Resipi Kam Heong Lala Sedap Seimbang Rasanya
Resipi Lala Kam Heong ini memang sedap sungguh. Seimbang rasa manis, masin, masam dan pedasnya. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Memang berpeluh dek kerana kesedapannya itu. Tak percaya? Cuba baru tau.
Selalunya masakan ini dijual di restoran Chinese muslim saja. Sekarang, tak perlu dah keluar makan di restoran. Jimat bajet. Di zaman sekarang ni memang kena pandai bajet. Yang boleh masak sendiri, elok masak sendiri di rumah. Puas makan dengan bajet terhad!
Boleh ikuti resipi daripada puan Nana Sabrina ini ye. https://ift.tt/nsmtW2R
RESIPI KAM HEONG LALABahan-bahan:
1 kg Lala dibersihkan (tak perlu rebus)
4 tangkai daun kari
2 sudu makan serbuk kari
1 batang serai – diketuk
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap masin – boleh beli online di sini
2 sudu makan kicap manis
Garam secukupnya – boleh beli online di sini
Gula secukupnya – boleh beli online di sini
5 biji cili padi – dhiris
1 biji bawang merah – potong dadu
1/2 cawan air – jika perlu
3/4 cawan Minyak – boleh beli online di sini
Bahan Kisar:1biji bawang merah – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1/2 inci halia – boleh beli online di sini
15-20 tangkai cili kering
1genggam udang kering
Cara Memasak:
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan terbit wangi. Masukkan serbuk kari. Kacau sebati, api kena perlahan.
Masukkan bahan perasa, Garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Kacau sebati. Masukkan pula serai, hirisan bawang, cili padi dan daun kari. Kacau lagi hingga sebati. Tak nak pedas, boleh skip cili padi kalau anak-anak nak makan.
Setelah itu masukkan lala, kacau sebati. Tambah sedikit air. Tunggu sehingga air kering dan kuah sedikit pekat. Bolehlah angkat.
Siap. Sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Tak perlu lauk lain dah.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Mudah Masak Sotong Stim Limau Thai Yang Sedap
Begini Cara Masak Sambal Sotong Kembang Yang Sedap & Tak Liat
ttps://https://ift.tt/vGYzVNp
Tak Perlu Guna Pes, Resipi Tomyam Putih Asli Thai Ni Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
The post Resipi Kam Heong Lala, Sedap Seimbang Rasanya appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/03/resipi-kam-heong-lala-sedap-seimbang.html