Roti Bakar Legend Sedap Di Rantau Panjang Kelantan Sempoi Dessert And Drink


Kedai Dessert Sedap Di Rantau Panjang Kelantan |  Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang satu kedai dessert yang menarik di Rantau Panjang Kelantan iaitu Sempoi Dessert and Drink. Dekat sini korang boleh mencuba pelbagai jenis roti bakar yang dibakar menggunakan dapur arang, aiskrim dan juga beberapa jenis minuman coconut shake. 

Macam inilah keadaan di Sempoi Dessert and Drink. Kedai dia tak besar pun tapi macam macam ada. Depan kedai ini ada satu kedai makan popular di Rantau Panjan iaitu Dee Somtam. Kalau korang datang makan dekat Dee Somtam pun boleh jer nak pesan apa apa makanan dekat Sempoi Dessert and Drink nanti dorang akan hantarkan ke meja. 
Menu Menarik Di Sempoi Dessert and Drink Rantau Panjang KelantanSempoi Dessert and Drink menyediakan pelbagai jenis roti bakar yang menarik untuk dicuba oleh pelanggan dorang contohnya roti bakar legend, roti cheese rancak, roti kaya pandan, roti bakar volcano dan banyak lagi. korang boleh rujuk gambar dan jadual dibawah untuk tengok senarai roti bakar yang ada dekat sini bersama dengan harga sekali



*gambar tak nampak sangat nama dan harga, jadi korang boleh tengok jadual dibawah. No. Senarai Makanan Harga 1 Roti Pisang Caramel RM8 2 Roti Foi Thong (Jala Emas) RM8 3 Roti Bakar Volcano RM10 4 Roti Cheese Rancak RM10 5 Mix Toast RM10 6 Roti Lotus Biscoff RM10 7 Roti Kaya Pandan RM7 8 Roti Oreo + Cornflakes RM7 9 Roti Bakar Legend 
(Marjerin + Susu + Gula) RM5 10 Roti Bakar Choc + MiloRM7 11Roti Pisang RM7 12 Roti Oreo + Whipped Cream RM6
Selain roti bakar, Sempoi Dessert and Drink ada menjual beberapa jenis aiskrim dan coconut shake. Korang mesti pening nanti kalau datang sini tengok menu sebab tak tahu nak pesan apa. Jom kita tengok menu untuk aiskrim dan air kelapa yang ada disini


Banyak betul pilihan aiskrim dekat sini. Aiskrim basic yang bekas kecil pun harga dia cuma RM3 Sahaja dan korang boleh tambah topping. Dekat sini bukan roti bakar legend sahaja yang ada, aiskrim legend pun ada juga dimana dorang akan tambahkan pulut dan kacang. Boleh pilih nak beli yang kecil atau yang besar. 
Tak nak makan aiskrim? Korang boleh pesan minuman berasaskan kelapa. Sempoi Dessert and Drink menyediakan air kelapa biasa dengan harga RM2 sahaja untuk gelas yang kecil dan RM4 untuk gelas besar. Kalau korang nak cuba minum air kelapa dengan lemon pun ada. Rasa dia sangat refreshing lebih lebih lagi minum waktu panas. 
Selain itu, korang boleh mencuba coconut shake yang pelbagai seperti hawaiian, hawaiian special, leleh, leleh special dan juga lotus. Oh yer, ada lagi beberapa menu yang korang boleh cuba dekat sini iaitu Pang Yen


Sewaktu aku datang ke Sempoi Dessert and Drink memang rambang mata tak tahu nak beli yang mana dan akhirnya aku memilih roti bakar legend yang menjadi salah satu menu popular yang diminati ramai. 
Bagi pendapat aku, roti bakar dekat sini rasanya lebih sedap berbanding kita bakar sendiri dirumah menggunakan toaster elektrik sebab di Sempoi Dessert and Drink menggunakan dapur arang menjadikan ianya lebih authentic. Samalah macam kita bakar ayam, kalau bakar menggunakan dapur arang lebih sedap berbanding bakar menggunakan air fryer dekat rumah. 

Selain roti bakar legend aku sempat ambil gambar untuk dua lagi menu lain yang dorang sediakan sewaktu aku dekat sana iaitu roti foi thong (jala emas) dan roti pisang caramel termasuklah juga aiskrim baba. Korang boleh tengok gambar dibawah. 




Memang terliur tengok kan tapi sampai sekarang aku terfikir fikir macam mana agaknya rasa roti bakar foi thong tuh sebab aku tak pernah makan jala emas. lepas tuh dorang letakkan whipped cream sekali. Mungkin kena pergi lagi sekali untuk cuba roti foi thong dan juga aiskrim baba legend hehe. 
Buat korang yang berminat untuk datang dan cuba sendiri makanan dan minuman yang dijual Sempoi Dessert and Drink boleh rujuk informasi tentang lokasi dorang dibawah

Sempoi Dessert and Drink Rantau Panjang KelantanAlamat : kalau nak datang sini, korang boleh cari Dee Somtam melalui google maps atau waze sebab kalau taip nama kedai dorang memang tak jumpa. Korang cari jer Dee Somtam dan korang akan nampak kedai Sempoi Dessert and Drink di sebelah kedai Dee Somtam. 
Waktu Operasi : Jam 12:00 Tengahari hingga Jam 7:00 Petang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.luqmanzakaria.com/2023/03/Sempoi-dessert-and-drink-rantau-panjang-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senibina Masjid Beijing Di Rantau Panjang Jadi Tarikan Pelancong Negeri Kelantan

Senibina Masjid Beijing Di Rantau Panjang Jadi Tarikan Pelancong Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 294 hits
Masjid Beijing Rantau Panjang sebagai tarikan pelancong Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang Kelantan Masjid ini lebih dikenali dengan nama Masjid Beij...
Roti Canai Beef Calzone Memang Sedap Makan Panas Panas

Roti Canai Beef Calzone Memang Sedap Makan Panas Panas

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 217 hits
Tak tahu nak masak apa hari ni Jom cuba resipi Roti Canai Beef Calzone Berbentuk seperti karipap gergasi resipi ini menggunakan Rendang Daging sebagai inti Memang sedap dimakan panas panas lebih lebih lagi jika ditambah keju Jangan lupa gun...
Sedap Resipi Sambal Kelapa Sambal Nasi Impit Kelantan

Sedap Resipi Sambal Kelapa Sambal Nasi Impit Kelantan

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 279 hits
Sambal Kelapa atau juga dikenali dengan nama Sambal Nasi Impit Sambal Nyor Nasi Kapit memang sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Kelantan Sesuai dengan Namanya sebagai Sambal Nasi Impit ia biasanya dimakan bersama nas...
Mini Cakoi Legend Di Tanah Merah Kelantan

Mini Cakoi Legend Di Tanah Merah Kelantan

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 202 hits
Mini Cakoi legend di bandar Tanah Merah Kelantan Di kelantan orang panggil Chakuih Kalau sebelah luar orang panggil cakoi lah kan ke ada nama lain lagi untuk makanan ini Kalau ada korang boleh share dekat bahagian komen Untuk artikel kali i...
6 Resipi Roti Bakar Ketika Sahur Cepat Dan Mengenyangkan

6 Resipi Roti Bakar Ketika Sahur Cepat Dan Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 340 hits
Selain berkhasiat sesuatu makanan itu juga haruslah ringkas serta mudah disediakan kerana di pagi hari ramai yang kelang kabut untuk bersiap ke tempat kerja Pencipta kandungan masakan Linda Safar ada berkongsi resepi roti bakar yang bukan s...
Senarai Harga Roti Golok Viral Di Kota Bharu Kelantan

Senarai Harga Roti Golok Viral Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 387 hits
Senarai Harga Roti Golok Viral Di Kota Bharu Kelantan Sekarang banyak betul kedai makan yang viral di kelantan contohnya dan untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang Roti Golok Viral di Kota Bharu Kelantan Untuk ...
Gambar Dan Harga Roti Wap Viral Di Pasir Tumboh Sangat Lembut Dan Sedap

Gambar Dan Harga Roti Wap Viral Di Pasir Tumboh Sangat Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 298 hits
Betul ke roti wap yang viral di Pasir Tumboh lembut dan sedap Hai korang Untuk entry kali ini aku nak kongsikan dengan semua tentang makanan yang viral di Pasir Tumbuh Kelantan iaitu Roti Wap Pertama kali aku dengar nama makanan memang agak...
Sukma Kelantan Katanya Setuju Tangguh Sampai Tahun 2028 Kerana

Sukma Kelantan Katanya Setuju Tangguh Sampai Tahun 2028 Kerana

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 172 hits
Itulah kelantan Dimana silapnya rasanya umno ada jawapannya dan kepimpinan pentadbiran kelantan itu sendiri yang kekal berpolitik sebelum PRU14 yang memecahkan segala telur bangkai politik
Sukma Yeoh Denies Sidelining Kelantan Says State Needs More Time

Sukma Yeoh Denies Sidelining Kelantan Says State Needs More Time

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 146 hits
Youth and Sports Minister Hannah Yeoh has denied using her power to sideline Kelantan from hosting the Malaysian Games 2024 as claimed by a PAS leader She stated that her ministry has lodged a police report against PAS Kelantan Youth chief ...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar