Sambal Sotong Kembang Lembut Dan Sedap




Assalamualaikum. Sebelum kita masuk bab catatan blog dan resipi, sudi kiranya anda klik follow blog dan juga klik mana mana iklan yang keluar di blog saya tau. Kerjasama anda diucapkan jutaan terima kasih. 
Pejam celik pejam celik, tak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Bulan yang menawarkan pahala berganda dan banyak kelebihan. Bulan yang merupakan pesta ibadah yang kita perlu rebut. Pada malam 10 malam terakhir, adanya satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. 
Kalau malam itu, kebetulan kita berzikir, seolah kita berzikir selama 82 tahun. Kalau kita melakukan solat taubat seolah kita solat taubat selama 82 tahun. Haa ustaz ustaz selalu buat joke. Kalau malam itu, kita sibuk buat kuih raya, jadinya kita seolah buat kuih raya selama 82 tahun. Hahaha. 
Jadinya kalau bulan Ramadhan, saya kurang berlama lama di dapur. Saya masak untuk berbuka pun, hidangan yang simple simple sahaja. Bulan Ramadhan, ada lauk yang dibeli kerana anak anak akan beli lauk yang mereka nak makan di bazar Ramadhan. Begitu juga kuih muih. Beli setakat seketul dua tiga jenis kuih. Kalau kita buat kuih, satu loyang sejenis kuih sahaja. Setakat ini dahulu pesanan buat diri saya sendiri. Semoga bermanafaat. 

Lauk sotong kembang adalah antara lauk kegemaran anak anak saya. Terutama jika dimakan dengan nasi lemak. Bila nampak saya memasak lauk sambal sotong kembang, Nelly terus bertanya mama masak nasi lemak tak? Bila saya jawab tak, terus dia cakap, alaaa tak ada nasi lemak. Mereka memang suka sangat dengan sotong kembang. Berbeza dengan saya yang lebih suka sotong kering. 
Sotong kembang jika tak dimasak dengan sambal yang sedap, memang rasanya akan tawar macam plastik jer. Jadi bila kita memasak sotong ni, kena bagi sambal tu rasa sedap dan secukup rasanya. Baru lah sotong itu ada rasa. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..

Sambal Sotong KembangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2-3 ekor sotong kembang 1 biji bawang besar - hiris5 sudu besar cili kering kisar½ keping gula Melaka - 90 gramI sudu besar gula atau secukupnya1 asam kepingSedikit kicap manis1 sudu besar sos cili - opsyenal1 sudu besar garam¾ -1 cawan minyak masak 
Bahan Kisar:8 biji bawang merah - guna 127 ulas bawang putih - guna 10 ulas½ inci halia- tumbuk halus
Cara cara;Panaskan minyak dan tumis bawang bawang hiris sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga terbit minyak.
Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili garing dan terbit minyak.
Masukkan gula Melaka dan terus masukkan sotong kembang. Kacau rata dan masukkan 1 liter air dan biarkan masak dengan api sederhana sehingga sotong lembut.

Masukkan asam keping dan daun pandan. Masak lagi sehingga air sotong kering dan sambal terbit minyak.
Akhir sekali, masukkan sos cili, gula pasir dan garam. Kacau rata dan sedia untuk ditutup api.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/03/sambal-sotong-kembang-lembut-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang

Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini ada event Walaupun begitu masih berfikir fikir lagi nak pergi atau tak Penat pergi kerja balik kerja seminggu belum hilang nak tambah penat lagi pulak hari ni ke Kita tengok nanti rela tak rela nak menyumbang ten...
Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 302 hits
Resepi kali ni ringkas je iaitu cara buat sambal kicap yang pedas dan yang popular di Johor tu Kan orang kata orang Johor kalau makan apa pun semua pakai sambal kicap Haha dah itu yang buat gorengan jadi sedap nak buat macam mana Itulah nam...
Anak Suka Makan Sandwic Tuna Twist Resipi Guna Croissant Lembut Berlemak Memang Sedap

Anak Suka Makan Sandwic Tuna Twist Resipi Guna Croissant Lembut Berlemak Memang Sedap

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 175 hits
Kadang kadang bila nak minum petang kita mahukan menu yang ringkas tetapi mengenyangkan Biasanya sandwic menjadi pilihan tetapi dah bosan pula gunakan roti putih biasa untuk buat sandwic Pilihan lain adalah menggunakan croissant rasanya leb...
Resipi Sambal Nasi Kak Wok Yang Sedap Tahan Lama Sesuai Buat Stok

Resipi Sambal Nasi Kak Wok Yang Sedap Tahan Lama Sesuai Buat Stok

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 283 hits
Sambal Nasi Kak Wok sememangnya sangat sedap dan diakui ramai Kombinasi rasa sambal yang pedas masam dan manis membuatkan sambal ini begitu enak sekali Cicah sahaja dengan pelbagai lauk pauk seperti ayam goreng ikan goreng Semuanya sesuai B...
Roti Bakar Legend Sedap Di Rantau Panjang Kelantan Sempoi Dessert And Drink

Roti Bakar Legend Sedap Di Rantau Panjang Kelantan Sempoi Dessert And Drink

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 403 hits
Kedai Dessert Sedap Di Rantau Panjang Kelantan Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang satu kedai dessert yang menarik di Rantau Panjang Kelantan iaitu Sempoi Dessert and Drink Dekat sini korang boleh mencuba pe...
Sedang Berada Di Depok Berbagai Sajian Sedap Dari Ayam Ini Patut Untuk Dicicipi

Sedang Berada Di Depok Berbagai Sajian Sedap Dari Ayam Ini Patut Untuk Dicicipi

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 116 hits
Menariknya olahan sedap dari ayam ternyata bisa dicari dengan gampang di Kota Depok
Solok Lada Frozen Sedap Dimakan Dengan Nasi Kerabu

Solok Lada Frozen Sedap Dimakan Dengan Nasi Kerabu

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 206 hits
Sedapnya solok lada dimakan dengan nasi kerabu Kalau ada yang suka makan solok lada bolehlah buat untuk berbuka puasa dengan nasi kerabu nanti Bulan puasa ni nak makan kukus dan letak santan sikit Bila nak makan keluarkan solok dari freezer...
Resipi Kam Heong Lala Sedap Seimbang Rasanya

Resipi Kam Heong Lala Sedap Seimbang Rasanya

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 308 hits
Resipi Lala Kam Heong ini memang sedap sungguh Seimbang rasa manis masin masam dan pedasnya Makan pula dengan nasi putih panas panas Memang berpeluh dek kerana kesedapannya itu Tak percaya Cuba baru tau Selalunya masakan ini dijual di resto...
Cara Bancuh Kopi Latte Sedap Guna Serbuk Kopi Kampung Je

Cara Bancuh Kopi Latte Sedap Guna Serbuk Kopi Kampung Je

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 482 hits
Bagi penggemar kopi resipi Kopi Latte ala kampung perkongsian saudari Madihah Hamid ni tentunya anda wajib cuba Bak kata empunya resipi minuman ini menjadi ketagihan seisi keluarga beliau Bahan bahannya juga sangat mudah Hanya guna serbuk k...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat