Sambal Paru Sedap Dan Mudah




Assalamualaikum semua. Anda buat apa di hari minggu ini? Jom layan blog saya, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Malam tadi kami bersama rakan rakan dari Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga (ethica) Universiti Malaya telah menghadiri majlis resepsi perkahwinan Faisal, anak saudara besan kami, Dato Setia Salehuddin di Putra Glass House. Kami pergi awal kerana tidak mahu tersangkut dalam kesesakan jalanraya lebih lebih lagi musim sekarang hujan boleh turun dengan lebat bila bila masa sahaja.
Bila bertemu, memang tidak sepi dengan riuh rendah ketawa kami. Persahabatan lebih dari 40 tahun menjadikan kami sangat rapat. Kebanyakan kami berkahwin sesama rakan sekolej. Walaupun ada yang bukan dari kolej ketiga tapi sebab kerap bertemu, kami juga sangat akrab. 
Insya Allah persahabatan kami akan dikekalkan sehingga ke jannah. Kami sama sama bercuti di dalam atau luar negara. Kegembiraan bila bercuti bersama kawan kawan tidak sama dengan percutian biasa, hatta percutian bersama keluarga. 

Hari ini saya menyediakan sambal paru untuk dimakan dengan nasi lemak. Sambal paru adalah kegemaran semua anak anak saya kecuali Nana dan Alain yang tidak makan bahan organ dalaman. Jadi pagi pagi saya dah gigih menyediakan sambal paru yang telah saya rebus semalam. Pagi ini tinggal hiris, goreng dan sediakan sambal. 
Terdapat banyak versi penyediaan sambal paru yang bahan utama adalah sama. Cuma ada yang menambahkan serai, ada yang memasukkan sedikit belacan. Selain dari cili kering, ada yang menggunakan cili hidup seperti sambal berlado. Jika tanya saya, semua pun sedap cuma terpulang pada apa bahan yang ada dalam peti ais pada masa itu. Saya suka guna cili hidup kerana masa memasak sambal lebih pendek. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini.  Selamat mencuba..... 

Sambal Paru Sedap dan MudahOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg paru 3 sudu besar cili kering kisar2 batang serai - ketuk2-3 sudu besar gula - ikut kepedasan ciliGaram1-2 keping asam kepingMinyak
Bahan kisar:1 biji bawang besar5 biji bawang merah5 ulas bawang putih1 inci halia
Cara cara:Rebus paru bersama halia dan garam sehingga empuk. Nota: saya menggunakan periuk Noxxa direbus selama 30 minit. Angkat dan tos. Sejukkan.
Setelah sejuk, hiris nipis. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
Panaskan minyak yang banyak dan betul betul panas. Goreng paru sehingga garing. Nota: bila buih dah hampir hilang, paru telah hampir garing. Angkat dan ketepikan.


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai. Masukkan cili kering kisar. Tumis atas api serderhana sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air. Ulang proses ini beberapa kali bagi memastikan cili benar benar masak dan garing.
Setelah cili garing dan terbit minyak, masukkan gula Melaka, gula, garam dan asam keping. Kacau rata dan masak sehingga warna sambal menjadi sedikit gelap.

Akhir sekali masukkan paru yang telah digoreng dan kacau rata. Boleh tutup api. Nota: jika suka paru yang rangup, sejukkan dulu sambal sebelum dimasukkan paru goreng.






 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/10/sambal-paru-sedap-dan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgang Daging Kelantan Yang Tersangat Sedap Mudah Nak Buat Ni Resipinya

Singgang Daging Kelantan Yang Tersangat Sedap Mudah Nak Buat Ni Resipinya

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 258 hits
Singgang Daging Kelantan Yang Tersangat Sedap Mudah Nak Buat Ni Resipinya Jika tiada idea untuk menyediakan menu untuk hari ini apa kata anda sediakan sahaja Singgang Daging Kelantan yang bukan sahaja mudah disediakan malah enak rasanya Mes...
Sambal Sotong Kering Yang Sedap Kebabom

Sambal Sotong Kering Yang Sedap Kebabom

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 218 hits
Sebelum kita meneruskan jangan lupa klik follow blog dan klik iklan yang keluar di blog saya Terima kasih atas kerjasama anda semua Hari ini saya masak sambal sotong kering untuk sarapan pagi Saya faham kenapa sotong kering ini mahal Ini ad...
Resepi Sos Pencicah Thai Mudah Dan Sedap

Resepi Sos Pencicah Thai Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 318 hits
Bahan Sos Pencicah Thai Mudah Dan SedapBahan bahan Resepi Sos Pencicah Thai Mudah Dan Sedap7 8 ulas bawang putih Cili padi hijau merah jumlahnya bergantung pada kepedasan masing masingAkar pakchi ketumbar secukupnyaDaun ketumbar hiris cinca...
Ayam Goreng Terpaling Sedap Mudah Dibuat

Ayam Goreng Terpaling Sedap Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 390 hits
Ketika ayam goreng muncul di meja makan aroma wangi rempah dan kehangatan ranggupannya membawa senyuman kepada wajah kita Ayam goreng hidangan yang sederhana namun keenakannya tiada tandingan Ayam Goreng adalah satu hidangan yang merangkul ...
Popia Sira Sambal Manis Nak Pastikan Rangup Sedap Begini Cara Buatnya

Popia Sira Sambal Manis Nak Pastikan Rangup Sedap Begini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 156 hits
Popia Sira Sambal Manis sesuai sangat untuk dijadikan menu minum petang ataupun sarapan untuk keluarga kita Bagi memastikan hidangan popia sira terhidang kekal rangup ada rahsia dan resipinya yang tersendiri Nak tahu ikut sahaja perkongsian...
Sambal Tempe Bilis Kacang Bukan Sekadar Kudapan Makan Dengan Nasi Pun Sedap

Sambal Tempe Bilis Kacang Bukan Sekadar Kudapan Makan Dengan Nasi Pun Sedap

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 238 hits
Percayalah ni kalau meratah depan TV tak perasan habis satu bekas dibuatnya Memang sedap dan sesuai sangat untuk dijadikan stok kudapan untuk seisi keluarga bahkan enak juga jika dijadikan menu pelengkap hidangan untuk dimakan bersama nasi ...
Resepi Agar Agar Milo Viral Simple Mudah Sedap

Resepi Agar Agar Milo Viral Simple Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 456 hits
Sajian manis yang mudah disediakan di rumah dalam masa yang singkat adalah resepi agar agar milo viral anda boleh menyediakan hidangan manis yang lazat ini menggunakan bahan bahan yang lazimnya terdapat di dalam dapur Cukup dengan tiga baha...
4 Jenis Resepi Kerabu Mangga Paling Mudah Sedap Yang Patut Anda Cuba

4 Jenis Resepi Kerabu Mangga Paling Mudah Sedap Yang Patut Anda Cuba

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 266 hits
Resepi kerabu mangga merupakan sajian yang popular dan tersohor di Thailand dan Malaysia Hidangan pembuka yang menyelerakan dengan kombinasi rasa mangga dan ikan bilis pastinya akan meningkatkan selera makan di rumah atau dimana mana kita m...
Panduan Daftar Kursus Kahwin Online Mudah Untuk Seluruh Malaysia

Panduan Daftar Kursus Kahwin Online Mudah Untuk Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 335 hits
Kursus kahwin online adalah sesuatu yang sinonim dengan pasangan yang dalam proses untuk dikahwinkan Prosedur ini telah ditetapkan oleh pejabat bahagian agama di setiap negeri Kepentingan menghadiri kursus kahwin adalah untuk memastikan set...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dipanggil Temuduga Kerja Kerajaan Jangan Cuak Ca Ada Tips Untuk Korang

Thomas Arya Rindu Mengusik Kenangan Chord

Ringgit Rises As Markets Eye Us Tariff Moves

Court Maintains Peter Anthony S Conviction For Forgery

Is Kj S Keluar Sekejap Podcast Losing Its Appeal After An Alarming Slump In Viewership Detected

Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025