Sambal Sotong Kembang Sebagai Lauk Nasi Lemak




Sebelum kita mula, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya dulu. Alhamdulillah sejak bersara, saya memutuskan untuk menerima tawaran dari beberapa syarikat Televisyen untuk muncul dalam program terbitan mereka. 
Sebenarnya sejak dulu juga saya banyak menerima tawaran dari penerbit rancangan TV dan juga youtube tetapi semua saya terpaksa menolak kerana saya masih bekerja. Saya mahu menjaga penampilan saya selaras dengan tugas professional saya sebagai pegawai bank pusat.  
Namun begitu, saya tidak akan menerima sebarang tawaran dan akan menolak mana mana tawaran yang tidak sesuai dengan saya atau yang saya rasa tidak mampu melakukanya dengan terbaik. Saya mahu kemunculan yang terpilih sahaja. Kemunculan yang memberi manafaat kepada semua pihak. 
Tidak dapat dinafikan seperti kata Fahrin Ahmad dalam program Wanita Hari Ini TV3, kemunculan ramai Instafamous masakan yang bermula dengan memasak, merakam dan share dalam Instagram sehingga diikuti oleh ramai follower. Anak anak muda  juga berlumba lumba membuat video masakan yang berbagai gaya dan cara. 
Alhamdulillah satu perubahan yang baik di mana tiada lagi orang yang berahsia tentang resepi. Mahu disimpan untuk keluarga sendiri sahaja. Saya pernah menawar untuk membayar resepi membuat pencicah keropok. Namun mereka tidak mahu berkongsi. Tetapi itu hak mereka. Kita perlu menghormatinya. 

Buat saya sendiri, saya akan tetap dengan cara saya. Video dengan cara saya, tak sesuai untuk terikut ikut dengan cara orang lain. Saya menpunyai imej dan penampilan saya tersendiri. Saya tak perlu menonjolkan diri sehingga saya menjadi seorang yang lain. Itu lah ketetapan saya, cuma saya akan cuba memperbaiki dan memperelokkan lagi blog dan youtube saya. 
Anak saya Juita berpesan, mama jangan lah panjang sangat menulis, terus jer pada resepi. Jawapan saya, kan mereka boleh skip untuk terus ke resepi jika tidak ingin membaca apa yang ditulis. Haa anak saya pun tak senang membaca mereka yang komen mengenai perkara ini. Ya lah apa yang nak dikecohkan, ada opsyen untuk terus ke resepi. Tak ada masalah pun. 

Jadi jom kita masuk sedikit bab resepi sambal tumis sotong kembang. Sotong ini pada saya, memang tak sedap. Itu pada tekak saya lah. Isinya tawar dan rasa macam getah pula. Tapi jika dimasak sambal yang sedap, akan menghasilkan lauk sambal tumis sotong kembang yang sedap. Betul tak? 
Itu yang tiba tiba bila nampak ada 2 ekor sotong kembang di Jaya Grocer, saya terus beli. Tak lah besar sangat tapi harga bolehlah tahan. Kalau tak silap, RM22 untuk 2 ekor yang beratnya dalam 480 gram sahaja.  Tapi berbaloi baloi kerana terasa sedap sangat sambal sotong kembang hari ini sehingga Alain menanya kalau ada lebih, untuk dibawa balik pada Nana.   
Nak tahu macam mana nak buat sambal yang sedap, jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Tak perlu direbus terlebih dahulu, tak perlu direndam rendam pun. Elok jer lembutnya. Jangan lupa untuk follow blog dan subscribe Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sambal Tumis Sotong KembangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 ekor sotong kembang - 750 gram5 sudu besar cili kering kisar - boleh tambah1 helai daun pandan2-3 keping asam keping1 keping gula Melaka - 90 gramI sudu besar gula atau secukupnyaSedikit kicap manis - opsyenal1 sudu besar sos cili - opsyenal1 sudu besar garam3/4 cawan minyak masak
Bahan Hiris:1 biji bawang besar - hiris7 ulas bawang putih - hiris
Bahan Kisar:8 biji bawang merah ½ inci halia
Cara cara;Panaskan minyak dan tumis bawang bawang hiris sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 

Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili garing sehingga hilang bau cili dan terbit minyak. 
Masukkan gula Melaka dan terus masukkan sotong kembang. Kacau rata dan masukkan 1 liter air dan biarkan masak dengan api sederhana sehingga sotong lembut. 

Masukkan asam keping dan daun pandan. Masak lagi sehingga air sotong kering dan sambal terbit minyak. 
Akhir sekali, masukkan sos cili, gula pasir dan garam. Kacau rata dan sedia untuk ditutup api. 

Nota;Tak perlu rebus atau rendam sotong terlebih dahulu. 
Jika suka, boleh letak segenggam kacang tanah tumbuk dan segenggam ikan bilis sebab sotong ini tawar. 
Kuantiti sambal ini sesuai untuk 3 ekor sotong kembang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/01/sambal-sotong-kembang-sebagai-lauk-nasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Sambal Lauk Nasi Lemak Nostalgia Kolej Ketiga

Ayam Sambal Lauk Nasi Lemak Nostalgia Kolej Ketiga

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 430 hits
Tertarik dengan satu hantaran sahabat saya di facebook berkenaan makanan sarapan orang Kelantan seperti nasi berlauk nasi kerabu nasi dagang nasi kapit dsb Memang kami orang Kelantan terutama yang dulu dulu kami tak reti makan nasi lemak Pe...
Nasi Lemak Sambal Sotong Permintaan Mak

Nasi Lemak Sambal Sotong Permintaan Mak

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 490 hits
Hi korang Malam semalam SA ada up kat FB tentang sotong rendam Seriously SA memang tak pernah masak sotong rendam masa pergi pasar memang ternampak sotong rendam tu cantik dan nampak segar plak SA call mak tanya mak nak x sotong rendam seba...
Nasi Lemak Sambal Udang Dengan Sate Yang Sangat Sedap

Nasi Lemak Sambal Udang Dengan Sate Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum HARI ke 19 tahun 2021 Pertama kali dalam tahun ini masak nasi lemak Seingat Sk setiap tahun Sk pasti memasak nasi lemak beberapa kali Kalau hari hari pertama tahun baru tu memang menunya nasi lemak la hehehe Biasanya Pak Inc...
Resepi Nasi Ayam Mandy Acar Dan Sambal

Resepi Nasi Ayam Mandy Acar Dan Sambal

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 613 hits
Resepi Nasi Ayam Mandy Resepi simple untuk lunch atau makan malam Sedap sangat dan senang pulak nak buat Nasi dia tu makan macam tu je pun sedap Nak masak guna rice cooker atau preassure cooker pun boleh Memasak memang memudahkan anda jika ...
Resipi Sambal Tumis Ikan Kembung Lauk Simple Je Tapi Ramai Suka

Resipi Sambal Tumis Ikan Kembung Lauk Simple Je Tapi Ramai Suka

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 343 hits
Sambal Tumis Ikan Kembung ni adalah lauk yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda Tak perlu lauk pauk yang mewah untuk membuka selera keluarga Menu ringkas sebegini pun dah cukup membuatkan suami dan anak anak makan bertambah M...
Nasi Lemak Jambatan Tamparuli Yang Popular Di Sarawak Kini Di Shah Alam Beri 100 Bungkus Secara Percuma Selama 6 Hari

Nasi Lemak Jambatan Tamparuli Yang Popular Di Sarawak Kini Di Shah Alam Beri 100 Bungkus Secara Percuma Selama 6 Hari

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 428 hits
Nasi lemak yang pernah tular dahulu Nasi Lemak Jambatan Tamparuli yang diniagakan di Kuching Sarawak dikhabarkan akan memulakan perniagaannya di Shah Alam Tahun lalu gerai nasi lemak yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ali Jainneh tular ekora...
Anak Tak Sengaja Rakam Video Bapa Makan Nasi Tanpa Lauk Jawapan Si Bapa Undang Seb4k

Anak Tak Sengaja Rakam Video Bapa Makan Nasi Tanpa Lauk Jawapan Si Bapa Undang Seb4k

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 346 hits
Tak semua di antara kita mempunyai kehidupan yang senang duduk di rumah yang selesa dan makanan cukup terhidang atas meja
Bila Nasi Lemak Adalah Nasi Lemak Daun Pisang

Bila Nasi Lemak Adalah Nasi Lemak Daun Pisang

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 480 hits
Salam PKP 2 0 Bila hari ni menu bekfes kami adalah nasi lemak dan pisang goreng Makan pisang goreng panas panas dengan suasana sejuk sejuk dek kerana angin kuat macam ribut dah kat kolej ni adalah satu nikmat Pergh Cicah plak ngan sambal tu...
Nasi Lemak Chicken Chop

Nasi Lemak Chicken Chop

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Petang petang ni nampak cuaca macam nak hujan tapi dari tengahari tadi dan mendung tak hujan hujan juga mungkin langit dah tukar warna heheLangit tak langit hujan tak hujan perut lapar kena isi macam it...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan