7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba
Semua orang tau kot yang ikan kaya dengan pelbagai khasiat. Pendek kata, ikan ni memang power untuk kesihatan! Paling obvious, ia penuh dengan protein yang bagus untuk otot dan tenaga, tapi tak berat macam daging merah. Lemak baik dalam ikan, terutama jenis macam salmon, tuna dan sardin, boleh jaga jantung elok-elok sebab ada Omega-3 yang bantu kurangkan kolesterol jahat. Otak pun dapat manfaat sebab Omega-3 tu boleh tingkatkan daya ingatan dan buat minda lebih tajam, sesuai sangat untuk budak-budak tengah membesar ataupun orang dewasa yang nak elak nyanyuk awal
Kulit pun boleh jadi lebih sihat dan berseri sebab ikan ada kandungan kolagen semula jadi. Lagi satu, siapa yang selalu sakit sendi, makan ikan boleh bantu kurangkan keradangan, jadi kuranglah rasa sengal-sengal badan. Yang bestnya, ikan ni makanan yang senang hadam, jadi perut pun tak rasa berat lepas makan. Kalau nak diet pun memang sesuai sebab dia rendah kalori tapi tetap bagi kenyang lama. Pendek kata, kalau selalu makan ikan, bukan setakat badan sihat, otak pun cerdas!
So, kali ni cikla nak share 7 resepi berasaskan ikan yang korang patut cuba terutama mereka yang menggemari ikan.
RESEPI IKAN MASAK ASAM JAWA.

Ikan masak asam jawa.
Bahan-bahan:
Sebarang jenis ikan kesukaan korang
Bawang besar 1 biji*Bawang putih 3 ulas* Halia sikit*Cili api ikut suka nak banyak mana
Cara masak:
1. Bersihkan ikan, kemudian gaul garam kunyit dan goreng
2. Potong halus dan tumis semua bahan bertanda* sampai layu
3. Bancuh air asam jawa pekat-pekat dan masukkan ke dalam kuali
4. Masukkan cili api, garam, gula dan perasa (jika suka)
5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau sebati
6. Biar mendidih sekejap. Tutup api. Siap untuk dihidang
Kredit : Empunya resepi
RESEPI IKAN REBUS VERSI THAILAND.

Ikan rebus versi Thailand
Cara penyediaan:
1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang. Masukkan 2 ketul nise kerek (dia macam manisan yang dihasilkan dengan cecair nira kelapa), 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggam dan daun limau purut 15 helai ke dalam periuk
2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan
3.Rebus selama setengah jam dan buka api kecil je. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat tambahkan air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dalam peti makin sedap
Kredit : Vi Ibi Haji Ariffin
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI JOHOR.

Asam pedas ikan pari Johor.
Bahan-bahan:
1 kg ikan pari
20 tangkai cili kering direbus.*5 ulas bawang merah.*1 biji bawang besar.*3 ulas bawang putih.*2 inci kunyit hidup.*2 inci halia.*Sedikit belacan.*1 sudu lada hitam (ditumbuk)
10 tangkai daun kesum
Bendi (terpulang nak banyak mana). 1 batang bunga kantan (belah 2)1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Cara-caranya:
1. Kisar bahan yang bertanda *. Panaskan minyak (minyak kena lebih ye) dan tumis bahan-bahan yang dikisar sampai pecah minyak serta naik bau. Biar betul-betul pecah minyak ye
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikan pari, tambah air secukupnya. Asam pedas Johor jangan cair ye biar pekat-pekat sikit, tapi jangan pekat sangat, agak-agaklah ye
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari masak. Last masukkan bendi, tak payah lama sangat nanti bendi lembek. Dah agak-agak lembut bendi boleh tutup api. Dan sedia dihidangkan
Kredit : Nor Khomariah Norrohman
RESEPI IKAN BAKAR KUALA PERLIS.

Ikan bakar Kuala Perlis.
Bahan-bahan:
Ikan (apa-apa jenis ikan kesukaan korang).
½ tin susu pekat.
1 kotak kecil santan.
1 cawan air.
1 sdt cukup rasa.
Sedikit garam.
2 sdm margerin/butter
Sedikit minyak.
1 sdm kunyit.
Bancuhan air tepung jagung (untuk pekatkan sedikit kuah).
Cara masak:
1. Masak semua bahan sampai mendidih dan pekat. Agak boleh sapu dan letak pada ikan.
2. Masukkan dalam bekas.
3. Bakar ikan yang dah diperap dengan garam kunyit, bakar bahagian isi dahulu separuh masak.
4. Alih dan letak bahagian sisik di bawah (ikan tak perlu buang sisik cuma belah belakang).
5. Letak perencah ikan bakar tadi. Bakar sampai masak bahagian belakang sampai nampak perencah mengelegak di atas. Tak perlu alih, kalau nak alih kejap pastikan perencah dah melekat pada ikan.
Kredit : Empunya resepi
RESEPI IKAN KEMBUNG REBUS MASAK LEMAK PEKAT.

Ikan kembung rebus masak lemak pekat.
Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung rebus. Bersihkan, goreng dan ketepikan
1. Bahan blend:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili api
Kunyit hidup. Boleh guna serbuk kunyit jugak.
2. Bahan lain:Serai
Santan
Serbuk perasa (optional)
Air
Cara masak:
Tumis bahan blend dengan serai. Masukkn sedikit air, tunggu sampai mendidih kejap. Masukkan santan, serbuk perasa dan ikan. Biar mendidih ikan dan santan bagi mesra. Masukkan daun kunyit dan kacau sekejap. Siap dan bolehlah dihidang
Kredit : Hamizah Yatim
RESEPI IKAN MASAK ASAM.

Ikan masak asam.
Bahan-bahan:
Ikan
Bawang besar sebiji
Bawang putih 5 ulas
Halia (agak-agak je)
Cili padi 5 biji
Garam
Gula. Air asam jawa
Serbuk perasa
Serbuk kunyit (setengah sudu kecil je)
Serbuk lada hitam
Cara masak:
Mula-mula goreng ikan, pastu tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi. Then, masukkan air asam jawa dan kacau je. Pastu masukkan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan kunyit sikit. Masukkan ikan, ssiap
*boleh jugak tukar lauk dengan telur mata, ikan talang masin, ikan bawal dan ikan seludu
Kredit : Hunny Wanny
RESEPI IKAN MASAK KUAH PEKAT.

Ikan masak kuah pekat.
Bahan-bahan:
.
Ikan merah seketul.
Bawang besar 1 biji.*
Bawang putih 2 ulas.*
Halia seinci.*
Lada hitam biji.*
Pes asam jawa sesudu kecil.
Kicap mudim satu sudu.
Bawang besar, cili merah, cili padi hiris.
Garam secukup rasa.
.
Cara-cara:
.
1. Goreng ikan.
2. Tumbuk bahan bertanda*.
3. Masukkan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai wangi.
4. Letak air sedikit.
5. Biar kuah mendidih kemudian masukkan pes asam jawa, garam dan kicap. Kalau tak suka letak kicap masukkan gula sedikit.
6. Tutup api. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi yang dihiris
Kredit : Empunya resepi.
Selamat mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/04/7-resepi-ikan-yang-patut-korang-cuba.html