Sambal Ikan Bilis Lembut





Saya memang sibuk sekarang ini. Sibuk dengan urusan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini dan juga persiapan untuk saya berangkat ke London. 
Kadang kadang kita rasa semua urusan dah beres tapi sebenarnya banyak lagi urusan kecil kecil yang perlukan perhatian kita. Perkara kecil macam ini boleh membuatkan kita jadi stress dan boleh jadi gaduh dan salah faham. Tapi bak kata anak saya, Nana relax lah Ma. Chill jer. 
Tapi kerana saya baru sahaja menamatkan program selawat tafrijiyah sebanyak 4444 kali, maka saya terus berselawat kerana di sebalik semua masalah yang ada, saya lebih tenang dan lebih menyerahkan semuanya pada Allah. 
Saya lebih yakin, Allah akan memenuhi semua hajat saya. Allah akan memberikan jalan keluar kepada semua permasalahan, Allah akan bagi rahmat seperti air hujan yang mencurah, Allah akan memberikan rezeki seluas langit dan bumi. Insya Allah. Aamiin.  


Saya memang suka sambal ikan bilis yang lembut macam ni. Ikan bilis yang tak digoreng terlebih dahulu. Kalau belah belah Kelantan, memang sambal ikan bilis dimasak tanpa goreng dulu ikan bilisnya. 
Sekarang ni jer, baru saya belajar masak sambal tumis ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu atau digoreng sekadar layu. Ikan bilis kan halus jer. Jadi memang akan masak dan tak terasa hanyir seperti ikan besar. Jadi sedap jer. 



Saya menyediakan sambal ikan bilis ini untuk dimakan dengan lontong yang Nana sediakan. Alhamdulillah memang sedap dan serasi rasanya dengan kuah lontong yang berlemak. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI Selamat mencuba…

Sambal Ikan Bilis Petai
Oleh: Azie Kitchen


Bahan kisar:
5-6 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 ½ sudu besar cili kering kisar


Bahan lain:
50 gram ikan bilis
½ sudu kecil garam
1 keping asam keping
1 sudu besar gula
Petai - opsyenal
Serbuk perasa


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan garam sehingga terbit minyak. 


Masukkan gula dan serbuk perasa aji. Sesuaikan rasa. Setelah sambal dah masak, terbit minyak dan secukup rasa, baru masukkan ikan bilis. Kacau rata. 


Akhir sekali, masukkan petai, jika suka. Kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dinikmati. 


Nota:
Basuh dan rendam ikan bilis dengan air panas dan tos. 


Sedap dimakan bersama lontong dan nasi impit. 











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/04/sambal-ikan-bilis-lembut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis

Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 140 hits
SAMBAL KENTANG IKAN BILISBahan bahan Ikan bilis dibasuh bersih dan di goreng garing1 biji bawang besar potong bulatCili merah atau cili hidup kisar2 ulas bawang putih kisarKentang dipotong dan di gorengCara Panaskan minyak masukkan bahan ki...
Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedia Santap Bahan Bahan 1 Ekor Ikan Merah Potong Dan Bersihkan 4

Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedia Santap Bahan Bahan 1 Ekor Ikan Merah Potong Dan Bersihkan 4

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 262 hits
Resipi Sup Ikan Merah Bahan bahan 1 ekor ikan merah 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 2 inci halia 1 paket rempah sup ikan Adabi 1 biji ubi kentang 1 batang carrot 1 biji tomato Garam secukup rasa Daun ketumbar Daun sup atau daun ba...
Kerjasama Mn Ibarat Nyawa Nyawa Ikan Zahid

Kerjasama Mn Ibarat Nyawa Nyawa Ikan Zahid

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 1609 hits
SUNGAI BESAR UMNO menyifatkan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional ibarat nyawa nyawa ikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata masa depan MN biar dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua dua parti Hasil perbin...
Bengkang Tepung Beras Lembut Wangi Santan Kena Bakar Lama Baru Menjadi

Bengkang Tepung Beras Lembut Wangi Santan Kena Bakar Lama Baru Menjadi

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 123 hits
Bengkang tepung beras ini antara kuih tradisi yang enak Rasanya lemak manis dengan aroma santan memang digemari terutama golongan warga emas Kalau rasa nak ambil hati atau gembirakan orang tua hidangkanlah kuih ini Boleh jadi salah satu car...
Resipi Roti Jala Cheese Gerenti Lembut Sampai Ke Petang

Resipi Roti Jala Cheese Gerenti Lembut Sampai Ke Petang

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 272 hits
Roti Jala sering disajikan dengan kuah Kari Kali ini kita beri sedikit sentuhan moden dengan menambah keju Chesdale di dalamnya Cicah dengan kuah Kari pun boleh Roti Jala Cheese ni bukan saja lembut malah rasa lemak berkrim daripada keju Ch...
Kuih Lapis Lembut Sedap Ikut Resipi Ni Pasti Jadi

Kuih Lapis Lembut Sedap Ikut Resipi Ni Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 2302 hits
Kuih Lapis merupakan sejenis kuih yang berasal dari Indonesia Kuih ini terdiri daripada beberapa lapisan dan boleh didapati dalam pelbagai warna Teksturnya yang lembut dan warna yang menarik pasti anak anak suka Kuih lapis simple yang biasa...
7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 339 hits
Semua orang tau kot yang ikan kaya dengan pelbagai khasiat Pendek kata ikan ni memang power untuk kesihatan Paling obvious ia penuh dengan protein yang bagus untuk otot dan tenaga tapi tak berat macam daging merah Lemak baik dalam ikan teru...
Resipi Ikan Rebus Air Asam Hidang Dengan Ulam Paling Ngam

Resipi Ikan Rebus Air Asam Hidang Dengan Ulam Paling Ngam

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 129 hits
Resipi ikan rebus air asam ini antara idea lauk kalau dah jemu dengan lauk bergoreng atau bersantan Ringkas sihat dan penuh rasa lauk kampung yang simple begini memang boleh membangkitkan selera daripada masakan yang rumit Paling best cara ...
Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 848 hits
Salam semua nasi lemak memang tak lengkap tanpa sambal yang pedas dan sedap kan Kalau nak cuba kelainan apa kata cuba sambal kerang untuk nasi lemak Sambal kerang ni bukan je boleh menggantikan sambal biasa malah ia tambah umami yang sedap ...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Khalifah Owh Ila Namanya Chord

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Makan Birthday Kat Spoon And Fork Dessert Taman Kota Masai Pasir Gudang

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Nak Motor Laju Senyap Jaga Rantai Macam Ni

Nur Cahaya Bunga Kertas Aura Cili Bara Pesona Burung Merpati

Doa 19 Oktober 2025

Tragedi Dua Beranak Ditemui Mati Di Rumah Sewa Di Juru