan Berulat

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 231 hits
Berikut ini beberapa cara untuk menyimpan ikan asin agar awet tidak berjamur dan tak berulat
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord