Sambal Tempe Rangup Dan Surah Al Waqiah




Saya kongsikan intipati Tafsir surah Al Waqiah oleh Ustaz Najib Ali dari kuliah zoom malam tadi. Surah Al Waqiah antara surah yang menyebabkan rambut di kepala Nabi Muhammad SAW beruban yang menunjukkan bagaimana dasyatnya surah ini jika kita dapat hayati bersungguh sungguh. Kisah yang menggerun dan menakutkan. Fungsi Al Quran adalah sebagai satu peringatan pada orang yang takut pada Allah. Walaupun surah ini cerita pasal neraka tapi Allah menceritakan juga persediaan supaya kita tidak terjerumus ke neraka. Surah ini menceritakan asbab ahli neraka masuk neraka dan keadaan dalam neraka tersebut.
Dalam ayat 41, Allah bertanya dengan kita siapa golongan kiri. Golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Mereka masuk neraka bukan sebab syirik tapi sebab dosa juga. Golongan syirik akan kekal dalam neraka. Golongan kufur kekal dalam neraka. Mereka yang dosa melebihi pahala akan dimasukkan ke neraka sehingga habis akan masuk syurga. Mereka akan dapat lihat apa di syurga dan neraka sebelum diampunkan.
Pertanyaan ini untuk menimbulkan kita rasa nak tahu tentang akhirat. Perkataan Iqrak akan membawa kita ke akhirat. Hanya dengan membaca iqrak. Dalam Al Quran dicerita saat dimasukkan ahli neraka ke neraka secara berkumpulan, bila sampai depan neraka, Malaikat tanya masa di dunia dulu tak ada ke Rasul yang membaca ayat ayat Al Quran dan diceritakan tentang pertemuan hari ni. Kamu tak dengar ke? Kita orang Islam yang boleh baca Al Quran. Agak agak apa jawapan kita nak bagi pada malaikat. Jawapannya ada. Malaikat tanya lagi, Kenapa kau tak ambil peringatan. Kenapa kau pilih untuk masuk neraka?
Dalam surah ini diceritakan siap siap apa yang ada di neraka. Tujuan kita kenal golongan kiri supaya kita jangan jadi macam mereka. Mereka akan dimaki dan didera fizikal dan mental ketika dalam neraka. Bayangkan kalau kita berada depan neraka ketika itu. Bila Nabi cerita bab syurga kita rasa kita sejengkal jer dengan syurga. Bila balik rumah kita akan rasa jauh. Berikan peringatan pada manusia dengan Al Quran pada orang yang takut dengan ancaman Allah.
Allah cerita keadaan mereka dalam neraka. Cerita pertama, mereka diseksa dalam angin yang membakar dan dalam air yang menggelegak. Bahang wap sangat panas. Tangan dan kaki diikat di tengkuk dan di campak dalam neraka. Dah lah wap panas dan dicelur pula dalam air mendidih. 
Wahai manusia, tidakkah kamu perhati ketika kamu nyalakan api. Siapa yang nyalakan bahan bakar. Kami yang jadikan api. Sebagai peringatan (untuk hukuman) dan kegunaan untuk manusia seperti memasak. Itu api dunia belum lagi api neraka yang lebih dasyat. Kalau neraka bocor sebesar lubang jarum, boleh hancurkan 7 lautan dan 7 bumi.
Ayat 43 pula menceritakan bab naungan asap hitam. Neraka jahanam tak nampak apa apa kerana asap hitam. Titian sirat yang berada di atas neraka jahanam. Naungan asap hitam pekat. Asap panas lebih panas dari air dia sedang berada.
Allah berfirman lagi yang tidak akan sejuk dan tidak akan diberi kesenangan kerana deraan ahli neraka bukan deraan badan sahaja tapi mata boleh tengok syurga. Memanggil ahli neraka akan ahli syurga. Ahli syurga tanya betul ke neraka panas. Dia jawab, ya betul. Wahai ahli syurga boleh ke beri kami air yang sedang kamu minum. Jawab ahli syurga, Allah haramkan atas kamu apa yang kami dapat.
Ada azab dalam neraka. Tiada sejuk. Bukan tempat sedap untuk diduduki. Allah ceritakan kenapa mereka duduk di neraka. Allah tak suka pun masukkan manusia ke neraka. Mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan dunia. Di dunia Allah beri nikmat macam macam yang menjadikan mereka lalai. Syukur lebih sukar dari sabar. Jika susah kita boleh sabar. Jika diuji dengan senang, kita lupa untuk bersyukur. Mereka dilalai dengan kemewahan dunia dari mengingati akhirat. Di dunia mereka sibuk, sehingga tak sempat baca Quran, tak sempat ke masjid solat berjemaah, tak sempat untuk hadir majlis ilmu.
Ahli neraka akan menjerit dengan jeritan amat kuat. Tuhan keluarkan kami dari neraka. Kami nak beramal lain dari yang kami buat masa hidup di dunia. Ini disebyut juga dalam Surah Faatir ayat 37.
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
Aku panjangkan usia kalian tidak cukupkah nikmat masa dan umur yang diberikan. Kamu tak ambil iktibar dari usia kamu. Kami datangkan tanda uban, lemak badan, kedutan.
Jeritan ahli neraka amat dasyat. Kami nak buat amal Soleh yang dulu kami tinggalkan. Bagi tempoh yang amat pendek. Tiada lagi kebaikan pada mereka saat itu. Jawapan mereka di dunia hanya cari kesenangan dunia. Tidak akhirat. Allah sebut dalam surah al Baqarah ada 2 kumpulan. Mereka minta doa, Tuhan berikan pada kami apa yang ada di dunia. Tiada sedikit bagi mereka kebaikan akhirat kerana mereka minta dunia. 
Doa terbaik ialah "Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar".
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201). Penutup bagi doa kami. 
Ahli neraka hanya cari kesedapan dunia hingga lupakan akhirat. Allah boleh bagi dunia pada orang baik dan orang yang tak baik, pada orang yang Allah suka dan yang Allah tak suka. Orang yang Allah kasih, Allah jadikan kebaikan dunia dan akhirat. Cari kesenangan dunia. Tak kisah dengan perbelanjaan. Sanggup pergi ke Melaka semata mata untuk makan asam pedas. Habis masa dan duit beratus. Tapi dok di masjid sekejap pun tak sanggup. Sanggup berhabis masa dan duit untuk dunia. Untuk akhirat kita berkira. Semoga. bermanafaat. Sekarang kita masuk pula bab masakan.

Anak anak saya memuji katanya sedap tempe ni, esok boleh bibik masak lagi. Haa depa tak tahu yang saya yang memasaknya. Bibik cuma hiris tempe dan hiris bawang jer. Yang lain semua saya yang buat.
Cuma kalau suka bersambal, boleh lebihkan sedikit cili kisar. Jadi tempe akan lebih bersalut dengan sambal. Kalau dimakan dengan roti dilipat ala ala sandwich pun sedap ni. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Sambal Tempe RangupOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 keping tempe - hiris nipis5 biji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hiris1-2 sudu besar cili kering kisarSedikit garam1 sudu besar gula pasirMinyak masak
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan sedikit minyak gorengan tempe yang berlebihan. 

Panaskan semula sedikit minyak gorengan tempe dan tumis bawang yang dihiris sehingga naik bau, masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing. Nota: tambah minyak jika tidak cukup minyak.

Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau rata. 
Tutup api dan biarkan sambal sedikit sejuk, baru masukkan tempe goreng. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/10/sambal-tempe-rangup-dan-surah-al-waqiah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Taukua Pucuk Ubi Masak Lemak Dengan Tempe Tosei

Sambal Taukua Pucuk Ubi Masak Lemak Dengan Tempe Tosei

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 286 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM petang bandaraya Johor Bahru dilanda ribut Lebih tepat lagi pusat bandar JB sedangkan tempat tempat lain dalam daerah JB juga cuma hujan turun renyai Sk pulak keluar sekejap ke pasaraya Maslee berdekatan pejabat s...
Sambal Tumis Sotong Tin

Sambal Tumis Sotong Tin

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 194 hits
Kalau Kjee teringin nak makan sotong yang dalam tin jenama Rex UnclePali mesti risau Hehehe sebab dia kena keluar masuk hutan opps supermarket cari Biasanya tak dapat Dia kata mungkin kilang tu dah bungkus Pepandai jer kan So apabila tanya ...
Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 290 hits
AssalamualaikumResepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dah lama teringin nak makan Nak beli tak berbaloi Sebab sebekas yang kecil tu mahal betul Lagipun nak masak nie bahan bahannya mudah dan cara pun simple je Sambal tempoyak ikan bilis pe...
Resipi Roti Pisang Rangup Tak Sampai 15 Minit Dah Siap

Resipi Roti Pisang Rangup Tak Sampai 15 Minit Dah Siap

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 181 hits
Resipi Roti Pisang Rangup Tak Sampai 15 Minit Dah Siap Resipi roti pisang rangup sesuai disajikan untuk sarapan dan minum petang Makan panas panas memang sangat sedap Kalau mama sudah tepu nak sediakan menu sarapan atau minum petang untuk a...
Sambal Cili Kering

Sambal Cili Kering

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 313 hits
Masa awal awal fasa perkahwinan Kami berdua makan untuk hidup je Memang takdelah nak makan sedap sedap Asalkan perut kenyang sudah Makan kat luar Ada la roti canai Masa tu roti canai tak semahal sekarang Maklumlah roti tersedap di dunia Jad...
Bilis Cukbi Rangup Pedas Dan Sedap Wajib Cuba

Bilis Cukbi Rangup Pedas Dan Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 226 hits
Akhirnya Akhirnya Akhirnya Yang ditunggu mai jugak yeaayy Cun cun pulak time cikla nak lunch bak kata pepatah bagai mengantuk disorongkan bantal Gitu Bilis Cukbi rangup pedas dan sedap Wajib cuba Masuk je mulut zasss rasa pedas manis masin ...
Surah An Nisa Ayat 41

Surah An Nisa Ayat 41

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 225 hits
Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan dari tiap tiap umat seorang saksi dan Kami juga datangkan engkau sebagai saksi terhadap umatmu ini
Surah Al Kahfi

Surah Al Kahfi

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 307 hits
Surah Al Kahfi Pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan bacaan surah Al Kahfi dengan bantuan teks Arab Rumi audio dan terjemahan untuk dijadikan panduan setiap masa Pengenalan tentang surah Al Kahfi Surah Al Kahfi adalah sura...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian